Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, November 14, 2010

Daging BABI memang diharamkan dalam agama Kristian !

Saya bukannya cuba untuk menyatakan bahawa daging babi itu tidak boleh untuk dimakan oleh manusia seluruhnya tetapi maksud yang cuba saya sampaikan dalam artikel saya sebelum ini ialah bahawa selain daripada agama Islam yang jelas mengharamkan umatnya menyentuh serta memakan daging haiwan berkenaan namun ramai yang tidak sedar bahawa larangan serupa juga memang ada dan telah wujud lama didalam ajaran agama Kristian sebagaimana yang terdapat di dalam Perjanjian Lama.

Persoalannya di sini ialah, kenapakah larangan terhadap perkara tersebut tidak pernah didedahkan atau diambil peduli oleh pemimpin-pemimpin Gereja sedangkan kalau dikira soal gaya pemakanan yang diamalkan oleh umat Kristian itu juga perlu dititik berat kerana ianya juga adalah sebahagian daripada tuntutan agama itu sendiri yang menghendaki supaya umatnya bersih dan sempurna dalam serba-serbinya.

Menerusi artikel ini, saya ingin menjawab satu komen pada tulisan saya yang terdahulu iaitu "BABI adalah HARAM di dalam agama Kristian !" iaitu mengenai perkara yang sama manakala komen berkenaan telah diberi oleh saudara Pbian20 dari Lawas Sarawak dan disitu beliau mengatakan bahawa pengetahuan saya tentang agama Kristian cetek mungkin berpandukan kepada apa yang saya tulis dan maka itulah beliau menganggap apa yang saya tulis itu sebagai satu kesimpulan yang salah dan tidak berasas.

Dalam komennya juga saudara Pbian20 telah meminta saya untuk merujuk kepada apa yang telah saya tulis itu dalam Injil Matius fasal 5 ayat 17 dan juga Kisah Para Rasul fasal 10 ayat 12 hingga ayat 16 bagi membuktikan bahawa ayat 7 dan 8 surah IMAMAT dalam Perjanjian Lama itu telah dinafikan oleh ayat 17 dalam Matius 5 serta ayat 10-16 dalam Kisah Para Rasul 10. Tetapi saudara Pbian20 nampaknya agak keliru dan salah faham mengenai maksud yang terdapat pada ayat-ayat di dalam ketiga-tiga surah berkenaan.

Saudara Pbian20, saya adalah penganut agama Kristian dari mazhab Roman Katholik. Saya bukannya pentafsir agama cuma saya hanyalah pengikut agama Katholik saja dan tidak lebih daripada itu. Tetapi saya ingin sekali untuk mengajak semua umat Kristian termasuklah saudara Pbian20 tanpa mengira apa mazhab yang mereka anuti agar kita sama-sama merujuk kepada kitab Perjanjian Lama, IMAMAT 11:1-47 tentang binatang yang haram dan yang tidak haram bagi orang Kristian dan harap masing-masinglah kita semua selepas itu membuat penafsiran sendiri.

Mengenai cadangan saudara Pbian20 yang mahu saya merujuk kepada Injil Matius 5:17 dan Kisah Para Rasul 10:12-16, maka disini saya inginlah bertanya apakah saudara tidak faham bahawa apa yang dinyatakan dalam kedua-dua ayat berkenaan membawa maksud yang kedatangan Jesus Kristus ke dunia ini bukan untuk menghapuskan walau sedikitpun sesuatu yang terkandung dalam Perjanjian Lama melainkan untuk menggenapkannya atau ertinya Jesus Kristus turun ke dunia ini adalah sebagai pelengkap kepada apa yang pernah disebut didalam Perjanjian Lama.

Oleh itu apabila saya berpendapat bahawa daging babi adalah haram untuk dimakan oleh orang-orang Kristian berdasarkan kepada larangan yang tertulis di dalam Perjanjian Lama surah IMAMAT 11:7-8 dan diperkuatkan lagi dengan pengakuan Jesus Kristus sendiri seperti dalam Matius 5:17-48(Lukas 6:27-36) bahawa kedatangan Dia ke dunia ini bukannya untuk meniadakan walau setitikpun perkara dari Perjanjian Lama malah kedatangan Dia adalah untuk menggenapkan semua apa yang terkandung di dalam Perjanjian Lama dan sudah tentulah sebagai pelengkap kepada Perjanjian Baru yang mana bermakna semua apa yang telah ditegah dalam Perjanjian Lama akan terus kekal sebagai perkara yang ditegah dan perlu dipatuhi oleh umat Kristian hingga ke akhir zaman.

Dan oleh itu saya tetap berpendapat bahawa daging babi adalah haram dan memang haram untuk dimakan oleh orang-orang Kristian maka terpulanglah kepada diri masing-masing samada kita sebagai umat Kristian masih mahu terus mengambil daging haiwan berkenaan sebagai menu harian atau sebaliknya sebagai langkah awal semua perlu perlahan-lahan berhenti dari mengambilnya tanpa perlu berhenti secara mendadak.

Jika dilihat dari sudut kesihatan pula, daging babi jika menurut pengamal perubatan atau pakar kesihatan seperti doktor-doktor yang sudah membuat banyak kajian mengenai isi kandungan daging haiwan berkenaan telah mendapati ianya mengandungi sejenis kuman berupa cacing-cacing halus yang hidup di dalamnya dan sukar untuk dinyahkan serta risiko penyakit yang akan dihidapi kepada mereka yang kerap menjadikan daging babi sebagai menu hindangan kegemaran mereka ialah leptospirosis yang boleh mengakibatkan kerosakan hati serta buah pinggang.

Arkib Blog