Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, Julai 16, 2011

Kes liwat di Sabah: pemangsa terus dicekup dan direman !!!

KOTA MARUDU 16 Julai: Seorang remaja berumur15 tahun dicekup selepas dipercayai meliwat rakannya yang berumur 10 tahun di tepi sungai Kampung Marasimsim, di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa dikatakan pergi ke tepi sungai kampung itu untuk menemui rakan-rakannya yang bercadang untuk mandi bersama termasuk suspek.

Kemudian suspek dikatakan menemui mangsa untuk mengajaknya mandi bersama di sungai berkenaan. Tanpa prasangka buruk terhadap suspek, mangsa kemudian mengikuti suspek untuk pergi mandi di sungai berkenaan.

Sebelum mangsa turun ke sungai untuk mandi, suspek dikatakan bertindak memegang kedua-dua tangan mangsa sebelum meliwatnya. Bagaimanapun, ketika itu mangsa cuba melawan, namun tidak berdaya menyebabkan suspek terus meliwatnya. Kemudian suspek dikatakan mengugut mangsa supaya tidak melaporkan kejadian itu kepada orang ramai.

Bagaimanapun, sebaik mangsa pulang ke rumahnya, ibu mangsa berusia 49 tahun terkejut melihat anaknya menangis dan bertanyakan sebabnya. Pada mulanya, mangsa enggan memberitahu, namun selepas diasak berulang kali, mangsa kemudian memberitahu bahawa dia diliwat oleh rakannya.

Terkejut dengan pengakuan anaknya itu, ibunya kemudian bertindak melaporkan kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Marudu, sebelum membawa mangsa ke Hospital Kota Marudu untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut. Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Deputi Superintendan Mohd Isa Yusof ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan Polis masih menjalankan siasatan.

"Sebaik menerima laporan daripada ibu mangsa pada hari yang sama kira-kira jam 8 malam, sepasukan anggota Polis berjaya menahan suspek dirumahnya. "Suspek kini direman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah (KAJ) bagi membantu Polis menjalankan siasatan berhubung kes itu mengikut Seksyen 377(c) Kanun Keseksaan iaitu melakukan persetubuhan bertentangan tabii tanpa kerelaan," katanya. Beliau berkata, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kota Marudu untuk pemeriksaan lanjut sebelum diambil keterangan - Utusan Borneo.

ULASAN;
Syabas dan Tahniahlah di atas tindakan pantas oleh pihak Polis yang segera menahan suspek itu. Mana-mana suspek yang memang punya bukti kukuh dan jelas terlibat melakukan perbuatan seumpama itu hendaklah diambil tindakan dengan kadar yang sebeberapa segera yang boleh dan tanpa rasa pilih kasih atau melihat pada kedudukan seseorang pelaku yang melakukan jenayah seksual seperti kes liwat itu.

Jika budak berusia 15 tahun itu boleh diambil tindakan segera mengikut prosedur atau undang-undang sebagaimana yang telah ditetapkan iaitu setelah dia disyaki meliwat rakan baiknya sendiri yang 5 tahun lebih muda dari usianya sendiri, jadi kenapa apabila terdapat kes yang serupa dilakukan oleh orang-orang kenamaan, cara bertindak Polis ke atas suspek ternyata jauh berbeza malahan suspek diperbolehkan untuk bebas bergerak sebebas-bebasnya dalam negara ini termasuk bebas untuk keluar masuk negara bagaikan tiada kes tertunggak di mahkamah?

Karpal Singh mahu kerajaan PAS Kedah sentiasa patuh kepada DAP !

"Persahabatan Syaitan"
Beliau berkata, DAP tidak akan mengenepikan prinsip-prinsip perjuangannya dan menurutnya parti itu berada di barisan depan sejak dahulu lagi dalam menentang hasrat PAS menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.
Pusat Hiburan: Karpal beri kata dua kepada PAS Kedah - Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 15 Julai: DAP hari ini meminta kerajaan negeri Kedah yang diterajui PAS supaya menarik balik larangan operasi terhadap 13 jenis pusat hiburan sepanjang bulan Ramadhan nanti, yang dikeluarkan kerajaan negeri itu mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997.

Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, kerajaan negeri Kedah tidak boleh bertindak sendiri dan membuat keputusan yang memberi kesan terhadap lain-lain parti komponen dalam Pakatan Haram.

"DAP sedar mengenai keperluan pelbagai komuniti berbeza dalam negara dan akan berjuang untuk hak mereka, sebagaimana yang dilaksanakan sejak dulu, lama sebelum pilihanraya 2008 lagi," kata Karpal Singh.

ULASAN: Sudahlah PAS, kalau dah kepala atau boss Parti Kebajikan SeMalaysia itu masuk dalam kurungan DAP, adalah sesuatu yang sangat mustahil selepas itu untuk PAS membuat sebarang keputusan berhubung perkara yang berkaitan dengan agama Islam.

Arkib Blog