Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, September 04, 2009

MALINDO : Orang berbudi anda berbahasa...

Perbuatan masyarakat yang tidak bertamadun. Yang mempunyai akal pikiran singkat. Tergamak mempamerkan budaya yang bertentangan sama sekali dengan budaya masyarakat timur. Selagi kita hidup dan selagi kita berurusan dengan masyarakat dari negara lain maka selagi itulah kita pasti akan berdepan dengan apa jua masalah biar masalah yang kecil maupun masalah yang besar.

Walau apapun, saya tetap berpendapat bahawa tindakan yang melampau seperti membakar bendera Kebangsaan Negara Malaysia sebagaimana yang telah dilakukan oleh rakyat negara jiran negara tetangga kita yang telah kita anggap mereka adalah sebahagian daripada kita, pasti tidak akan mampu untuk menyelesaikan sebarang masalah melainkan hanya akan menambahkan lagi kekusutan yang sedia ada.

Kita telah menerima berita terbaru tentang satu lagi bencana alam yang menimpa penduduk di Barat laut Ujong Kulon, Banten, Lampung Indonesia apabila kawasan itu telah digegarkan dengan gempa bumi sekuat 5.6 pada skala richter selang dua hari selepas Tasik Malaya di Jawa Tengah yang dilanda gempa berukuran 7.4 magnitud atau skala richter pada 02hb. September 2009 yang baru lalu.

Tragedi pertama itu telah mengorbankan banyak nyawa serta harta benda awam. Begitu juga dengan bencana yang terbaru ini, pasti ianya akan bertambah banyak korban apabila kerja-kerja mencari dan menyelamat akan dimulakan serta selesai dilakukan.

Kebiasaannya apabila terjadinya perkara seperti ini, Malaysia khususnya akan bersedia untuk menghulurkan apa juga bentuk bantuan jika dikehendaki, malah Malaysia akan segera menawarkan pertonlongan walaupun kadangkala tidak diminta demi semangat kejiranan yang ada pada setiap rakyat Malaysia.

Contohnya ketika kejadian Tsunami yang melanda Aceh pada 26hb. Disember 2006 yang lepas, kita melihat bagaimana rakyat Malaysia tanpa mengira usia, pekerjaan, pangkat, kedudukan, ideologi politik, bangsa dan agama telah melaksanakan tanggungjawab yang sangat mulia, secara berkumpulan ataupun secara perseorangan ikhlas menghulurkan pelbagai bentuk bantuan seperti wang ringgit, makanan asas seperti beras, gula, tepung, garam serta selimut, pakaian seperti baju, seluar, tilam, bantal dan juga telah menghantarkan pasukan mencari dan menyelamat seperti SMART ke sana disamping pakar-pakar perubatan untuk merawat mangsa yang tercedera atau terluka.

Manakala didalam negara, rakyat Malaysia yang terdiri dari berbagai lapisan masyarakat telah bertungkus-lumus menubuhkan dana-dana yang bertujuan untuk mendapatkan derma dari orang ramai bagi disumbang dan dihulurkan kepada mangsa-mangsa Tsunami Aceh di Indonesia. Dari kanak-kanak sekolah hinggalah kepada orang dewasa, semuanya dengan ringan hati turut sama menyumbangkan derma tidak mengira berapa saja jumlahnya demi untuk meringankan kesengsaraan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat Aceh ketika itu.

Dalam pada itu juga, tanggungjawab Malaysia sebagai sebuah negara Islam untuk membantu rakyat Palestine yang terus ditindas dengan kejam oleh puak Zionis pernah tidak pernah dilepaskan begitu saja. Walaupun sibuk dengan kempen mengutip derma untuk membantu mangsa Tsunami di Aceh, namun rakyat Palestine juga turut terus dibantu. Dalam isu Palestine, negara yang paling lantang bersuara dan sering menghulurkan bantuan adalah Malaysia. Bantuan berbentuk material dan juga bantuan dalam bentuk galakan atau sokongan moral bagi menyuntik semangat mereka agar terus tabah dan tidak akan pernah mengalah kepada tekanan Israel.

