
Apa yang menarik tentang Neil Armstrong ini ialah cerita tentang beliau yang semasa berada di bulan telah terdengar seruan azan di mana kemudiannya sesudah kembali ke bumi beliau mula mencari makna di sebalik suara itu yang mana akhirnya beliau mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam setelah yakin bahawa suara yang beliau dengar sewaktu di atas bulan pada tahun 1969 adalah Azan yang menyeru umat Islam untuk mendirikan sembahyang.
Tetapi masih ramai juga di kalangan orang-orang Kristian mahupun orang Islam yang kurang jelas dengan kesahihan perkara ini walaupun telah diterangkan sendiri oleh Neil Armstrong ketika lawatan beliau ke Kuala Lumpur pada tahun 2005 dulu. Apa-apapun kita semua tunggu upacara pengkebumian beliau nanti, apakah akan mengulangi peristiwa pengkebumian Raja Pop Dunia Micheal Jakson yang dikebumikan tidak mengikut ajaran agama Islam.