Seperti apa yang sudah diduga bahawa pertembungan sesama sendiri antara parti yang ada dalam Pakatan memang tidak dapat dielakkan apabila PKR melalui Pengerusi PKR Sarawak Baruk Bian telah mengumumkan calon PKR untuk DUN N.67 Telang Usan ialah bekas Ahli Parlimen Baram iaitu Harrison Ngau Laing yang juga seorang peguam.
Harison Ngau telah memenangi kerusi Parlimen Baram atas tiket Bebas pada tahun 1990 setelah menewas penyandang kerusi berkenaan iaitu Datuk Luhat Wan daripada SNAP yang ketika itu masih lagi sebagai anggota dalam parti Barisan Nasional Sarawak. Kemunculan semula Harrison Ngau yang mewakili PKR kali ini adalah untuk menentang calon muda yang akan diturunkan oleh PBB besar kemungkinannya adalah Kaunselor Dennis Ngau yang juga Ketua Pemuda PBB Baram.
Selain daripada calon PKR Harrison Ngau, SNAP juga dijangka akan meletak bekas Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak iaitu Kebing Wan bagi menentang calon daripada Barisan Nasional. Kalau diukur dari segi pengaruh kepada para pengundi dikawasan N.67 Telang Usan, adalah sukar untuk menafikan bahawa Kebing Wan masih popular dikalangan kaum Orang Ulu etnik Kayan-Kenyah manakala Harrison Ngau bagi masyarakat Kayan, Kenyah, Kelabit, Berawan, Kiput, Kejaman serta Penan adalah tidak lebih sebagai seorang Ahli Parlimen yang telah gagal membawa sebarang pembangunan dikawasan Telang Usan walaupun rakyat sudah memberi peluang kepada beliau untuk membuktikan kemampuan beliau.
Namun jika Barisan Nasional terutamanya PBB telah membuat keputusan muktamad untuk menurunkan Kaunselor Dennis Ngau sebagai calon BN di Telang Usan nanti, saya berpendapat peluang untuk Barisan Nasional mempertahankan kerusi tersebut agar tetap menjadi milik BN adalah sangat cerah memandangkan dengan penyertaan semula Harrison Ngau di DUN Telang Usan kali ini akan menyebabkan para pengundi menjadi bingung untuk memilih salah seorang daripada calon yang bertanding samada BN atau SNAP ataupun PKR.
Keadaan ini bila berlaku akan memberi kelebihan kepada calon daripada Barisan Nasional yang ternyata berwibawa serta masih muda jika dibandingkan dengan dua calon iaitu dari SNAP yang sudah berusia lanjut dan begitu juga dengan calon daripada PKR yang telah dilabel oleh masyarakat Orang Ulu sebagai seorang bekas Ahli Parlimen yang telah gagal untuk menunaikan amanah serta tanggungjawab yang diberikan oleh rakyat dan hanya bijak berkata-kata berbeza dengan bakal calon daripada Barisan Nasional yang ternyata memiliki sifat-sifat sebagai seorang pemimpin yang baik untuk rakyat tambahan lagi keinginan rakyat Telang Usan itu sendiri yang mahu mendapat seorang wakil rakyat yang boleh dipercayai untuk membawa kemajuan kepada mereka selain itu rakyat juga mahu melihat calon BN yang belum lagi pernah diuji dari segi kemampuannya memimpin masyarakat di Telang Usan keluar dari masalah kemunduran serta kesusahan hidup.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Jumaat, April 01, 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ▼ 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan