Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, Julai 27, 2011

Biometrik: PAS yang kuno & kolot dan bukannya rakyat Sarawak !!!

"Semua pilihanraya kecil sebelum ini keputusannya memihak kepada kita. Cuma di Batang Ai sahaja kita kalah sebab mereka ini tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina tetapi tempat yang pakai molek, undi Pas," - DS Hj Abdul Hadi Awang, Presiden Pas, 11 Julai 2009.

Sistem biometrik sebenarnya agak lama juga telah dipraktik serta digunakan di Sarawak oleh sebahagian besar syarikat-syarikat hiliran yang memajukan perusahaan berasaskan kayu-kayan seperti di kilang plywood, veneer, laminated bagi menggantikan penggunaan "punch-card" dikalangan para pekerja masing-masing.
Mereka yang bekerja dengan syarikat-syarikat besar di Sarawak yang bersumberkan bahan mentah untuk menghasilkan papan lapis dan berbagai produk berasaskan kayu selain daripada perkerja-pekerja asing dari Indonesia juga adalah terdiri daripada rakyat Sarawak sendiri yang datang dari pelbagai kaum dan budaya.

Jika sebelum ini hampir kebanyakkan daripada syarikat-syarikat swasta yang tertentu di Sarawak menggunakan "punch-card" untuk merekod kehadiran para pekerja ke tempat kerja masing-masing dan punch card perlu didaftar sebanyak empat kali sehari iaitu sebelah pagi waktu mendaftar masuk kerja, tengah hari sewaktu mendaftar keluar rehat, tengah hari sekali lagi sewaktu mendaftar masuk selepas rehat dan akhir sekali pada sebelah petang untuk mendaftar keluar.

Namun penggunaan punch-card ini lama kelamaan disedari mampu untuk mendatangkan kerugian dari segi kos upah dipihak syarikat atau majikan yang membayar gaji setelah terdapat kes dimana ada pekerja yang menipu majikan apabila sanggup bersubahat dengan penjaga mesin pendaftar yang diamanahkan oleh pihak syarikat untuk menjaga kehadiran setiap pekerja yang datang mendaftar punch-card sebelum masuk bekerja.

Perbuatan sesetengah pekerja yang berani meminta penjaga mesin pendaftar punch-card supaya membantu mereka mendaftar punch-card milik mereka sekiranya mereka lambat masuk ataupun ponteng dari tugasan. Dan perkara ini terjadi apabila penjaga mesin pendaftar punch-card mahu pula melakukannya setelah dijanjikan dengan sejumlah imbuhan oleh pemilik punch-card atau pekerja tersebut asalkan saja gaji dia tidak dipotong majikan pada hari yang berkenaan.

Inilah antara sebabnya mengapa sudah terdapat syarikat-syarikat tertentu di Sarawak ini sejak beberapa tahun yang lalu telah mengambil langkah yang selamat apabila menukar penggunaan sistem punch-card sebelumnya kepada sistem biometrik kini bagi mengelak syarikat dari terus mengalami kerugian akibat daripada perbuatan para pekerja sendiri yang khianat serta tidak produktif malah perbuatan seumpama itu boleh menjejaskan operasi syarikat jika ianya dibiarkan berterusan.

Dan apabila sistem biometrik diperkenalkan dan seterusnya digunakan oleh syarikat-syarikat ini, risiko untuk ditipu oleh pekerja sendiri adalah selamat sebab adalah sesuatu yang sangat mustahil bagi para pekerja yang suka ponteng dari tugas untuk memanipulasikan sistem biometrik yang baru berbanding semasa masih menggunakan kaedah punch-card sebelumnya kerana jika tanpa pekerja itu sendiri yang datang untuk melakukan "thumb-print" bagi mengesahkan kehadirannya, maka mesin pendaftar juga tidak akan dapat membaca apa juga data yang berkaitan dengan pekerja berkenaan.

Cumanya disini saya hendak katakan bahawa sistem biometrik yang telah diperkenalkan dibeberapa buah syarikat utama dalam Sarawak adalah sangat baik untuk pihak syarikat dan juga amat berguna kepada para pekerja itu sendiri dan ramai pekerja-pekerja yang berasal dari daerah pendalaman di Bumi Kenyalang ini yang masih dianggap sebagai "tidak reti undi, kerana masih pakai cawat" oleh Presiden PAS sebenarnya sudah lama didedahkan kepada sistem baru ini dan sudah biasa menggunakannya sejak beberapa tahun yang lalu serta mendapati bahawa sistem biometrik ini adalah satu sistem yang sangat sukar sekali untuk dimanipulasi atau untuk tujuan menipu.

Kerana tidak faham, Profanwar PAS sebulat suara tolak sistem biometrik



"Kita telah bincang cadangan itu(biometrik) dan kalau ikut kronologi biometrik merupakan cadangan Perdana Menteri yang diterima SPR, kami berpendapat penggunaan sistem tersebut tidak dapat menyelesaikan pengundian dua kali atau lebih.

"Kami(PAS) menolak biometrik dan keputusan untuk menolak penggunaan sistem tersebut telah dibuat hasil perbincangan pada mesyuarat khas kami (Mat Syabu, Mahfuz Omar, Salehuddin Ayob dan Mustafa Ali) hari ini." - Datuk Husam Musa 
 Kalau dah Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz yang sudah tua dan telah lanjut usianya begitu masih boleh menerima cadangan SPR mengenai Sistem Biometrik, kenapa pula mereka yang dikategorikan sebagai golongan profesional dalam parti masih tetap mahu menolaknya. Pelik sungguh, macam terbalik pula.

Tambah pelik, apabila pemimpin yang telah ditafsirkan sebagai golongan profesional yang bermakna mereka adalah yang terpelajar, berpendidikan tinggi, sudah tentu faham tentang teknologi terkini serta kegunaannya serta tahu bagaimana memanfaatkanya selain punya ilmu didada yang berkoyan-koyan tetapi tetapi mengapa juga tetap enggan menerima sesuatu yang baru?

Arkib Blog