Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, September 17, 2011

KDN, harimau tua yang keguguran taring !

Belumpun sampai 48 jam selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengumumkan pemansuhan Akta Keselamtan Dalam Negeri (ISA) apabila dua Akta baru yang akan digubal kelak diluluskan oleh Parlimen bagi menggantikannya, lalu menyusul desakan daripada pihak Pakatan Haram yang meminta agar dibebaskan kesemua tahanan yang masih ditahan dibawah Akta ISA.

Tuan Man Tuan Ibrahim dari PAS selaku jurucakap Pakatan Haram telah mencabar Datuk Seri Najib untuk membebaskan semua saki-baki tahanan ISA yang masih ditahan dalam Kem tahanan di Kemunting Perak sekiranya Perdana Menteri benar-benar jujur dengan keputusan yang baru saja diumumkannya itu. Apa boleh, kerajaan BN sudahpun membuat suatu kejutan yang amat besar maka tentulah akan timbul berbagai reaksi yang pasti tidak terduga pihak BN sendiri ekoran pengumuman penamatan Akta ISA oleh Perdana Menteri itu.

Setiap kementerian yang wujud dalam sesebuah kerajaan itu memiliki aktanya yang tersendiri. Akta yang dibuat, digubal serta diluluskan oleh Dewan Rakyat itu memberikan kuasa kepada seseorang menteri yang dilantik untuk mengepalai mana-mana kementerian yang dibentuk untuk mencadang, untuk membuat ketetapan, untuk membuat keputusan, untuk bertindak dan sebagainya yang berkaitan dengan perkara yang berada dibawah bidang kuasa seseorang menteri itu.

Kementerian Pertahanan ada aktanya sendiri, begitu juga dengan kementerian lain seperti Kementerian Pelajaran, Kementerian Pelancongan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Penerangan, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Kepenggunaan, Kementerian Pertanian dan Asas Tani, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dan lain-lain lagi dan kesemuanya memerlukan suatu akta untuk menggerakkan kementerian masing-masing.

Tanpa diperuntukkan akta tertentu, sesebuah kementerian itu tak ubah sama seperti burung yang tiada sayap, ayam yang tidak ada paruh, ayam jantan yang tidak bertaji, kucing yang tidak berkuku ataupun harimau yang tidak bertaring. Hanya gah pada nama tetapi tidak berupaya untuk bertindak.

Sekiranya sesebuah kementerian tidak dibekalkan dengan akta-akta khas maka adalah sangat sukar untuk setiap menteri yang dilantik mengetuai kementerian hendak mengendalikannya dengan berkesan dan begitu jugalah sekiranya sesebuah kementerian itu mendapat seorang menteri yang tidak berkeupayaan untuk mengemudi kementerian yang telah diamanahkan kepadanya, maka apapun yang dilakukan pasti tidak akan memberi sebarang makna kepada negara.

Berbalik kepada isu Akta ISA yang akan dimansuhkan. Bermakna Kementerian Dalam Negeri di bawah Datuk Seri Hishamuddin samalah seperti seekor harimau tua yang gigi taringnya telah gugur atau tercabut. Untuk memburu mangsa sudah pasti sangat sukar, ada kuku cuma sekadar mampu menangkap mangsa namun tidak mampu untuk mematikan mangsa kerana tanpa taring adalah sesuatu yang mustahil hendak menewaskan mangsa apatah lagi untuk melemaskannya.

Apabila Perdana Menteri telah membuat keputusan untuk memansuhkan Akta ISA dan akan digantikan dengan dua akkta baru yang akan digubal maka bermakna buat sementara waktu ini menterinya juga sudah tiada senjata yang boleh digunakan untuk dijadikan sebagai alat bagi menangkis sebarang serangan yang dilakukan dalam berbagai bentuk oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab di negara ini.

Kita amat bimbang sekiranya keadaan ini akan memberi ruang kepada para petualang serta pengkhianat negara untuk membuat kekacauan serta menimbulkan keadaan yang huru-hara didalam negara, apakah nanti Datuk Seri Hishamuddin selaku seorang menteri yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga keselamatan didalam negara boleh bertindak dengan mengenakan tindakan kepada perusuh mengikut undang-undang ISA yang bakal dimansuhkan?

Apakah yang akan pihak kerajaan lakukan seandainya nanti ditakdirkan satu kekacauan sengaja dicetuskan oleh para petualang negara pada saat-saat akhir Akta ISA dihapuskan sementara dua Akta baru yang digubal belum lagi mendapat kelulusan daripada Parlimen, apakah Akta ISA akan dikuatkuasakan semula ataupun Kementerian Dalam Negeri terpaksa memohon bantuan daripada pihak tentera bagi mengatasi keadaan?

Kebimbangan kita akan berlaku perkara-perkara yang tidak diingini terhadap negara ini amat tinggi. Mengapa kerajaan BN tidak merangka sesuatu akta yang baru sehingga ia selesai dan boleh menggantikan akta sedia ada sebelum mengumumkan kepada rakyat bahawa kerajaan akan memansuhkan mana-mana akta yang berkaitan tetapi kenapa perlu tergesa-gesa membuat pengumuman hendak memansuhkannya sedangkan akta yang bakal mengganti belum lagi dirangka?

Bukankah tindakan tergesa-gesa sebegini telah meletakkan rakyat berada didalam keadaan yang kebingungan, takut, serbasalah serta cemas?

Video seks: imej PM 16 September lebih jelas !



Video yang diperpanjang serta disebarkan dari blog ke blog, ... sila ambil bahagian meraikannya, sempena ulang tahun ke-3 Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri 16 September !!!

Arkib Blog