Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, Februari 10, 2011

Selain DUN Semop, Parlimen Mukah juga perlu wakil rakyat yang baru !

Jika rakyat di kawasan DUN Semop yang diwakili oleh wakil rakyatnya YB Datuk Sri Dr Haji Awang Asfia Awang Nassar bangkit menuntut Ketua Menteri Sarawak yang juga Pengerusi BN Negeri YAB Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud agar menggugurkan wakil rakyat yang sedia ada dan menggantikan dengan muka baru untuk DUN Semop, maka begitulah juga harapan yang telah lama dipendam oleh rakyat di kawasan Parlimen Mukah yang mahu supaya Pehin Sri Taib tidak mencalonkan semula YB Datuk Sri Dr Muhammad Leo Micheal Toyad sekiranya berlaku pilihanraya yang serentak antara negeri dan juga PRU yang ke-13 dalam masa yang terdekat ini.

Ramai di kalangan pemimpin PBB Bahagian di kawasan Parlimen Mukah satu ketika dulu iaitu semasa PRU-12 pernah menyuarakan perkara yang sama kepada Pehin Sri Taib agar Dr Leo Toyad tidak dicalonkan semula sebagai Ahli Parlimen Mukah namun mereka terpaksa akur dengan kehendak dan keputusan Pehin Sri Taib yang tetap mahu Dr Leo terus diletak sebagai calon PBB di Parlimen Mukah. Ada yang berani mengsyorkan kepada Pehin Sri Taib sekiranya beliau masih mahukan Dr Leo bertanding pada PRU-12, maka beliau hendaklah diletakkan di kawasan Parlimen yang lain seperti di Parlimen Limbang dan juga di Parlimen Lawas.

Saya bukannya untuk mengatakan yang Datuk Dr Leo tidak lagi layak untuk berkhidmat sebagai seorang wakil rakyat bagi kawasan Parlimen Mukah atau tidak berkemampuan lagi dari segi fizikalnya untuk menyumbangkan bakti kepada rakyat dan negara tetapi sebagai rakyat yang lebih memahami dan lebih merasai adanya kekurangan pada seseorang wakil rakyat itu dari pihak yang hanya tahu "mencalon" maka saya mahu kepimpinan tertinggi BN Sarawak lebih peka dengan kehendak rakyat bawahan dan dengarilah suara rakyat yang mengundi dan bukannya hanya mahu agar rakyat akur untuk menerima apa saja benda yang diletak depan mata.

Kami rakyat di Parlimen Mukah sangat memerlukan seorang pemimpin yang selalu dekat dengan rakyat serta senang didekati dan yang paling penting ialah selalu meninjau permasalahan yang dihadapi oleh rakyat serta melawat para penduduk di kawasan yang di wakili dan bukannya yang hanya tahu membuang masa ditempat yang tidak sepatutnya membelai rambut bini baru !

Akhir sekali, harapan ialah supaya kepimpinan tertinggi PBB khususnya dan kepimpinan BN Sarawak amnya untuk melihat kepada potensi yang ada pada ADUN N.50 Dalat iaitu YB Datin Fatimah Abdullah yang pada saya memang layak dan sesuai sekali untuk dicalonkan bagi mewakili rakyat di Parlimen Mukah pada PRU-13 nanti. Rakyat di Parlimen Mukah perlu seorang wakil yang benar-benar gigih dalam usaha untuk meningkatkan tahap kehidupan mereka disamping berani menyuarakan permasalahan rakyat ketika menyertai sessi perbahasan untuk sesuatu usul yang dibentangkan dalam Dewan Rakyat.

Arkib Blog