Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, November 12, 2011

Aziz Barrel teruskan misi perangnya terhadap Sultan Selangor !

Nampaknya perang antara pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof. Dr Aziz Bari dengan pihak Istana Selangor khususnya dengan Sultan Sharafuddin Idris Shah sendiri tidak memperlihatkan yang ianya akan terhenti walaupun isu DUMC dilihat telah semakin reda apabila Aziz Bari sanggup bertindak semakin kurang ajar dengan mempertikaikan kuasa Sultan Selangor terhadap hal ehwal agama Islam di negeri berkenaan.

Terbaru, Aziz Bari seolah-olah cuba untuk menyekat dan menghalang Sultan Sharafuddin Idris Shah dari mencampuri hal ehwal agama Islam di Selangor. Aziz Bari juga seperti mencuba untuk menafikan hak dan kuasa Sultan Selangor apabila beliau tergamak menyatakan secara terbuka bahawa Sultan Selangor itu "mungkin" telah melangkaui batas kuasa Baginda dengan menitahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor meluluskan undang-undang pada bulan Julai.

Aziz Bari bekata demikian ketika diminta mengulas mengenai titah yang ditandatangani Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan mereka untuk meluluskan pindaan bagi meluaskan kuasa Sultan dan Majlis  Agama Islam Selangor (MAIS) dalam hal ehwal Islam di negeri berkenaan. Selanjutnya di sini

Sangat pelik dengan tindakan Aziz Bari yang berterusan mempersoalkan kuasa Sultan Selangor. Sultan Sharafuddin Idris cuba untuk memastikan agar agama Islam di negeri Selangor dapat terus di pelihara dan tidakan sedemikian adalah sangat sesuai dengan kedudukannya sebagai Ketua Agama Islam di negeri berkenaan tetapi malang sekali apabila masih ada lagi manusia seperti Aziz Bari yang tidak mahu mengiktiraf kuasa dan peranan penting seseorang Sultan berhubung dengan agama Islam sehingga sanggup pula untuk mengatakan bahawa Sultan Selangor tidak wajar masuk campur dalam hal ehwal agama Islam.

Amerika Syarikat menipu dan berbohong lagi !

Kerajaan Amerika Syarikat di bawah pentadbiran Presiden Barrack Obama terus mewarisi kepimpinan yang terdahulu kulit putih yang suka berbohong, menipu dan gemar menindas, menceroboh dan seterus menyerang negara-negara lain walaupun iaya amat bertentangan sama sekali dengan prinsip sepertimana terkandung di dalam piagam pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang harus dipatuhi oleh semua negara anggota.

Berbangga dengan kuasa veto yang di milikinya, Amerika Syarikat merasakan yang negara mereka tidak perlu takut dan tunduk ketika berhadapan dengan mana-mana negara malah Amerika Syarikat seolah-olah melihat bahawa mereka sangat berkuasa untuk membentuk satu dunia menurut seperti apa yang mereka kehendaki walaupun sedar bahawa setiap negara merdeka berdaulat mempunyai hak masing-masing yang perlu dihormati.

Tetapi Amerika Syarikat tidak melihat semua itu sebagai perlu dihormati sebab apa yang mereka mahu sebenarnya ialah menghendaki supaya negara lain yang harus tunduk serta patuh kepada segala arahan juga kemahuan mereka dan bukannya Amerika Syarikat yang perlu menghormati undang-undang antarabangsa.

Terbaru Amerika Syarikat melalui IAEA(International Atomic Energy Agency) satu badan yang sudah menjadi alat kepada mereka untuk tujuan menyerang negara lain telah membuat fitnah baru terhadap Iran apabila menuduh negara berkenaan sedang membangun loji terbaru tenaga nuklear secara besar-besaran dan mendakwa ianya merupakan satu ancaman besar kepada dunia.

Amerika Syarikat memang tak pernah serik-serik berbohong, dulu sebelum menyerang Iraq, mereka menuduh dan mendakwa bahawa kerajaan Iraq pimpinan Saddam Hussein memiliki senjata pemusnah besar-besaran dan disembunyikan di suatu tempat rahsia tetapi sehingga ke saat ini Amerika Syarikat tetap gagal untuk membuktikan yang tuduhan serta dakwaan mereka terhadap kerajaan Saddam Hussein adalah benar.

Fitnah yang dicipta oleh Amerika Syarikat terhadap Iraq telah mengorban bukan sedikit nyawa malahan puluhan ribu rakyat Iraq telah turut terkorban dan menjadi mangsa perang yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat dan Britain dalam usaha kedua negara penceroboh itu hendak meyakinkan kepada dunia bahawa Iraq memang mempunyai senjata pemusnah seperti yang mereka dakwa sebelum itu.

Namun apa yang boleh kita lihat pada hari ini ialah sebuah negara Iraq yang sudah musnah tetapi tiada satupun senjata pemusnah besar-besaran seperti didakwa yang dijumpai oleh tentera negara penceroboh milik kerajaan Saddam Hussein tetapi sebaliknya banyak khazanah negara Iraq seperti artifak-artifak bersejarah negara berkenaan yang dicuri dan dibawa keluar dari Iraq oleh tentera Amerika Syarikat.

Dan apakah itu juga yang Amerika Syarikat mahu lakukan ke atas negara Iran yang dipimpin oleh Presiden Mahmoud Ahmadineejad ? Barrack Obama yang menerajui Amerika Syarikat kini nampak sudah turut menjejaki langkah presiden terdahulu, George W. Bush yang telah menghancurkan Iraq dan Obama juga kelihatan seperti mahu meneruskan tugas-tugas belum selesai negara Barat yang mahu memusnahkan negara Islam keseluruhannya.

Untuk itu, fitnah terhadap Iran perlu dipergiatkan sebaikmungkin agar seluruh dunia terus percaya kepada pembohongan, dakyah dan propaganda Barat...

Arkib Blog