(atas hanya gambar untuk hiasan, ihsan daripada brader Jeffry Damien dan mungkin tiada kaitan dengan sesiapa baik yang akan kalah atau yang belum tentu dapat jadi KM Sarawak)
Pertelagahan yang berlaku di antara DAP dengan PKR dalam isu pembahagian kerusi bagi menghadapi pilihanraya Sarawak yang ke sepuluh sudah menjadi semakin kusut malah Anwar yang datang ke Bumi Kenyalang sejak dua hari yang lalu ternyata gagal untuk mencari penyelesaian berhubung isu tersebut.
Baruk Bian yang dlantik secara membabi buta oleh Anwar untuk menerajui PKR di Sarawak juga ternyata gagal dalam mendapatkan persefahaman bersepadu dengan sekutu mereka dalam Pakatan Rasuah iaitu DAP Sarawak apabila mulut beliau terus dikunci oleh SNAP yang memang tidak menyukai gaya politik liar yang cuba dibawa oleh PKR ke dalam politik negeri Sarawak.
Faktor utama lain yang mungkin menjadi punca kegagalan kepada semua cara Baruk Bian untuk mencapai kata sepakat dalam setiap perbincangan yang diadakan bersama DAP Sarawak ialah berkaitan dengan sejarah silam iaitu bagaimana sejarah hubungan antara kaum yang ada di atas Bumi Kenyalang ini terbentuk dan berkembang serta apa yang berlaku disepanjang sejarah itu bermula sehingga kini.
Di Sarawak misalnya, mungkin semua daripada rakyatnya tahu yang Baruk Bian adalah seorang yang datang daripada sekitar masyarakat yang memang terkenal dengan sikap anti-Cina kecuali kalau sememangnya kaum Cina itu telah lama menetap serta berniaga di Daerah Lawas atau Limbang. Banyak sebenarnya perkara yang telah berlaku membabitkan permasalahan ini tetapi biarlah ianya hanya menjadi satu sejarah yang tak perlu lagi untuk diungkit-ungkit.
Dan oleh kerana itu saya berpendapat bahawa sekiranya dalam DAP Sarawak sekarang ini ada terdapat mereka-mereka ini yang dulunya iaitu pemimpin Cina atau kaum keluarga mereka yang pernah menjadi mangsa gangguan ketika mula atau semasa sudah bekerja di kawasan daerah kelahiran Baruk Bian, pastinya tidak akan dapat melupakan tentang apa yang pernah mereka alami dan tidak semudah itu bagi mereka untuk menerima Baruk Bian menjadi orang nombor satu dalam Pakatan Rasuah di Sarawak ini.
Dalam isu pembahagian kerusi yang masih buntu antara DAP dengan PKR saya melihat Baruk Bian seperti menaruh harapan tinggi terhadap Anwar untuk segera menyelesaikannya namun apa yang diharapkan oleh Baruk Bian serta kuda-kuda PKR di Sarawak ternyata tidak menjadi kerana asas sebenar iaitu persefahaman atau kesepakatan bersama dalam menentukan tindakan seterusnya ternyata gagal ditangani Anwar Ibrahim yang kini masih gagal mendapatkan semula jam Omeganya yang dilaporkan hilang pada 21 February lalu dalam sebuah bilik misteri disebuah hotel terkemuka.
3 ulasan:
terimakasih kerana mendaftar sebagai followers di blog tendang terajang. blog anda telah disenaraikan.
Aku Yang Bingai
18SX: Jom bogelkan pemimpin negara!
SIANNNN BARUK HEHEH >|D
ye sama2 BB, selamat berjuang di alam maya
Jeffry, sudah ada tanda bibit2 saling mencurigai antara Anwar dengan Baruk dengan Azmin...
Catat Ulasan