Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, November 05, 2009

Apa tujuan undang-undang digubal, dipinda ?

Melihat kepada kes liwat yang sedang dihadapi oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh yang juga Penasihat Parti KeADILan Rakyat(PKR) serta juga Ketua Pembangkang di Parlimen YB Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sudah beberapa kali ditangguhkan disebabkan permohonan diatas permohonan oleh Anwar iaitu sudah semacam lapisan pelangi seakan-akan turut membawa kita untuk mencari satu persoalan yang mungkin boleh dijawab oleh pihak yang bertanggungjawab didalam menggubal undang-undang yang sedang digunapakai oleh pihak mahkamah ketika ini.

Pada mulanya apabila sesuatu akta-akta serta undang-undang dan juga disamping peruntukan undang-undang khas hendak dilluluskan oleh semua Anggota Dewan Rakyat, ianya seperti biasa pasti akan melalui berbagai-bagai proses sebelum sesuatu undang-undang yang seumpamanya akan disahkan boleh diterima pakai untuk digunakan oleh mahkamah bagi urusan seperti menjatuhkan hukum, mengenakan denda, mendengar hujah-hujah, menerima rayuan, menolak rayuan, menangguh prossiding dan bermacam-macam lagi. Segalanya akan dibahas didalam Dewan Rakyat setelah sesuatu usul mengenai perkara itu berjaya dibentangkan bagi mendapatkan pandangan samada bantahan ataupun sokongan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.

Diantara peruntukkan undang-undang khas yang sudah dilluluskan oleh Dewan Rakyat ialah seperti apa yang telah kita lihat dalam kes liwat membabitkan Anwar Ibrahim dimana peruntukkan undang-undang khas itulah yang sebenarnya telah menjadi barah dalam undang-undang dalam negara kita. Anwar Ibrahim telah menggunakan seboleh mungkin undang-undang yang telah memperuntukkan seseorang yang telah didakwa dalam kes yang tertentu sebagai harus dituruti segala kemahuan beliau memohon penangguhan demi penangguhan tanpa memikirkan akan akibat serta nasib pihak yang satu lagi.

Mahkamah serta para Hakim sebenarnya tidak mampu untuk berbuat apa-apa lagi apabila peruntukkan undang-undang seumpama itu iaitu yang membolehkan sesiapa sahaja untuk menggunakannya sebagaimana yang telah Anwar Ibrahim lakukan demi untuk mengelak beliau daripada dibicarakan berhubung dengan kes liwat itu dimana beliau didakwa dengan tuduhan telah meliwat bekas pembantu peribadi beliau iaitu Mohd. Saiful Bukhari bin Azlan. Anwar dalam perkara ini sudah tentu sekali akan berikhtiar sedaya upaya beliau agar kes liwat ini akan terus ditangguh sampai bila-bila selagi masih ada undang-undang yang membenarkan beliau untuk berbuat sedemikian.

Apabila keadaan seperti ini seolah-olah terus berlarutan sehingga kita semuapun tidak tahu sampai bilakah kes liwat ini akan mula dibicarakan, jadi apakah tiada jalan atau cara lain ataupun undang-undang lain lagi selain daripada yang digunakan sekarang ini untuk digunakan bagi menyelesaikan kekalutan yang sedang dihadapi oleh kedua-dua pihak dalam kes ini yang jelas kelihatan semakin hari semakin berserabut malah semakin sukar untuk dirungkaikan.

Sepatutnya apabila sesuatu undang-undang itu digubal serta diwujudkan, tujuannya ialah untuk memudahkan segala proses yang melibatkan soal yang berkaitan dengan urusan dimahkamah dan bukannya untuk menyulitkan mana-mana pihak. Tetapi didalam kes liwat ini, kita boleh nampak dengan jelas dan nyata hanya pihak yang berkepentingan sahaja yang mendapat keuntungan dengan adanya peruntukkan undang-undang tertentu itu sepertimana yang telah kita ketahui selama ini namun tidak bagi rakyat biasa ataupun bagi kalangan orang kebanyakkan.

