
Semalam adalah kemuncak kepada semua andaian oleh ramai pihak tentang siapa sebenarnya Datuk Saifuddin itu. Bolehlah diibaratkan beliau dalam isu "mahakangkung" menurunkan bendera yang mempamerkan wajah Perdana Menteri ke-6 yang juga Presiden UMNO ke-7 Datuk Seri Najib umpama orang yang 'membaling batu sembunyi tangan' iaitu menggunakan pihak tertentu untuk menjayakan agenda beliau.
Saya bukannya nak menuduh beliau sebagai salah seorang yang bertanggungjawab dalam merancang perbuatan gila seumpama itu namun jauh disudut hati terbit satu persoalan kenapa harus beliau turut berada bersama 'mahakangkung' itu semalam ketika mereka sedang berhimpun di kawasan Bangunan Pusat Dagangan Dunia Putera malah menurut beberapa sumber Timbalan Menteri itu juga telah diminta oleh para peserta demonstrasi untuk sama berucap dan dia sendiri juga mengakui bahawa beliau memang ada berucap namun menurutnya itu bagi menenangkan keadaan yang agak tegang ketika itu.
Dalam ramai-ramai orang yang berhimpun mana mungkin apa yang diucapkan boleh kedengaran dengan jelas melainkan bagi mereka yang berada dekat dengan beliau tetapi bagaimana pula dengan mereka yang lain yang berada agak jauh daripada Datuk Saifuddin, mungkin mereka terdengar Timbalan Menteri itu melaungkan perkataan, !Turunkan bendera Najib!Turunkan bendera Najib!Turunkan bendera Najib,,,walhal kemungkinan besar beliau cuma berkata !hidup Anwar!hidup Anwar!hidup Anwar! bagi meniup semangat ahli Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) serta anggota kumpulan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) yang berhimpun agar terus berarak...