Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Selasa, Mac 22, 2011

Bukit Assek di Sibu akan ditarah sampai rata oleh Barisan Nasional

DUN N.45 Bukit Assek di Sibu adalah antara kawasan yang dikuasai oleh DAP yang boleh dianggap sebagai satu kawasan yang paling tidak selamat untuk Pakatan Haram pada PRN Sarawak kali ini selain daripada DUN N.9 Padungan di Kuching yang diwakili oleh YB Dominique Ng dari PKR serta DUN N.59 Kidurong di Bintulu yang disandang oleh YB Chiew Chin Sing.

Wong Ho Leng yang telah dipilih oleh rakyat sebagai seorang Ahli Yang Berhormat untuk mewakili mereka bagi kawasan N.45 Bukit Assek juga adalah merupakan seorang Ahli Parlimen Bandar Sibu kini telah dilihat akan berdepan dengan laluan yang agak sukar dalam mempertahankan kerusi yang diduduki setelah banyak janji-janji DAP kepada pengundi di Bukit Assek sewaktu PRN Sarawak yang ke-9 dulu tiada satupun yang sudah ditunaikan.

Kebanyakkan penduduk di kawasan DUN Bukit Assek yang sentiasa terdedah kepada bencana banjir sudah hilang sabar menunggu segala janji-janji DAP semasa berkempen pada pilihanraya negeri 2006 dulu yang kononnya akan segera mengatasi masalah banjir ditempat mereka sekiranya DAP menang namun walaupun setelah 5 tahun berlalu tetapi banjir semakin kerap pulak melanda dikawasan-kawasan rendah dalam DUN Bukit Assek.

Seandainya SUPP iaitu salah sebuah parti komponen dalam BN Sarawak meletak semula bekas calon untuk PRK Bandar Sibu dulu iaitu Robert Lau Jr untuk menentang Wong Ho Leng di kerusi DUN N.45 Bukit Assek pada kali ini, saya berpendapat bahawa Barisan Nasional tidak akan menghadapi masalah besar untuk merampas kembali Bukit Assek daripada penguasaan DAP.

Robert Lau Jr yang merupakan Bendahari parti SUPP juga adalah Kaunselor di Majlis Perbandaran Sibu (MPS) walaupun pernah tewas pada percubaan pertama beliau setelah diletak sebagai calon untuk mempertahankan kerusi Parlimen Bandar Sibu kepada Wong Ho Leng tetapi itu tidak bermakna yang beliau tidak akan diterima selamanya oleh para pengundi dan SUPP harus berani untuk menurunkan semula Robert Lau Jr bertanding bagi merebut kerusi Bukit Assek daripada Wong Ho Leng.

Berbekalkan kepada pengalaman luas beliau yang sentiasa rapat dengan masyarakat di sekitar Sibu melalui jawatan yang disandang sejak dulu itu adalah tidak mustahil bagi Robert Lau Jr untuk menebuskan kembali kekalahan julungkalinya dalam PRK yang terdahulu. Jika dilihat dari sudut lain iaitu pada PRK Bandar Sibu dulu, Robert Lau Jr berperanan untuk mempertahankan kerusi berkenaan dari terjatuh ke tangan DAP manakala Wong Ho Leng pula bertindak untuk merampasnya dari genggaman Barisan Nasional.

Jadi untuk DUN N.45 Bukit Assek maka fungsi Wong Ho Leng sudah bertukar daripada untuk merampas kepada mempertahan dan begitu juga dengan Robert Lau Jr jika sebelum ini peranannya adalah untuk mempertahan kepada cuba untuk merampas kerusi daripada DAP. Kerja SUPP untuk merampas N.45 Bukit Assek dari DAP akan menjadi lebih mudah sekiranya perang dingin dalam parti tersebut dapat diselesaikan segera sebelum kempen Pilihanraya Negeri Sarawak diadakan dalam bulan April depan.

Rev. Father Wayne membakar Al Quran, apa komen YB Zuraidah ?

Kalau sebelum ini Anggota Parlimen Ampang Selangor YB Zuraidah Kamaruddin bukan main ligat lagi mengetuai demonstrasi di hadapan Bangunan Mahkamah lama Kuching bagi membantah penahanan sejumlah Kitab Injil berbahasa Melayu Indonesia oleh pihak Kementerian Dalam Negeri.

Zuraidah yang juga merupakan Ketua Wanita PKR pusat sepatutnya tidak mengetuai atau menyertai sebarang perhimpunan yang melibatkan perkara yang masih di dalam peringkat menunggu keputusan dari pihak mahkamah tambahan pula beliau sebagai seorang yang beragama Islam harus mengelak dari terlibat sama dengan demonstrasi yang dianjurkan oleh Baru Bian.

