
Ramai pihak sebelum itu terutamanya pihak Polis telah memberi nasihat serta pandangan dan ada juga yang secara berterus terang mengingatkan agar beliau menarik balik hasrat untuk mengadakan rapat raksasa itu demi keselamatan orang awam namun semuanya tidak pernah diendahkan oleh perempuan bernama Ambabiga.
Malah beliau tetap bertegas mahu meneruskan juga perhimpunan haram itu hasil sokongan ramai pengkhianat negara seperti Anwar Ibrahim, Tian Chua, A. Samad Said, Abdul Hadi Awang, Mat Syabu, Zuraida Kamaruddin, Azan Ismail dan ramai lagi mereka dari puak parti Pakatan Haram.
Kata Ambabiga, perhimpunan BERSHIT 2.0 dilakukan atas nama Hak Asasi Manusia dan tiada salahnya. Hak Asasi Manusia kepala otak bapak dia! Menurut Ambabiga lagi, barangsiapa yang telah menentang rancangannya ketika mengadakan perhimpunan haram itu dulu maka orang itu juga telah menentang perjuangan untuk menegakkan hak asasi manusia.
Terbaru, Ambabiga mulai naik gila kerana terpaksa menyanggah kenyataan yang dibuat oleh bekas Ketua Polis Negara YBhg Tan Sri Abdul Rahim Noor yang menyamakan perjuangan Hak Asasi Manusia Malaysia dewasa ini sudah menyerupai perjuangan pengganas komunis seketika dulu dan selebihnya Tan Sri Rahim turut berpendapat bahawa Hak Asasi Manusia di Malaysia juga serupa agama baru bagi masyarakat di Malaysia dimana mereka menjadikan negara Barat terutama Amerika Syarikat sebagai Tuhan dan kiblat mereka.
Betullah apa yang dikatakan oleh Tan Sri Rahim itu, jelas kita nampak yang perjuangan Hak Asasi Manusia di nagara ini sebenarnya sudah jauh menyimpang dan tidak lagi mengutamakan hak kesamarataan dalam usahanya untuk menegakkan keadilan ini disebabkan kecenderungannya yang seringkali memihak kepada tuntutan yang dibuat oleh komuniti atau pihak tertentu sahaja. Ini jugalah pendekatan yang digunakan oleh pihak komunis suatu ketika dulu.
Apabila Tan Sri Rahim menyamakan Hak Asasi Manusia di Malaysia kini serupa dengan agama baru, ianya telah membuat Ambabiga bertambah jadi sasau bila beliau menuduh Tan Sri Rahim Noor sama seperti seorang diktator kerana tidak faham perlembagaan negara. Kalaulah begitu menurut Ambabiga, barang siapa yang tak faham perlembagaan persekutuan maka seseorang itu telah jadi diktatorlah.
Ramai diantara rakyat Malaysia yang tidak faham tentang perlembagaan negara dan tidak kurang juga daripada mereka yang memang kurang arif tentang undang-undang negara namun golongan ini lebih tahu menghormati segala larangan, peraturan dan undang-undang negara lebih daripada Ambabiga sendiri.
Maksud agama baru oleh Tan Sri Rahim Noor terhadap Pertubuhan Hak Asasi Manusia Malaysia adalah kerana setiap kali mereka bertindak pasti tindakan itu lebih mirip kepada Barat dan seolah-olah mereka tertakluk dibawah kehendak Barat, ikut acuan yang telah ditetapkan oleh Barat dan tidak mencerminkan yang ianya adalah sebuah pertubuhan yang benar-benar bebas untuk menegakkan hak asasi manusia.
Tetapi Ambabiga terus saja melenting dengan kenyataan Tan Sri Rahim itu tanpa memahaminya dengan baik sebagai seorang profesional dan juga sebagai bekas seorang Presiden Majlis Peguam apabila melabelkan bekas Ketua Polis negara itu umpama seorang diktator semata-mata hanya kerana Tan Sri Rahim dikatakannya tidak faham perlembagaan negara.