Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, Ogos 29, 2010

Bila roh Jalur Gemilang mengamuk, Indonesia harus bersedia !

AKU YANG GAMBI: Indonesia-gunung Sinabung meletus, satu peringatan...: "Gunung Sinabung di Kabupaten Karo, Sumatera Utara (Sumut) telah meletus malam tadi sekitar jam 1.10 pagi waktu Malaysia setelah lebih 410 t..."

Memang benar apa yang saudara Yang Gambi gambarkan maka setiap kali selepas penunjuk perasaan oleh segelintir rakyat Indonesia membuat demonstrasi dengan membakar Jalur Gemilang sudah tentu malapetaka akan menyusul dan berlaku di wilayah tertentu di Indonesia.

Saya tetap percaya apabila Jalur Gemilang dibakar dan dipijak, roh serta semangat bendera kebangsaan yang menjadi lambang kemegahan, lambang segala apa yang rakyat Malaysia miliki pasti akan meratap dan menangis sebagaimana perasaan rakyat Malaysia bila melihat negara ini dihina sedemikian rupa oleh rakyat Indonesia.

Rakyat Malaysia, pemimpin Malaysia berbudi, membantu dikala negara serta rakyat Indonesia didalam kesukaran tidak sama sekali mengharapkan balasan apa-apa cuma mahu melihat saudara serumpun boleh menikmati kebahagiaan hidup sama seperti rakyat Malaysia juga.

Tetapi harapan rakyat Malaysia serta juga harapan para pemimpin negara ini sering saja tidak dihargai malah seperti apa yang pernah berlaku sebelum ini segala bantuan dari negara Malaysia turut dihina dan dicerca.

Kini rakyat Malaysia, juga pemimpin Malaysia janganlah lagi kita bersikap "hidung tak mancung pipi pula tersorong-sorong" dan lebih baik kita ambil sikap seperti "pinggan tak retak, nasi tak dingin."

Malaysia negara merdeka, Malaysia negara berdaulat dan Malaysia negara yang punya maruah serta harga diri dan kita jaga negara kita, kita masih banyak yang perlu diuruskan untuk pembangunan negara serta rakyat dan tidak perlu lagi untuk membuang masa melayan sikap dingin sejuk panas yang tidak matang jiran yang tak pernah mengenang budi kita.

Terima Kasih !!!

Arkib Blog