Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, Februari 28, 2011

Baruk Bian berbohong mengenai status tanah NCR di Sarawak !

Sabtu lepas peguam yang dilantik sebagai Pengerusi PKR Sarawak Baruk Bian telah mencabar Ketua Menteri Sarawak YAB Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud untuk berdebat dengan beliau berkenaan isu tanah Hak Adat Bumipuntera (NCR) dimana saja tempat dan bila-bila masa sahaja.

Dalam pada itu Baruk Bian juga telah mendakwa bahawa kerajaan Sarawak pimpinan Pehin Sri Taib juga telah menipu rakyat negeri ini berhubung isu NCR dan dakwa Baruk Bian berdasarkan kepada maklumat PKR tanah NCR di Sarawak adalah seluas 4.5 juta hektar dan jauh lebih luas dari apa yang dinyatakan oleh pihak kerajaan Sarawak iaitu hanya mempunyai keluasan 1.5 juta hektar.

Katanya lagi bahawa NCR bukan saja melibatkan tanah yang diterokai sebelum Malaysia atau Temuda tetapi ia termasuk tanah hutan simpanan masyarakat dan oleh itulah beliau tanpa usul periksa telah mendakwa bahawa jumlah keluasan tanah NCR yang dikatakan oleh kerajaan BN seluas 1.5 juta hektar adalah salah dan tidak tepat.

Baruk Bian sehubungan itu telah mencadangkan agar debat itu nanti akan diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) dan di hadapan pemilik tanah NCR terutamanya di peringkat kampung.

Semasa di Bintulu, Pehin Sri Taib yang langsung tidak berminat dengan cabaran itu sebaliknya telah mencabar Baruk Bian agar mengemukakan bukti kukuh jika dakwaannya itu benar yang tanah NCR adalah berkeluasan 4.5 juta hektar dan bukannya 1.5 juta hektar. Baruk Bian dicabar untuk membuktikan terlebih dahulu kepada rakyat Sarawak dimana terletaknya 3 juta hektar lagi tanah NCR yang selebihnya sepertimana yang telah dituduh beliau disembunyikan oleh kerajaan Sarawak daripada pengetahuan umum.

Yang pelik dan menjadi persoalannya ialah, bila pula masanya pihak PKR pergi masuk ke dalam hutan seluruh negeri Sarawak untuk menyukat tanah-tanah rakyat yang belum lagi mempunyai surat hak pemilikan yang sah? Kaedah yang bagaimanakah yang telah digunakan oleh pihak PKR untuk menyukat kawasan hutan yang kononnya dikatakan sebagai tanah NCR itu? Adakah PKR ada mempunyai Jabatan Tanah dan Ukur mereka sendiri?

Darimana pula pihak PKR khususnya Baruk Bian mendapatkan maklumat yang begitu besar mengenai jumlah keseluruhan tanah NCR sebanyak 4.5 juta hektar itu? Kaedah yang bagaimanakah yang telah digunapakai oleh pihak Baruk Bian untuk mendapat sukatan yang tepat mengenai tanah NCR itu sekiranya memang benar tuduhan mereka bahawa sukatan oleh pihak kerajaan itu tidak betul dan salah? Adakah pihak Baruk Bian menggunakan sistem metrik? rantai? atau hanya berpandukan kepada sistem satelit sedia ada seperti Google Earh?

Saya bersetuju sangat dengan YAB Ketua Menteri bahawa sekarang hanya 3 peratus saja lagi rakyat Sarawak yang masih berdepan dengan masalah membabitkan isu tanah NCR dan tidak semuanya seperti yang didakwa oleh pihak Baruk Bian. Menurut Pehin Sri Taib, tindakan yang dilakukan oleh pihak Baruk Bian yang melaga-lagakan golongan 3% ini dengan pihak kerajaan negeri akan menjejaskan peluang kira-kira 97 peratus pemilik tanah NCR menikmati pembangunan tanah.

Sumber Utusan Borneo - Menurut Pehin Sri Taib, rakyat Sarawak yang ingin memajukan tanah NCR mereka sebagai ladang kelapa sawit diberi pilihan untuk menjalinkan usaha sama dengan Lembaga Pembangunan Tanah Sarawak(PELITA), Felda atau Felcra menerusi konsep Ladang Bumiputera yang baru diperkenalkan baru-baru inioleh kerajaan negeri Sarawak. Menurut Ketua Menteri lagi, tanah terbiar disebabkan kesukaran untuk dibangunkan kerana kekurangan modal dan pengetahuan pertanian dapat diatasi dengan konsep usaha sama pemilik NCR dan organisasi tertentu.

Ketua Menteri seterusnya menjelaskan, jika tanah NCR tidak dibangunkan secara komersial ia tidak memberi manfaat dan sekaligus tidak menyumbang terhadap usaha meningkatkan pendapatan rakyat. "Kalau demikian, Bumiputera di Sarawak hanya kaya tanah tetapi miskin pendapatan. Saya tidak izinkan keadaan ini berlaku," katanya.

Justeru, beliau berkata kerajaan merangka formula baru pembangunan tanah agar situasi demikian tidak berlaku dan seterusnya menyebabkan semakin ramai Bumiputera berada di bawah paras kemiskinan. Katanya jika masalah tanah tidak dibangunkan beterusan, semakin ramai belia akan berhijrah ke bandar apabila kawasan luar bandar tidak mampu memberi peluang pekerjaan.

Menurut Pehin Sri lagi, bermula 1981 dan tiga tahu seterusnya, berlaku penurunan daripada jumlah pertumbuhan sektor pertanian. Penurunan itu wujud apabila infrastruktur seperti jala raya tidak ada bagi memasarkan produk pertanian serta para petani masih menggunakan cara tradisional mengusahakan tanah.

Arkib Blog