Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, November 14, 2014

Isu pemulangan Bible, ada perkara yang harus difahami semua pihak.

Saya ingin menarik perhatian kepada perkembangan terbaru mengenai isu Bible versi bahasa Melayu yang kini telahpun dipulangkan semula oleh pihak Majlis Agama Islam Selangor(MAIS) kepada pihak Gereja-Gereja Sarawak di mana majlis pemulangannya telah diadakan di Istana Shah Alam dan disaksikan oleh KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Selangor serta Menteri Besar Selangor.

Apa yang ingin saya sentuh sedikit di sini adalah tentang status Bible berkenaan jika mengikut aliran Roman Katholik yang saya anuti dan walaupun saya sedar isu ini sebenarnya tidak melibatkan kami di pihak Roman Katholik memandangkan perkara ini hanyalah urusan antara pihak Protestan di Sarawak dengan pihak MAIS di Selangor.

Saya nak sebut pasal status kegunaan Bible bagi setiap Bible itu. Bible hanya boleh diperlakukan sesuai sebagai sebuah kitab suci setelah ianya diberkati oleh Paderi atau Pastor dan sesudah ia mendapat kuasa keberkatan daripada Paderi tetapi taraf sesebuah Bible itu masih kekal sepertimana buku biasa selagi ianya belum lagi diberkati oleh Paderi.

Sama juga dengan rantai Rosary, ia masih kekal sama seperti rantai biasa selagi ia belum mendapat berkat daripada Paderi. Begitu juga dengan air berkat(water bless) ia hanya boleh digunakan sebagai water bless selepas ianya mendapat berkat daripada Paderi tetapi selagi ia belum diberkati taraf air berkenaan masih kekal sama dengan air sungai, air parit, air hujan, air paip, air kolam dan sebagainya.

Berbalik kepada isu Bible, ianya juga tidak boleh dianggap sebagai sebuah kitab suci selagi tidak mendapat doa berkat daripada Paderi biar di dalamnya mengandungi begitu perkataan-perkataan yang sepatutnya dimuliakan.

Arkib Blog