Oleh itu, adakah dari kalangan profesional yang pakar dalam soal undang-undang sedar bahawa harus dilakukan sesuatu walaupun dengan apa cara sekalipun agar dikaji semula mana satu undang-undang yang menyusahkan satu pihak tetapi dalam waktu yang sama menguntungkan satu pihak yang lain. Dan jika didapati ianya perlu untuk dihapuskan, maka eloklah ianya dihapus atau dimansuhkan ataupun sekurang-kurangnya harus dipinda semula demi keadilan yang sama rata sesuai dengan konsep 1Malaysia.

Akan wujud "team A dan team B" dalam MCA

Krisis dalaman parti yang pernah melanda parti MCA suatu ketika dahulu pasti sekali lagi akan berlaku didalam parti itu sekiranya perkembangan semasa parti itu kini turut diambil sebagai renungan. Semua ini tentu sekali tidak mustahil akan terjadi sekiranya perkara yang sedang berlaku itu dibiarkan terus menjadi satu masalah bukan saja setakat hanya kepada MCA semata-mata malah pasti akan membebankan Barisan Nasional secara keseluruhannya.

Pada satu ketika dimana MCA pernah berpecah kepada dua kumpulan iaitu satu kumpulan yang dikenali sebagai "team A" yang diketuai oleh Datuk Seri(Tun) Dr. Ling Liong Sik, Presiden MCA waktu itu manakala satu lagi "team B" bagi pihak Tan Sri Lim Ah Lek. Namun kemelut parti itu berjaya diselesaikan dengan baik hasil campur tangan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional ketika itu YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Kita boleh lihat seandainya perkara itu akan berulang semula ke dalam parti MCA, kumpulan atau "team A" sudah pasti akan mewakili Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat dan Timbalan beliau iaitu Datuk Seri Chua Soi Lek dan sementara itu "team B" pula akan akan menyaksikan gandingan Naib Presiden MCA iaitu Datuk Seri Liow Tiong Lai dengan Ketua Pergerakan Pemuda MCA YB Datuk Wee Ka Siong.

Apabila sudah wujud puak-puak atau team didalam MCA kelak maka kita juga boleh menilai dari segi kemampuan, kejujuran, ketelusan, keikhlasan serta moral seseorang pemimpin itu berdasarkan kepada rekod serta pencapaian yang lalu dan disamping itu juga kita sendiri sememangnya suka meramalkan siapa yang layak dan siapa yang tidak. Dan apabila kita telah meramalkan siapa yang layak untuk memimpin sesebuah parti itu maka bermakna kita juga turut menyokong cara kepimpinan beliau itu.

Setelah kita lihat walaupun tidak secara mendalam berkenaan dengan latar belakang kedua-dua tokoh yang berada didalam "team A" iaitu YB Datuk Seri Ong Tee Keat dan juga Datuk Seri Chua Soi Lek, secara ringkasnya kita tahu bahawa kedua-dua mereka ini mempunyai masalah peribadi yang tersendiri dan bagi Datuk Seri Chua sebagaimana umum sudah sedia maklum bahawa beliau telah nyata berdepan dengan masalah moral yang sepatutnya tidak harus dilakukan oleh seseorang yang sedang berdiri sebagai seorang pemimpin.

Sementara itu, "team B" yang mungkin menggabungkan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan juga Datuk Wee Ka Siong akan menyaksikan gabungan generasi muda yang mantap dan apa yang sangat penting adalah kedua-dua mereka ini belum lagi tercalar imej sebagai seorang seorang pemimpin. Jika MCA pada akhirnya akan menentukan bahawa kedua-dua pemimpin muda ini sebagai layak untuk mengemudikan parti dengan memandu MCA ke arah laluan yang betul untuk membawa kesemua ahli-ahlinya bagi menuju ke destinasi yang sepatutnya, maka sudah pasti MCA akan kembali selamat dari perpecahan.

Arkib Blog