Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, November 01, 2009

Malaysia sebagai negara "pendamai"...

Dalam pada negara kita dipuji, dikeji, disanjung, dihina, dicontohi serta tidak terlepas juga telah dilabelkan sebagai pengeksport pengganas oleh sesetengah rakyat di negara yang tertentu namun ada satu perkara yang mungkin sesetengah daripada mereka itu tidak sedari tentang peranan penting Malaysia diperingkat antarabangsa.

Malaysia pada satu ketika pernah beberapa kali dipilih sebagai tempat atau lokasi untuk mengadakan rundingan damai diantara Gerakan Aceh Merdeka(GAM) dengan Kerajaan Republik Indonesia.

Malaysia juga telah dipilih sebagai tempat oleh Barisan Pembebasan Moro Filipina(ILMF) untuk mencari perdamaian dengan Kerajaan Filipina bagi menamatkan konflik yang berpanjangan di Selatan Filipina dimana tuntutan mereka ialah untuk diberikan kuasa autonomi di wilayah bergolak itu.

Disamping itu sebuah lagi negara iaitu Thailand telah melihat bahawa Malaysia mempunyai peranan yang boleh dimainkan bersama dengan negara itu didalam usahanya untuk menangani kemelut yang berlarutan diantara puak pemberontak dengan pihak kerajaan Thai di wilayah selatan negara tersebut terutamanya di wilayah Narathiwat dan juga wilayah-wilayah yang bersempadan dengan Malaysia.

Walaupun Malaysia sentiasa berpegang kepada prinsip tidak akan campur tangan berkaitan dengan urusan hal ehwal dalaman negara lain terutamanya rakan-rakan dalam gabungan Asean, namun setelah adanya permintaan khusus agar Malaysia turut serta menyumbang ke arah perdamaian di antara dua pihak yang bersengketa, sudah pasti Malaysia tidak akan keberatan untuk berbuat demikian.

Selain itu, Malaysia menerusi beberapa bekas pemimpin seperti bekas Perdana Menteri YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, Chandra Muzaffar dan ramai lagi sentiasa giat mengadakan beberapa persidangan yang bertaraf antarabangsa serta ceramah-ceramah yang bertujuan untuk memperjuangkan keadilan bagi mereka-mereka yang telah menjadi mangsa penindasan seperti bekas tahanan penjara Guantanamo, Cuba.

Sejak beberapa hari yang lepas Malaysia telah berjaya mengadakan siri persidangan peringkat antarabangsa iaitu "Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur" yang turut disertai oleh beberapa orang bekas tahanan kem Guantanamo. Persidangan itu telah berjaya mengeluarkan satu deklarasi yang memutuskan bahawa setiap ketua kerajaan yang terlibat didalam jenayah perang boleh didakwa dibawah Tribunal Jenayah Perang.

Itulah antara keistimewaan Malaysia yang kadangkala tanpa kita sedari... dan kita harus bangga dengan peranan yang telah, sedang dan akan dimainkan oleh Malaysia pada peringkat serantau dan antarabangsa.

Siapa yang pantau KPI Koh Tsu Koon ?

Jika Senator Tan Sri Koh Tsu Koon diberi kuasa penuh untuk memantau prestasi KPI semua anggota pentadbiran kerajaan dengan dibantu oleh Senator Datuk Seri Idris Jala, jadi siapa pula yang akan memantau prestasi Tan Sri Koh Tsu Koon ?

Selain itu juga siapa agaknya yang menyimpan alat pengukur suhu prestasi KPI yang membolehkan seseorang itu untuk mengukur sejauh mana kemampuan Koh Tsu Koon untuk mengendalikan tugas yang telah diamanahkan oleh Perdana Menteri kepada beliau itu ?

Umum telah mengetahui yang Koh Tsu Koon telah kalah teruk bersama-sama dengan Parti Gerakan yang diterajui oleh beliau pada PRU-12 Mac 2008 yang lalu. Jadi dimanakah terletaknya prestasi tinggi KPI yang ada pada Koh Tsu Koon sendiri sehingga membolehkan beliau dipilih sebagai juru pemerhati kepada KPI orang lain ?

Apa yang kita ingat dulu ialah Koh Tsu Koon lebih merupakan seperti "duri dalam daging" kepada rakan-rakan lain dalam BN terutamanya UMNO apabila beliau seringkali cuba bangkit selepas kalah teruk dalam PRU-12 dengan berbagai-bagai kenyataan yang dikira boleh menggugatkan keharmonian kaum dinegara ini apabila suara beliau lebih mirip kepada suara DAP yang sentiasa menyentuh soal perkauman terutamanya bab ketuanan Melayu di negara ini.

Koh Tsu Koon juga selalu dilihat seolah-olah untuk mengugut kerajaan BN selepas kekalahan teruk Gerakan pada PRU-12 itu dengan sering membayangkan kemungkinan besar Gerakan akan keluar dari Barisan Nasional sekiranya menurut beliau BN masih lagi masih lagi mempertahankan konsep ketuanan Melayu dalam sistem pemerintahan kerajaan negara ini.

Sehinggalah membawa kepada perlantikan Koh Tsu Koon sebagai seorang Senator bagi membolehkan beliau dilantik ke jawatan yang beliau sandang sekarang, beliau masih lagi dilihat mahu mempermainkan isu ketuanan Melayu apabila membiarkan ahli-ahli bawahan dalam Gerakan untuk membicarakan perkara itu dalam sidang khas mereka petang Sabtu sebagai sebagai respon Gerakan kepada kenyataan yang telah dibuat oleh Anggota Parlimen Sri Gading YB Datuk Mohamad Aziz baru-baru ini ketika persidangan di Dewan Rakyat.

Kita tunggu dan lihat adakah Gerakan akan mendesak UMNO agar YB Datuk Mohamad Aziz harus dikenakan tindakan serupa dengan apa yang pernah UMNO ambil terhadap ADUN Bukit Bendera, Pulau Pinang dulu iaitu YB Datuk Ahmad Ismail yang terpaksa dikorbankan jawatan serta keahlian beliau dalam UMNO demi menjaga kepentingan Gerakan dalam BN walaupun banyak pihak termasuk UMNO sendiri sedar bahawa Datuk Ahmad Ismail hanya memperkatakan perkara yang sebenarnya iaitu mengenai fakta-fakta sejarah negara sebelum wujudnya Malaysia lagi.

Arkib Blog