Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, September 26, 2011

S/Agung PKR mengaku bahawa UMNO & BN semakin hebat dan kuat !!!

Sewaktu sidang media bersama mengenai isu hudud antara tiga Setiausaha Agung parti masing-masingnya Anthony Loke daripada DAP, Datuk Mustafa Ali daripada PAS dan Saifuddin Nasution daripada PKR, ada satu perkara yang saya rasa wajar untuk kita beri perhatian iaitu berkenaan dengan pengiktirafan secara terbuka oleh Setiusaha Agung PKR Saifuddin Nasution tentang kekuatan UMNO serta Barisan Nasional yang semakin nyata dan memang tidak boleh dipandang ringan lagi oleh semua pemimpin dalam Pakatan Haram.

Dalam isu hudud yang semakin hangat sekarang ini, tanpa berselindung Saifuddin teRUS menuduh itu semua kerja UMNO dan Barisan Nasional. Macam dululah juga, jika timbul saja sebarang isu yang dirasakan boleh merugikan Pakatan Haram, pasti UMNO dan Barisan Nasional yang dipersalahkan.

Begitu jugalah dalam isu hudud yang menyaksikan pertikaman lidah sengit berlaku antara Karpal Singh dengan Datuk Nik Aziz Nik Mat, tanpa tebgok cermin, tanpa terlebih dulu pandang ke kiri, ke kanan, ke atas serta ke bawah, terus saja Saifuddin tuduh UMNO, BN, RTM, TV3 dan Utusan Malaysia yang punya angkara sehingga berlakunya perbalahan besar antara PAS dengan DAP sehingga sekarang.

Tanpa Saifuddin sedari, segala tuduhan liar beliau itu terhadap UMNO dan Barisan Nasional sebenarnya dengan sendirinya telah menonjolkan lagi kebodohan serta sikap tidak matang, tidak berdaya saing, tidak bertanggungjawab dan sikap tidak bertamadun para pemimpin muda dalam Pakatan Haram terutama sekali ketika berdepan dengan apa jua masalah yang melanda parti mereka.

Mereka enggan untuk mencerminkan wajah diri masing-masing terlebih dulu tetapi mereka lebih suka untuk mengunakan jalan singkat dan tanpa usul periksa pantas menyalahkan pihak lain sebagai punca kepada masalah yang sedang mereka hadapi.

Betapa bodoh dan biolnya Saifuddin Nasution apabila mengesahkan bagaimana Karpal Singh seorang peguam veteran yang cukup berpengalaman boleh masuk dengan mudah ke dalam perangkap yang di pasang oleh UMNO dan Barisan Nasional.

Dan begitu jugalah, bagaimana Datuk Nik Aziz yang sering diagung-agungkan oleh para pengikut PAS dan PKR sebagai seorang Ulama yang terbilang boleh dengan begitu mudah untuk diperdayakan dengan tipu helah oleh UMNO dan Barisan Nasional

Tetapi tidak mengapa, kalau sudah Saifuddin berpendirian sedemikian maka bermakna beliau secara jelas telah mengaku dan mengiktiraf betapa hebatnya UMNO dan Barisan Nasional kerana kali ini mampu untuk memperdayakan Karpal Singh dan juga Datuk Nik Aziz Nik Mat sehingga keduanya bergaduh bagai nak rak.

Demikian juga bilamana kehebatan UMNO dan Barisan Nasional yang memang sukar untuk ditandingi, sehinggakan ada seorang lelaki "Anugerah Tuhan" yang bernama Anwar Ibrahim juga turut menjadi mangsa apabila dengan mudah boleh masuk ke dalam perangkap yang dipasang oleh pihak UMNO dan Barisan Nasional yang mengumpan beliau dengan seorang lelaki muda dan beberapa perempuan pelacur.

Dan apa yang Saifuddin Nasution tidak nampak disini berikutan dengan tuduhan melulu beliau terhadap UMNO dan Barisan Nasional itu ialah bagaimana dengan mudahnya para pemimpin tertinggi dalam Pakatan Rakyat untuk dipengaruhi oleh pihak lawan sehinggakan mereka tidak perasan langsung dan tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya sedang cuba diperangkap oleh pihak UMNO dan Barisan Nasional...

