Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, Februari 09, 2011

Forum Bicara Rakyat: Buku Jingga (Rakaman Penuh)

Video Bicara Rakyat 'Buku Jingga 100 Hari' ..terima kasih Sayed Munawar, TV1 dan RTM !

Terlebih dulu saya ingin menyampaikan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada pengacara serba-boleh RTM iaitu Tuan Haji Sayed Munawar Sayed Mustar, juga pihak TV1 serta semua pihak di RTM kerana telah sudi untuk memenuhi permintaan kita semua khususnya rakan-rakan blogger yang ketinggalan untuk mengikuti siaran langsungnya agar rakaman untuk rancangan Bicara Rakyat yang di siarkan oleh TV1 pada 5 February 2011 lalu dimuat-naik dalam laman sesawang khas RTM dalam bentuk video bagi memudahkan kita mengikutinya semula.

Program Bicara Rakyat pada tarikh berkenaan yang dikendalikan oleh Sayed Munawar telah mengundang tiga panelis ke studio iaitu Datuk Dr Mahani Zainal Abidin dari ISIS, Anggota Parlimen Hulu Selangor YB P. Kamalanathan dan Pengarah Strategik PKR saudara Rafizi Ramli. Bagi kami ia merupakan satu program yang sangat istimewa kerana ianya khusus untuk mengupas mengenai isi kandungan yang telah digariskan dalam "Buku Jingga" serta 'janji 100 hari' Pakatan Pembangkang yang telah dilancar secara bersama oleh DAP, PKR dan PAS pada 19 Disember 2010 lalu di Pulau Pinang.

Dalam video ini kita boleh ikuti antaranya ialah perbincangan hangat diantara saudara Rafizi yang kelihatan begitu bersungguh-sungguh untuk mempertahankan kandungan Buku Jingga itu walaupun beliau nyata terkial-kial untuk menjawab soalan yang diajukan oleh YB P. Kamalanathan berhubung dengan masalah pentadbiran kerajaan Pakatan Pembangkang di negeri Selangor serta bagaimana beliau sedaya upaya cuba untuk menepis setiap hujah yang dikemukakan oleh pakar ekonomi Datuk Dr Mahani mengenai munasabahnya segala janji yang terdapat di dalam Pelan 100 Hari itu.

Maaf semua, sebab saya telah gagal untuk memuat-naik rakaman video ini yang mempunyai tempoh masa selama 50:43 saat. Mungkin kerana liputan talian internet yang terlalu rendah dan lembab. Video ini juga boleh dilihat atau dimuat turun di akaun FB Tuan Sayed Munawar yang telah dipautkan di FB beliau.

Atau anda juga boleh mengikuti rakaman video ini di http://www.rtm.gov.my/tv1/index.php?option=com_content&view=article&id=70&Itemid=132&lang=en , dan terus di http://www.rtm.gov.my/  pilih VO1, pilih Bicarawara dan pilih Bicara Rakyat..ok ! Selamat mengikuti...semoga kita semua boleh menilai sendiri apa yang telah cuba dijelaskan oleh saudara Rafizi, samada pelan 100 hari yang dilancarkan oleh pihak Pakatan itu hanyalah satu janji manis semata-mata untuk mengaburi mata rakyat.

Arkib Blog