Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Selasa, Mac 08, 2011

Liwat II: 3 bukti ditolak mahkamah kerana diperolehi secara tidak sah???

Dengan budi bicara yang ada padanya, Hakim mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mad Diah yang mengendalikan kes liwat II Anwar Ibrahim dituduh meliwat pembancuh kopinya saudara Mohd Saiful Bukhary Azlan hari ini ketika membuat keputusan mengenai 'perbicaraan dalam perbicaraan' untuk kes berkenaan telah menolak semua 3 bahan bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan iaitu berupa sehelai tuala good morning, sebatang berus gigi dan juga sebotol bekas minuman air mineral.

Alasan penolakan yang dibuat oleh hakim Datuk Mohamad Zabidin itu jika menurut beliau adalah kerana cara pihak pendakwaan termasuklah pihak polis ketika mendapatkan ketiga-tiga bahan bukti tersebut daripada tertuduh sebagai salah dan tidak sah.

Bukan bermaksud untuk mempertikaikan keputusan yang telah ditentukan oleh pihak mahkamah tetapi memandangkan alasan yang diberikan itu seakan-akan tidak mengiktiraf peranan polis dalam membantu mendapatkan sesuatu bahan bukti itu demi untuk menyegerakan kes-kes yang sudah terlalu lama tertangguh di mahkamah maka saya rasa adalah elok juga untuk menyuarakan pandangan mengenainya.

Saya berpendapat sekiranyalah alasan "bukti diperolehi secara salah dan tidak sah" selepas ini akan mula menjadi ikutan kepada pihak-pihak yang telah terlibat dengan sebarang kes yang dibawakan ke mahkamah, jadi apakah perlu bagi pihak kerajaan selepas ini untuk menggubal satu lagi undang-undang baru mengenai peraturan cara bagaimana seseorang penyiasat itu terutama sekali pihak polis boleh mendapatkan bahan-bahan bukti daripada pesalah, adakah pihak polis perlu mengisi borang khas atau menandatangani surat bersumpah seperti surat akujanji sebelum di benarkan mendapatkan sebarang bahan bukti daripada mereka yang kena tuduh???

Dan bagaimana pula dengan mereka yang beribu-ribu sebelum ini yang telah dibicarakan di mahkamah, tidakkah ini nanti akan membuka jalan kepada mereka yang sebelum telah disabitkan dengan tuduhan jenayah yang dilakukan untuk memohon dibuka semula fail perbicaraan serta meminta untuk dibicarakan kembali dengan berbekalkan semua bahan bukti yang digunakan semasa perbicaraan pada masa itu, maka seandainya ini berlaku dan ditimbulkan pula tentang bagaimana cara sesuatu bahan bukti itu diperolehi, tidakkah kita terpikir bahawa mereka yang telah dijatuhkan hukum sebelumnya akan mengambil tindakan undang-undang kerana turut mendakwa bahan bukti yang telah diambil daripadanya dibuat secara salah dan tidak sah.

Tidakkah nanti isu "bahan bukti diperolehi secara tidak sah" ini akan meletakkan semula sistem perundangan di negara kita ini berada didalam keadaan atau suasana ketidakyakinan rakyat serta juga masyarakat luar terhadap nilai-nilai keadilan yang diamalkan sebelum ini ?

Arkib Blog