Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, Jun 26, 2011

BERSHIT 2.0: Eh! eh!? KJ juga terima SMS ugutan? Pelik juga...

"Satu laporan polis akan dibuat hari ini oleh Setiausaha Kerja Pemuda UMNO, Datuk Megat Firdouz Megat Junid yang turut menerima SMS yang sama," - KJ
SEPANG 26 Jun 2011 - Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin hari ini menerima ugutan bunuh yang dituju kepada Pemuda UMNO berhubung penyertaan mereka dalam Perhimpunan Patriot pada 9 Julai bulan depan.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, beliau menerima ugutan itu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar pada tengah malam tadi.

"Satu laporan polis akan dibuat hari ini oleh Setiusaha Kerja Pemuda UMNO, Datuk Megat Firdouz Megat Junid yang turut menerima SMS yang sama," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini - Akhbar Kesayangan PAS 

Aku :
Aduhaiii!!!.. makin kalut !
Datuk Hisham oiiii..!!! lihat tu,,,kan ke penyakit SMS ugutan dah jadi satu virus dalam masyarakat kita, lihatlah betapa cepat pula ia merebak. Buat laporan Polis pulak dah..

Kalau dulu yang biasa terima SMS ugutan bunuh hanya orang-orang Pakatan Haram, pasal dia orang senang nak tuduh orang-orang Barisan Nasional yang punya angkara sebab mereka sudah cop orang2 BN tu memang jahat dan kejam sementara orang2 Pakatan Haram tu baik-baik belaka, bila berjalan pijak semut pun tak mati.

Hari tu, dah berapa kali dah pemimpin-pemimpin atasan dalam Pakatan Haram yang kononnya ada terima SMS ugutan bunuh, tapi lepas tu nyata sekali mereka bebas bergerak ke sana ke mari tanpa rasa takut dan malu macamlah tak ada sebarang ancaman bunuh terhadap nyawa mereka. Mereka tak sayangkan nyawa ke? Nak kata tak, payah juga, mereka buat juga laporan polis.

Contoh paling 'seksi' Anwar Ibrahim, dulu dia pernah kena ugutan. Bukan sebarang ugutan, juga bukan pakai SMS ugutan bunuh kalau ikut tipu dialah, tapi melalui mimpi ngeri dia yang baru selesai meliwat mangsanya yang masih muda belia lagi. Itu yang buat dia lari lintang-pukang ke Pejabat Kedutaan Turki konon nyawa dia dalam bahaya tapi sampai ke hari ini dia masih juga selesa makan karipap sambil minum kopi tongkat ali sambil menyondol pula si amoi keluaran negara China.

Lepas tu, seperti penyakit yang berjangkit, ugutan bunuh sudah jadi macam satu perkara yang harus dalam permaian politik Pakatan Haram untuk berdepan dengan Barisan Nasional. Tian Chua, Nurul Izzah dan ramai lagilah pemimpin dalam Pakatan Pembangkang tu yang kononnya ada terima SMS ugutan bunuh, tapi semua juga sama macam Anwar masih hidup lagi malah semakin ligat pulak mengganggu ketenteraman awam dan menghina mahkamah.

Baru-baru ini lagi, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar telah membuat satu laporan polis bahawa dia ada menerima satu SMS ugutan yang mahu menculik anaknya... DAN agak-agaknye KJ pun dah berkira nak buat benda drama yang sama tapi tak jadi,,,pasal tak reti nak buat skrip. Jadi dia ambil keputusan untuk berdiam diri...hehe

Lepas tu bila YB Nurul Izzah serang Ahli Parlimen Pasir Mas YB Datuk Ibrahim Ali berkaitan isu BERSHIT 2.0, tanpa disangka YB Khairy pun bingkas bangun turut menyerang YB Datuk Ibrahim Ali walaupun pada hari berkenaan 9 Julai dia juga akan turut serta dalam perhimpunan haram itu. Tapi belum lagi BERSHIT 2.0 dianjurkan dan belum lagi KJ turun berdemo, tetiba saja dia terima SMS ugutan... macam serupa saja permainan dia orang ni...

Arkib Blog