Namun jika kita buat perbandingan diantara kedua-dua negara ini yang kita pernah memberi atau menyumbangkan sedikit bantuan dan sokongan ketika mereka ditimpa kesusahan, mana satukah negara ini yang rakyatnya lebih menghargai segala pemberian kita serta tahu mengenang budi dan jasa negara kita kepada negara serta mereka sendiri selaku rakyatnya?

Rakyat Palestine, walaupun mereka mempunyai bentuk wajah yang sangat jauh berbeza dari kita, punya budaya, bahasa, adat resam, makanan yang tidak serupa dengan kita atau berlainan sama sekali, tetapi mereka lebih tahu menghargai sumbangan yang kita berikan kepada mereka.

Mereka sangat menghargai segala pemberian oleh rakyat Malaysia biar dalam bentuk apapun, kita tahu mereka sering mengucap syukur dan terima kasih. Walaupun sebenarnya kita tidak berniat untuk sangat dihargai dengan apa jua ucapan, namun apa yang lebih penting ialah apabila kita dapat melihat mereka dapat hidup selesa di negara mereka sendiri sebagaimana kita hidup diatas bumi bertuah seperti negara Malaysia ini.


Tetapi apa yang sangat dikesali ialah, kita, rakyat kita, negara kita seumpama orang yang "melepaskan seekor anjing yang tersepit, bila anjing terlepas tapi tangan kita pula yang digigitnya." Bendera kita, Jalur Gemilang dibakar. Negara kita Malaysia digelar sebagai pencuri "Maling...bermakna mereka menuduh kita sebagai pencuri. Membakar Jalur Gemilang bermaksud untuk memusnahkan Malaysia.

Disebabkan hal-hal yang belum lagi jelas dan yang belum pasti, maka negara kita telah di labelkan sebagai pencuri. Puncanya hanya disebabkan masalah remeh-temeh, hal yang kecil, tarian "pendet." Dalam hal ini apa salahnya mereka sebagai rakyat Indonesia untuk bersabar dan menunggu atau selidiki terlebih dahulu dari mana atau siapa yang telah merekacipta papan iklan untuk tahun melawat Malaysia itu. Jangan main tibai saja.

Sekarang semua pihak sudah jelaskan siapa yang bertanggungjawab. "Discovery Channel." Pihak Discovery Channel yang berpangkalan di Republik Singapura sudahpun menjelaskan kedudukan sebenar insiden itu serta telah mengemukakan surat permohonan maaf kepada seluruh rakyat Indonesia dan juga kerajaannya melalui Kementerian Pelancongan Indonesia berhubung dengan "tarian pendet" itu. Maka oleh itu, diharap rakyat Indonesia terutamanya mereka yang memulakan tuduhan itu dapat memperbetulkan semula tanggapan mereka terhadap negara Malaysia serta rakyatnya. Tidak susah, cuma minta maaf saja kepada seluruh rakyat Malaysia secara terbuka demi perpaduan kita bersama.

Kami rakyat Malaysia lebih menghargai hubungan mesra yang telah lama terjalin dengan negara serta rakyat Indonesia. Jika boleh bersamalah kita untuk meningkatkan jalinan yang sedia ada ini demi masa depan yang lebih gemilang lagi antara Indonesia dan Malaysia. Janganlah di runtuh jambatan penghubung yang telah kita sama-sama lalui selama ini. Peliharalah semangat Serumpun dan Sebangsa diantara Malaysia dan Indonesia. Lontarkanlah jauh-jauh perasaan iri hati dan dengki khianat dari dalam lubuk jiwa masing-masing. Perbalahan tidak akan membawa kita ke arah kesejahteraan.

Arkib Blog