Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, Julai 08, 2011

Ambiga & Asamad tidak mampu lagi menutup bangkai babi yang kian berbau!!!

Biar sebanyak manapun alasan atau perkataan yang digunakan oleh pengerusi pertubuhan haram Bersih Ambiga Sreenevasan untuk menepis tanggapan orang ramai bahawa pergerakan haram yang beliau pimpin kini sebenarnya digerak dari mula oleh kuasa 3 parti utama dalam Pakatan Haram iaitu PKR, DAP dan PAS dan ini memang tidak disangkal lagi apabila ianya sudah sampai ke penghujung tarikh perhimpunan yang telah ditetapkan membuktikan semua itu apabila kelihatan Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Haji Abdul Hadi Awang lebih menonjol daripada Ambiga sendiri dalam usaha untuk meneruskan juga perhimpunan haram itu walaupun sedang berdepan dengan masalah permit serta lokasi tempat ianya diadakan.

Jika sebelum ini Ambiga sering berdolak-dalih dan sering mengelak apabila ada sesetengah wartawan cuba mengaitkan beberapa orang tokoh politik dari Pakatan Pembangkang dengan perhimpunan Bersih itu malahan beberapa hari yang lalu Ambiga menegaskan bahawa perhimpunan haram Bersih tidak berkaitan dengan Pakatan Pembangkang DAP, PKR mahupun PAS tetapi apa yang peliknya ialah apabila Ambiga mensasarkan jumlah yang dikumpulkan pada hari Sabtu 9 Julai iaitu esok petang hanyalah berjumlah 50, 000 orang tetapi Anwar Ibrahim pulak mahu membawa jauh lebih ramai lagi penyokong iaitu sekitar 300, 000 orang.

Jadi, kalau bukan agenda Anwar Ibrahim atau kalau bukan Pakatan Haram yang mendalangi perhimpunan haram Bersih itu apakah sebab Anwar sampai sanggup untuk membawa dan mengumpul sebegitu banyak para penyokong bagi menyertai demonstrasi haram jika semata-mata perarakan dari Stadium menuju ke Istana Negara hanyalah bertujuan untuk menyerahkan satu dokumen yang mengandungi memorandum 8 tuntutan terhadap SPR yang beratnya hanya berapa gram saja?

Tidak hanya berlegar terhadap Ambiga sahaja, tetapi juga usaha untuk menutup sebarang pandangan masyarakat Malaysia terhadap muslihat sebenar Bersih itu telah merasuk ke dalam celah-celah janggut beruban Sasauterawan Negara A. Samad Said yang muncul untuk kali kedua dengan satu lagi puisi jahanamnya selepas "Unggun Bersih" iaitu yang terbaru ini berjudul "Peludah Warna." Kenapa saya katakan puisi Asamad Said ini sebagai puisi jahanam, cuba kita hayati dan tafsir dengan sebaik mungkin akan perkataan akhir yang dia gunakan dalam puisi berkenaan;

PELUDAH WARNA

Kuasa gusar kini menggelegak murka;
Warna kuning diisytihar racun berbisa.
Diragut baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu,
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

(dua baris puisi itu saja sudah cukup untuk menggambarkan betapa niat sebenar perhimpunan haram Bersih itu diadakan adalah untuk merampas kuasa melalui protest jalanan)

Walau bagaimana indah sekalipun bait puisi tatkala dibaca dan diperdengarkan kepada umum, namun semua itu tidak mungkin akan mampu untuk menutup segala yang tersirat disebalik apa yang sedang dan akan dilakukan oleh mereka atas nama Bersih pada esok hari. Mungkin bangkai anak cicak agak mudah untuk mereka sorok walaupun lama-kelamaan baunya pasti akan menembusi ruang rongga hidung tetapi untuk menutup bangkai seekor babi atau bangkai seekor gajah dengan hanya sehelai dedaunan adalah satu perkara yang amat mustahil dilakukan dan itulah dilema yang sedang dihadapi oleh kedua-dua petualang negara ini Ambiga Sreenevasan dan A. Samad Said.

Mereka kata, perhimpunan haram Bersih bukan bermotifkan politik pihak tertentu dan tiada kaitan dengan Pakatan Pembangkang, tetapi sayangnya Ambiga dan Asamad ternyata gagal mengawal nafsu serakah PKR, DAP dan PAS yang nyata sudah tidak sabar-sabar lagi untuk mengetuai perarakan haram Bersih esok. Dalam banyak perkara, jelas sekali PKR, DAP dan PAS seringkali mendahului Bersih atau Ambiga dalam menentukan tindakan mereka seterusnya dan ini saja sudah cukup untuk membuat Ambiga dan Asamad Said mengaku saja bahawa Bersih sebenarnya adalah perkakas atau alat kajian PKR, DAP dan PAS untuk berdepan dengan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum yang ke-13 nanti.

Apabila yang Haram mahu memBERSIHkan yang Halal

 BERSIH yang didakwa kononnya mewakili 60 pertubuhan bukan kerajaan NGO atau gabungan 60 NGO namun hakikatnya BERSIH belum lagi berdaftar sebagai sebuah pertubuhan dengan Suruhanjaya Pendaftar Pertubuhan (ROS), manakala pihak Kementerian Dalam Negeri telahpun mengesahkan perkara ini bahawa BERSIH merupakan satu gabungan yang belum berdaftar dan BERSIH adalah sebuah gabungan yang haram disisi undang-undang Malaysia.
Manakala SPR atau Suruhanjaya Pilihan Raya yang mahu dibersihkan oleh pertubuhan haram BERSIH itu pula bukan saja setakat ianya sebagai sebuah badan atau agensi pada nama semata-mata malahan SPR merupakan sebuah suruhan jaya bebas yang penubuhannya adalah berdaftar dan sah disisi undang-undang negara serta telah turut diperkenankan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Yang pelik dan nampak sangat lucunya disini ialah bagaimana sebuah gabungan yang tidak berdaftar dan haram seperti BERSIH itu boleh begitu beriya-iya sekali untuk mengajar, memperbetul serta mahu membersihkan SPR dari kepincangan yang didakwa oleh mereka kononnya SPR tidak bersih, tidak adil dan sebagainya sedangkan BERSIH itu sendiri umpama seekor ibu ketam yang sentiasa cuba mahu mengajar anak-anaknya berjalan dengan lurus namun dia sendiri masih juga berjalan mengiring sepanjang masa dan apa yang lebih menarik lagi ialah apabila BERSIH atau si ibu ketam ini mahu pula mengajar anak-anak itik berenang di dalam kolam dan sungai.

Jadi, kepada Ambiga Sreenevasan, A. Samad Said, Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim, Mohamad Syabu, Haji Abdul Hadi Awang dan mereka-mereka dari Pakatan Haram 3 Parti yang mendokong penuh perjuangan haram BERSIH mahu berhimpun secara haram di Stadium Merdeka esok, baik perbetulkan dulu langkah pertama, langkah kedua, langkah ketiga dan langkah seterusnya sebelum BERSIH mahu memperbetulkan atau memperbaiki kekurangan yang ada pada pihak lain khususnya SPR.

Selidikilah terlebih dulu wajah BERSIH di dalam cermin, pastikan BERSIH benar-benar bersih dari segala kekotoran atau kekurangan sebelum menuntut dan mendesak pihak lain untuk melakukan sesuatu mengikut apa yang dimahukan oleh BERSIH !!! Jangan jadi seperti kata pepatah lama "kuman diseberang laut nampak tetapi gajah didepan mata tidak nampak."

Arkib Blog