Untuk menyelamatkan karier politik bekas ADUN N54 Pelagus iaitu Encik Larry S'ng Wei Shien yang sebelum ini mewakili penduduk dikawasan berkenaan, saya berpendapat seandainya benar spekulasi yang tersebar luas sejak dua tiga hari lalu menyatakan bahawa kemungkinan besar BN Sarawak akan meletak Larry untuk bertanding di N70 Ba'Kelalan adalah satu keputusan yang silap dan tidak tepat.
Bagi saya sebarang keputusan untuk tujuan itu tidak harus mempertaruhkan nasib Larry dengan mencalonkan beliau di N70 Ba'Kelalan kerana jika hasrat BN itu masih mahu diteruskan jua maka ianya nanti bukan saja akan menamatkan kerjaya politik Larry S'ng dalam politik Bumi Kenyalang ini tetapi juga akan turut sama memaksa Barisan Nasional untuk melepaskan kerusi DUN Ba'Kelalan kepada pihak lawan iaitu PKR ataupun SNAP.
Semua pihak harus sedar dan sedia maklum tentang sentimen sebilangan besar masyarakat terutamanya para pengundi di kawasan N70 Ba'Kelalan itu yang masih menebal dengan perasaan mereka yang tidak menyukai akan kehadiran pihak luar dipersekitaran mereka apatah lagi untuk menerima sesiapa jua yang terlalu asing bagi mewakili suara mereka dalam dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak.
Barisan Nasional Sarawak tidak harus keliru dengan keadaan dimana ada sesetengah mereka yang memang berasal dari kawasan Ba'Kelalan itu kelihatanya seperti sudah boleh bersama dengan kaum lain dalam semua urusan yang melibatkan berbagai perkara tetapi BN Sarawak tidak boleh tentang satu hal bagaimana pula nanti dengan mereka iaini yang masih belum dapat menerima keadaan sedemikian terutamanya mereka yang masih menetap jauh dipendalaman dan hanya sekali sekala keluar dari kawasan untuk mendapat barang keperluan dan sebagainya tentu sekali apabila mendapati ada orang luar yang datang masuk ke kawasan mereka akan dianggap sebagai menyusahkan mereka.
Dari segi penerimaan masyarakat pendalaman di kawasan Ba'Kelalan terhadap orang luar tidaklah boleh untuk disamakan dengan Datuk Seri Idris Jala, Nelson Balan Rining, Datuk Micheal Lisa Kaya, YB Datuk Henry Sum Agong, Baruk Bian dan lain-lain lagi sebab mereka ini hanyalah segelintir pemimpin yang sudah lama terdedah kepada suasana di luar serta boleh bertoleransi dan bekerjasama dengan masyarakat lain selain daripada kaum mereka saja tetapi adakah ini yang diambil sebagai kayu pengukur oleh pihak BN dalam membuat keputusan dengan meletakkan Larry S'ng menjadi calon dikawasan DUN terbabit?
Harap Barisan Nasional tidak berbuat demikian kerana kalau diteruskan juga maka itulah jika calon mereka kelak tewas disitu ianya bukan saja merugikan pihak BN sendiri malah pihak lain juga akan menjadi mangsa seperti rakyat yang menyebelahi BN dimana mungkin ada projek untuk mereka akan dilaksana oleh pihak kerajaan sekiranya kawasan DUN Ba'Kelalan jatuh ke dalam tangan Pembangkang.
Untuk tujuan meneruskan karier politik Larry S'ng dalam Sarawak itupun sekiranya beliau masih setia dengan BN, maka kerajaan Barisan Nasional bolehlah mencari jalan lain untuk itu seperti sementara beliau belum berparti maka bolehlah diserap dalam pentadbiran kerajaan atau kabinet dan beri satu tugas khas bertaraf menteri dan saya yakin beliau memang boleh melakukannya.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Selasa, April 05, 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ▼ 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan