
Malapetaka yang berlaku dalam masa kumpulan Komando Pejuang Merah Putih sedang memperjuangkan perkara yang sebenarnya hanya direka-reka bertujuan untuk memburuk-burukkan nama negara Malaysia.
Walaupun pandangan ini hanya seperti satu tanggapan atau satu teori sahaja tetapi kalau diperhatikan dari beberapa kejadian bencana yang menimpa wilayah-wilayah tertentu di Indonesia sebelum ini ianya terjadi pada setiap kali rakyat Indonesia bangkit berdemonstrasi membantah Malaysia, mengutuk negara ini semahu-mahu mereka hanya kerana perkara yang remeh temeh.
Adakah kejadian-kejadian yang berlaku secara kebetulan seperti itu boleh diibaratkan sebagai satu peringatan daripada Tuhan kepada segelintir rakyat Indonesia agar mereka kalau seboleh-bolehnya memelihara hubungan antara Indonesia dengan Malaysia sebaik yang mungkin di samping menghindarkan perasaan dengki dan iri hati.