
KUALA LUMPUR 21 Julai - Kematian Teoh Beng Hock, pembantu Khas seorang Exco kerajaan Negeri Selangor, dikenalpasti berpunca daripada bunuh diri.
Keputusan mengenai punca kematian Beng Hock itu terkandung dalam laporan penuh prosiding Suruhanjaya Menyiasat kematian Teoh Beng Hock yang didedahkan kepada umum hari ini.
Laporan setebal 124 muka surat itu merupakan keputusan sebulat suara oleh kesemua anggota panel suruhanjaya berkenaan yang dipengerusikan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong.
Beng Hock 30, Setiausaha Politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di koridor tingkat 5 Plaza Masalam, Shah Alam Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang terletak di tingkat 14 plaza berkenaan.
Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 26 January lepas, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock selepas Mahkamah Koroner Shah Alam yang mengendalikan inkues membuat keputusan terbuka berhubung kes berkenaan.
Prosiding suruhanjaya itu bersidang selama 50 hari dan membabitkan 70 saksi di Mahkamah Tinggi Sivil Baharu (NCvC) di kompleks mahkamah disini sejak 14 February dan berakhir pada 10 Mei lalu - Bernama
ULASAN;
Punca kematian mendiang Teoh Beng Hock telahpun diketahui sebab-sebabnya dan antara sebabnya ialah kononnya akibat sessi soalsiasat yang agresif dan keterlaluan oleh pegawai penyiasat SPRM.
Selain itu tentu sekali kita semua percaya bahawa ada sebab lain yang mendorong mendiang Teoh Beng Hock yang nekad untuk terjun membunuh diri dari Bangunan SPRM itu tetapi sayang sekali sekiranya tiada lagi usaha seterusnya untuk menyiasat punca lain selain membunuh diri.
Dan akan ada lagi isu selepas ini yang akan menjadi persoalan kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kematian mendiang Teoh Beng Hock iaitu mengenai kos perbelanjaan yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan dengan menggunakan wang rakyat untuk penubuhan suruhanjaya berkenaan.
Rakyat tentu akan bertanya dan mahu tahu berapakah jumlah keseluruhan wang rakyat yang dibelanja oleh pihak kerajaan untuk menegakkan keadilan serta kebenaran bagi pihak keluarga mendiang Teoh Beng Hock?