Berbalik semula kepada tajuk artikel ini "Rev. Father Wayne membakar Al Quran, apa komen YB Zuraidah ?" sebenarnya mahu tahu apakah pendirian pihak PKR dalam kes terbaru ini yang juga melibatkan soal hak.

Kalau Zuraidah sanggup untuk bertindak menyertai demonstrasi bersama-sama dengan penjilat PKR Sarawak yang lain kononnya mahu memperjuangkan Al Kitab yang sedang berada dalam simpanan pihak KDN demi masyarakat Kristian, jadi bagaimana pulak dengan pendirian beliau apabila berlaku kejadian dimana salah seorang sahabat Reverend Father Terry Jones iaitu Paderi Wayne Sapp telah membakar sebuah Kitab Suci Al Quran setelah melabel Kitab Suci umat Islam itu sebagai punca keganasan.

Dalam isu terbaru yang melibatkan soal maruah agama Islam, sepatutnya Zuraidah mengajak Penasihat Umum PKR Anwar Ibrahim serta seluruh pemimpin dan semua ahli-ahli PKR lainnya untuk mengadakan demonstrasi secara besar-besaran dihadapan Pejabat Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur bagi menyampaikan rasa tidak puas hati mereka dengan kebiadapan rakyat negara pengganas Amerika Syarikat itu terhadap Islam.

Bakal KM Sarawak dari Wilayah SCORE >>>

Beliau pernah mengurus penerbangan pesawat untuk membawa balik kes melibatkan kes seorang penuntut Sarawak yang meninggalkan dunia di Australia setelah pihak Kementerian Pendidikan Tinggi menghadapi berbagai masalah dengan pihak kerajaan Australia bagi membawa pulang jenazah ke kampung halamannya yang terletak dipesisiran pantai kawasan tengah Sarawak.

Maka dengan campur tangan pemimpin ini segala urusan ke atas jenazah pelajar berkenaan telah menjadi mudah apabila beliau yang memang mempunyai rakan kenalan di negara kanggaroo itu telah berjaya membantu keluarga terbabit untuk membawa balik jenazah anak mereka dengan segera.

Pehin Sri Taib Mahmud melihat betapa pentingnya konsep pembangunan Koridor Wilayah untuk Sarawak atau SCORE yang telah dilancarkan oleh Perdana Meneri ketika itu YABhg Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi pada 11 February 2008 diteruskan walaupun satu masa nanti beliau sudah bersara.

SCORE yang berteraskan kepada berbagai sumber tenaga yang banyak terdapat di Wilayah Tengah negeri Sarawak seperti kuasa hidro (28,000 megawatt), arang batu (1.46 billion tan) dan gas asli (40.9 trillion kaki padu persegi) harus diberi fokus utama oleh bakal pengganti beliau kelak bagi memacu pertumbuhan ekonomi negeri ke tahap yang lebih tinggi lagi.

Ada 10 jenis industri utama daripada 67 jenis industri yang telah dikenalpasti untuk ditawarkan kepada pelabur tempatan dan juga pelabur asing dalam Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak atau SCORE ini iaitu (1) Industri berasaskan minyak, (2) Industri aluminium, (3) Industri berasaskan logam termasuk besi, logam dan zink, (4) Industri berasaskan kaca, (5) Industri pelancongan, (6) Industri berasaskan minyak kelapa sawit, (7) Industri berasaskan kayu termasuk kertas dan palpa, (8) Industri perternakan, (9) Industri perikanan dan akuakultur dan (10) Industri kejuruteraan marin seperti pembinaan kapal dan pembinaan pelantar minyak.

Kesemua 10 industri utama akan dipromosi dan dibangunkan secara meluas menerusi penyertaan yang lebih menyeluruh dari sektor swasta. Pembangunan 10 industri utama dan aktiviti hiliran yang berkaitan akan menjadi pemangkin utama pembangunan industri dikawasan Koridor.

Dan untuk tidak mahu melihat Koridor ini gagal diseparuh jalan maka besar kemungkinan pilihan Pehin Sri Taib untuk menggantikan tempat beliau adalah lebih terarah kepada mereka yang memang mempunyai kedudukan penting di dalam Wilayah Koridor itu sendiri bagi memastikan semua yang telah digariskan dibawah SCORE akan menjadi kenyataan pada tahun 2030 kelak.

Arkib Blog