Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, Jun 19, 2011

Malaysia duduki tempat ke-19 negara paling aman di dunia !

PETALING JAYA 19 Jun 2011 - Sikap kesederhanaan majoriti rakyat telah membawa Malaysia menduduki tempat ke-19 negara paling aman dalam Indeks Keamanan Global (GPI) 2011, daripada 150 negara yang dibuat kaji selidik, naik tiga anak tangga berbanding kedudukan pada tahun lepas.

Anak Merdeka ;
Sepatutnya sebagai rakyat Malaysia kita harus berbangga dengan pencapaian sedemikian yang diraih oleh negara ini di dalam mengekalkan keamanan sedia ada disamping terus mempertingkatkan rekod cemerlangnya sebagai salah satu negara paling aman diantara ratusan negara lain yang ada di muka bumi ini.


Kita juga sebenarnya sangat bertuah kerana telah dianugerah dengan sebuah kerajaan iaitu Barisan Nasional yang nyata memiliki keupayaan luarbiasa didalam mewujud dan mengekalkan suasana aman dan makmur untuk rakyatnya agar dapat terus bernafas dengan selesa, tenang dan harmoni dalam negara ini walaupun mereka datang daripada latar belakang kaum, kepercayaan agama, adat budaya serta bahasa yang berbeza.


Tetapi paling malang sekali apabila semua itu tidak pernah diiktiraf serta dihargai oleh sebilangan kecil rakyat negara ini sendiri, mereka seolah-olah mahu agar keadaan dalam negara kita yang aman sebegini bertukar suasana menjadi bergolak dan sentiasa berada didalam keadaan yang huruhara selagi tuntutan nafsu gila mereka untuk merampas kuasa secara paksa daripada kerajaan sedia ada belum lagi dapat dipenuhi.


Ada dua kembimbangan kita pada waktu ini iaitu samada Kementerian Dalam Negeri yang sekarang ini masih diterajui oleh Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein mampu atau tidak untuk mematahkan semua rancangan jahat pihak Pakatan Pembangkang melalui BERSIH 2.0 pada 9 Julai depan atau pihak BERSIH 2.0 yang kononnya tetap dengan hasrat mereka untuk mengadakan perhimpunan haram itu, dan jika KDN gagal berfungsi pada waktu sebelum itu maka bermakna pihak BERSIH 2.0 telah berjaya dengan niat dan muslihat keji mereka dan ini sudah tentu akan merugikan negara dari segi ekonomi dan maruahnya apabila berlaku sesuatu yang tidak diingini.


Harap sangatlah agar pihak KDN berani dan tegas terhadap dua ekor mamalia berkembar seperti yang terdapat dalam gambar yang diatas. Kedua-duanya ada agenda masing-masing, dan untuk mencapai niat mereka sanggup buat apa saja termasuk sanggup melakukan perkara-perkara yang ditegah, sanggup melanggar undang-undang negara, sanggup untuk membelakangi kepentingan negara semata-mata mahu memenuhi segala muslihat kotor dan jijik mereka masing-masing.

Arkib Blog