Apa sebab Azwan Ali berminat untuk melabur dalam projek Anwar Ibrahim?

Sebabnya ialah Anwar memiliki projek yang berskala atau 'bersaiz besar' dan juga berpotensi 'besar' untuk memberi pulangan modal berlipat kali ganda dengan keuntungan yang tentunya juga 'besar' disamping boleh memuaskan kehendak para pelabur seperti Azwan dalam tempoh jangkamasa yang 'amat panjang' ... ;-)

"Lebih baik bersama UMNO & BN, daripada bersama DAP & PKR," - Datuk Nik Aziz

Kekecewaan serta kemarahan pihak DAP terhadap tindak-tanduk Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan selama ini nampaknya semakin sukar untuk disembunyikan lagi. Daripada Pengerusi DAP Pusat Karpal Singh sehinggalah menjalar kepada Setuausaha Agung DAP Lim Guan Eng, mereka kelihatan begitu bengang dengan sikap Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu.

Bermula dengan keakraban yang ditunjukkan oleh YAB Menteri Besar Kelantan itu ketika bersama dalam program anjuran kerajaan Barisan Nasional baik pada peringkat persekutuan mahupun pada peringkat negeri Kelantan terutama sekali apabila ianya melibatkan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib, kelihatan Datuk Nik Aziz begitu ceria dan teruja apabila beliau bersama-sama dengan Perdana Menteri di atas satu pentas.

Karpal Singh yang ternyata sangat tidak senang atas perbuatan curang Datuk Nik Aziz itu hanya mampu untuk memendam perasaannya yang sudah terlalu amat pedih bagai dihiris duri sembilu itu, akan tetapi, biarpun sekian lama terpaksa menahan sabar tatkala berdepan dengan permainan Mursyidul Am PAS itu akhirnya Karpal Singh gagal juga bertahan sehingga tersemburlah perkataan-perkataan yang turut mendedahkan sesuatu yang tidak sepatutnya didedahkan kepada umum iaitu "belang" sebenar DAP yang selama ini hampir berjaya mengelirukan rakyat apabila beliau turut bermain kata-kata dengan Datuk Nik Aziz.

Apabila Datuk Nik Aziz berkata bahawa PAS akan tetap melaksanakan undang-undang hudud di negeri Kelantan, lalu Karpal Singh tiba-tiba berubah menjadi sangat sedih. Dalam hati kecilnya, Karpal Singh tertanya-tanya, apa pula mimpi Menteri Kelantan itu, tiba-tiba saja dia buang tabiat? Kan hari tu Presiden PAS Hadi Awang sudahpun membuang dasar negara Islam jauh-jauh dan telah diganti dengan dasar baru iaitu Negara Kebajikan tetapi kenapa pula Datuk Nik Aziz kutip balik?

Jauh disudut hati Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebenarnya mahu agar PAS kembali semula menjalinkan kerjasama dalam semangat perpaduan dengan UMNO, demi masa depan orang Melayu serta demi agama Islam di negara ini tetapi bagi Datuk Nik Aziz itu semuanya hanya akan tetap menjadi angan-angan kosong selagi PAS terus merelakan diri diperkudakan oleh DAP. Bagi Datuk Nik Aziz, UMNO lebih memahami kehendak serta kemahuan PAS jika dibandingkan dengan DAP ataupun PKR.

Di penghujung perjuangannya yang semakin dimamah usia senja itu dalam menegakkan hukum hudud di Bumi Kelantan, nampaknya Datuk Nik Aziz mula bangkit dan berani untuk berdepan dengan Karpal Singh tanpa perlu menunggu Pengerusi DAP itu menjadi mayat terlebih dulu untuk melangkah tubuhnya semata-mata mahu menubuh sebuah negara Islam tetapi Datuk Nik Aziz mahu membuktikan bahawa beliau berani dan sedia untuk melangkah tubuh Karpal Singh hidup-hidup apabila berkata bahawa PAS tidak kisah sekiranya DAP mahu keluar dari gabungan Pakatan Haram pembangkang hanya disebabkan PAS mahu melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

Arkib Blog