Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, Disember 12, 2011

Krisis SUPP: kaum Dayak terus berpecah berikutan pergolakan Wong-Chin

Pergolakkan yang berlaku di dalam Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) bukan saja bakal menyaksikan berlakunya perpecahan bagi golongan masyarakat Cina di Sarawak tetapi juga akan menyaksikan bagaimana bertambah satu lagi perpecahan bagi kaum terbesar di Bumi Kenyalang ini iaitu orang Dayak.

Jika bagi kaum Cina di Sarawak, keretakan di kalangan komuniti berkenaan akibat dari pengaruh fahaman politik yang melampau tidaklah seteruk yang dialami oleh masyarakat Dayak yang kini sudahpun mengalami perpecahan kepada sepuluh dimana mereka sedang giat berusaha mengumpul sebanyak mungkin para penyokong untuk menegakkan perjuangan kumpulan masing-masing.

Dalam dunia politik, kaum Cina Sarawak hanya terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu SUPP, DAP serta PKR dan mereka tidak akan lari jauh dari ketiga-tiga parti berkenaan jika timbul sebarang perselisihan faham antara sesama mereka. Jika berlaku perbalahan yang tidak mampu diselamatkan contohnya dalam SUPP mereka akan lari ke dalam DAP atau PKR dan begitu juga jika berlaku sebarang pertikaian dalam DAP ataupun PKR mereka akan mencari SUPP.

Berlainan pula dengan masyarakat Dayak yang kini kaum mereka turut menganggotai semua parti yang terdapat di Sarawak selain menjadi pemimpin kepada beberapa buah parti politik utama di negeri ini. Dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) ahli serta pemimpin dari keturunan Dayak telah membentuk satu kumpulan tersendiri dan begitu juga di dalam Parti PRS, Parti SPDP, Parti SNAP, Parti SUPP, Parti PKR, Parti DAP, Parti STAR, Parti Cinta Malaysia (PCM) dan Parti KITA pimpinan Datuk Zaid Ibrahim di mana kaum Dayak telah terbentuk kepada sepuluh kumpulan.

Sebagai kaum majoriti yang terbesar di Sarawak, masyarakat Dayak sebenarnya tidak menyedari bahawa semakin banyak kumpulan yang mereka sertai atau wujudkan demi untuk mendapat kuasa di Bumi Kenyalang maka semakin kecil pula sebenarnya kuasa yang mereka perolehi dan ini sudah tentu sekali tidak memungkinkan untuk mereka mendapat kuasa menjadi pemerintah di negeri ini.

Begitulah seterusnya dengan apa yang sedang berlaku ke atas Parti SUPP kini berikutan konfrontasi di antara kumpulan Datuk Sri Wong Soon Koh dengan kumpulan Datuk Seri Peter Chin Fah Kui di mana ahli-ahli serta pemimpin SUPP berketurunan Dayak turut berada di dalam kedua-dua kem berkenaan serta mempertahankan ketua masing-masing dan ini sebenarnya telah menyumbang satu lagi perpecahan bagi Dayak di Sarawak dan menjadikan kaum tersebut kini sudahpun berpecah kepada sebelas kumpulan.

2006-2011: Keberangkatan Balik Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-13

Daulat Tuanku ! Daulat Tuanku ! Daulat Tuanku !

Hari ini satu lagi peristiwa amat bersejarah telah berlaku dalam negara kita dengan berlangsungnya upacara adat istiadat perpisahan bagi menjunjung kasih atas keberangkatan balik Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-13 Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni almarhum Sultan Mahmud Al-mutadillah Shah serta Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah ke negeri Terengganu Darul Iman setelah tamat tempoh 5 tahun perkhidmatan Baginda sebagai raja yang memayungi seluruh rakyat negara ini.

Arkib Blog