Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, Januari 19, 2011

DAP sanggup mendekati PAS kerana PAS sanggup menjauhi Islam !

(gambar di atas diambil dengan izin dari empunya blog Dimensi, brader Jeffry Damien) [...ambil dulu baru kemudian minta kebenaran...]

Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat telah beberapa kali menyatakan bahawa mereka iaitu PAS sudah berjaya mendekatkan para pemimpin dalam DAP termasuklah para penyokong DAP dekat kepada Islam dan juga telah berjaya membuat orang-orang DAP faham tentang Islam sehingga membuatkan mereka sudah mulai menerima perjuangan Islam seperti yang dibawa oleh PAS.

Itu semua bagi saya hanyalah satu pengakuan yang terpaksa diluahkan oleh seorang yang telah menyedari bahawa perjuangan atau matlamat asal parti PAS sudah lama mati kerana kegagalan pihak mereka untuk meyakinkan pihak DAP terutamanya berkenaan dengan perlaksanaan hukum Hudud sekiranya Pakatan Pembangkang berjaya menubuh kerajaan persekutuan di negara ini.

DAP yang senantiasa menekan PAS dengan menggunakan isu hudud telah dilihat menjadi semakin begitu akrab sekali dengan parti berkenaan baik dalam apa jua urusan yang mereka buat biarpun yang melibatkan soal agama Islam pasti kita akan dapat melihat bagaimana PAS sanggup untuk menerima kerjasama daripada DAP dada yang lapang sedangkan mereka tidak tahu apakah niat sebenar DAP disebalik semua itu.

Para pemimpin PAS yang telah terpegun atau terpesona dengan sandiwara DAP itu ternyata begitu bangga serta menganggap itu adalah satu kejayaan PAS untuk mendekatkan orang bukan Islam terutamanya DAP kepada Islam tetapi malangnya sehingga kini PAS belum lagi dapat membuktikan kepada seluruh rakyat Malaysia berapa banyak sudah orang-orang dalam DAP yang telah berjaya diIslamkan oleh mereka.

Yang berlaku sebenarnya ialah DAP semakin dekat dengan PAS dan bukannya DAP makin dekat kepada Islam sebagaimana yang didakwa oleh para pemimpin PAS. Mungkin kerana Datuk Nik Aziz Nik Mat keliru kerana sering beranggapan bahawa PAS itu Islam dan Islam itu PAS maka akan wujudlah tanggapan sedemikian padahal PAS tidak tahu sebab kenapa DAP menjadi begitu rapat dengan mereka hanyalah untuk memastikan PAS benar-benar tidak meneruskan agenda Islamnya disamping untuk terus mempengaruhi PAS agar sentiasa tunduk kepada segala kemahuan DAP selagi mereka duduk sebumbung dalam Pakatan Pembangkang.

Apa yang dapat kita lihat dengan jelas kini sebab kenapa DAP boleh menjadi begitu akrab dengan PAS sejak mereka berada dibawah satu bumbung dalam Pakatak ialah kerana DAP sudah melihat yang PAS jelas semakin jauh meninggalkan perjuangan asal parti sejak Parti Islam SeMalaysia itu ditubuhkan dan ini terbukti dengan beberapa tindakan yang telah dibuat oleh PAS berhubung dengan mana-mana perkara melibatkan kepentingan agama selama ini dimana cara mereka menangani sesuatu isu yang berbangkit berkaitan agama Islam dibuat tidak berlandaskan kepada kehendak agama tetapi lebih kepada kehendak ataupun tuntutan politik.

Arkib Blog