Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, Julai 09, 2014

Intifada kali ke-4 rakyat Palestine cukup menggerunkan Zionis!

Kita semua tentunya masih ingat lagi bahawa intifada kali pertama rakyat Palestine yang berlaku pada tanggal 9 Disember 1987 hingga 1990 terjadi akibat tindakan yang disengajakan oleh sebuah lori besar milik Yahudi melanggar dua buah lori kecil milik rakyat Palestine menyebabkan 4 rakyat Palestine terbunuh dan 9 orang lain cedera. Kejadian itu hanya sebagai pencetus kepada tindakbalas seterusnya daripada rakyat Palestine yang sekian lama telah menjadi mangsa kekejaman pihak Zionis Israel.

Begitu juga dengan intifada kali kedua pada tahun 2000-2005 di mana ianya berlaku disebabkan rasa tidak puas hati rakyat Palestine terhadap proses Perjanjian Oslo tajaan Amerika Syarikat yang akhirnya nyata gagal membentuk sebuah negara Palestine yang merdeka dan berdaulat sebagaimana matlamat asal rundingan yang dibincang dalam setiap kali pertemuan diadakan mesyuarat antara tiga pihak iaitu Palestine, Amerika Syarikat dan Israel.

Intifada kali ke-3 rakyat Palestine pada 15 Mei 2011 terjadi apabila pihak Zionis Israel mahu mengambilalih Masjid Ibrahimi dan Bilal untuk dijadikan sebagai kawasan bersejarah Yahudi dan tindakan melampau pihak Israel inj telah menimbulkan kemarahan rakyat Palestine. Maka itulah jika setiap kali kebangkitan rakyat Palestine menentang pihak Zionis sudah tentu ada sebab disebalik tindakbalas mereka yang harus diberi sokongan oleh penduduk dunia yang cintakan kedamaian.

Sebagaimana yang berlaku pada ketiga-tiga kebangkitan rakyat Palestine sebelum ini, intifada kali ke-4 ini juga mempunyai sebab yang tidak perlu dipertikaikan lagi apabila tindakan kejam pihak Zionis Israel menangkap dan menculik seorang remaja lelaki Palestine, Mohammed Abu Khudair dan kemudian membunuhnya dengan tindakan yang cukup kejam dan zalim sekali apabila membakar remaja berkenaan hidup-hidup.

Tindakan kejam Yahudi itu dikatakan ekoran dari kes kehilangan seorang remaja Israel yang kemudian dijumpai mati selepas beberapa hari operasi mencari diadakan dan menuduh pihak Palestine sebagai bertanggungjawab hingga membawa kepada isu remaja dibakar hidup-hidup.

Bertindakbalas dari kematian Mohammed Abu Khudair itu telah membangkitkan semangat juang yang sungguh luarbiasa rakyat Palestine dari segenap lapisan untuk menuntut keadilan yang hakiki bagi rakyat dan tanah air mereka dan perkembangan ini nyata telah meletakkan pihak Zionis Israel pada posisi yang semakin tidak menentu sehinggakan tindakan menutup Lapangan Terbang Tel Aviv diambil.

Semoga perjuangan rakyat Palestine mencapai kejayaannya, berjaya mempertahankan hak mereka, berjaya mendapatkan semula apa saja hak mereka yang telah dirampas oleh pihak Israel selama ini.

Arkib Blog