Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, Julai 15, 2009

Antara Kesan Sumpah Laknat: Sulaiman Abdullah Tarik Diri.

Hari ini 15 Julai 2009, ketua bagi barisan peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim yang seramai 8 orang iaitu Peguam Sulaiman Abdullah telah menarik diri dari mewakili Anwar dalam kes liwat.

Jika sebelum ini, pada 8 Julai 2009 yang baru lalu, perbicaraan kes liwat itu sepatutnya berlangsung pada hari tersebut tetapi telah ditangguh kerana Sulaiman mengadu beliau kurang sihat dan pening-pening.

Cerita lama ni... jika diambil kira dari sejarah lampau manusia, iaitu agak lebih kurang dalam tahun 1700, 1800 masehi dan awal tahun 1900 masehi, sumpah memainkan peranan yang sangat besar didalam kehidupan masyarakat pada ketika itu jika ada berlakunya sebarang pertindihan pendapat dan pandangan, umpamanya jika ada berlaku kecurian, pembunuhan, perkosaan, pergaduhan atau persengketaan dan sebagainya lagi dikalangan masyarakat setempat, maka sumpahlah jalan terakhir diambil sebagai penentu.

Pada ketika itu juga, manusia mengambil langkah untuk bersumpah sebagai salah satu daripada cara untuk membuktikan kedudukan sebenar mereka yang terlibat didalam sesuatu persengketaan samada mereka dipihak yang benar atau dipihak yang salah. Tetapi ada juga dikalangan masyarakat ketika itu menggunakan kuasa sumpah untuk mendatangkan kemudaratan kepada seseorang yang dipercayai telah menimbulkan suasana yang sangat sukar didalam kehidupan orang lain.

Jadi begitulah peranan sumpah yang dipraktik pada masa duhulu, dimana ianya akan terlihat dengan kadar segera jika sumpah itu diterima dan juga akan dapat dilihat kesan-kesan sumpah itu terhadap orang yang sudah kena sumpah secara perlahan-lahan. Misalnya, jika seseorang telah menderhaka kepada kedua orang tuanya maka keduanya akan menyumpah anak-anaknya supaya menjadi batu, pokok, pulau, bukit dan sebagainya.

Tetapi sekarang sumpah dengan kaedah itu tidak pernah lagi digunakan malahan tidak digalakkan kerana bertentangan dengan amalan agama serta dikhuatiri akan memesongkan akidah umatnya. Besar kemungkinan jika cara bersumpah orang dulu-dulu digunakan dan seandainya masih lagi berkesan...tentu ramai sekali ibu bapa yang punya anak perangai macam setan-setan dan hantu raya akan menyumpah anak-anak mereka akan jadi peti ais, TV plasma, komputer riba, kereta camry, banglo, kondominium, handphone, barang kemas dan sebagainya.

Itu cerita dulu-dulu tu... Dulu lain, sekarang lain. Sekarang pun sumpah tetap berkesan dan harus digunakan sebagai alternatif bagi menegak dan memperlihatkan kebenaran jika saluran mahkamah agak perlahan berjalan dan sering ditangguh, tangguh, tangguh dan ditangguh...

Memandang kepada apa yang telah dilalui oleh Penasihat Umum PKR yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh YB Datuk Seri Anwar Ibrahim khususnya yang melibatkan beliau dengan kes liwat2008 iaitu sepanjang tempoh beliau berhadapan dengan dakwaan di mahkamah atas kes liwat itu serta berdepan juga dengan "sumpah laknat" yang dibuat oleh Mohd Saiful Bukhari bin Azlan bersabit dengan kes itu juga.

Kita semua boleh lihat, setelah beberapa ketika Mohd. Saiful melafazkan "sumpah laknat" untuk membuktikan bahawa beliau telah di liwat oleh Datuk Seri Anwar dan dalam tempoh itu sehingga kini seolah-olah telah ada persoalan semakin terjawab satu persatu, banyak rahsia yang cuba Anwar sembunyikan seperti seakan-akan semakin terdedah.

Telah begitu banyak orang yang sering bersama dengan Anwar semasa krisis 1998 sudah semakin menjauhkan diri daripada beliau, jika dikumpulkan semuanya boleh membentuk satu pasukan bolasepak. Nama-nama yang telah sedar dan telah kembali ke pangkal jalan sila rujuk di blog Mohd. Saiful http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com . Malah ada diantaranya sudah lama menghilangkan diri, seperti Raja Petra Raja Kamaruddin, Hilmy Malek dan mungkin ada lagi.

Persoalannya disini, apakah perkembangan itu semuanya ada kaitan dengan "sumpah laknat" yang telah dibuat oleh saudara Mohd. Saiful ? Dan apakah Datuk Seri Anwar telah dimakan oleh sumpah laknat itu ? Dan juga, apakah Peguam Sulaiman Abdullah tidak mahu terus dimakan sumpah bersama-sama dengan Anwar ?...dan mungkin dah cukup perit rasa beliau sakit perut selama seminggu dan terlantar di wad hospital. Mungkinkah juga disana kesedaran telah menyapa kalbu Peguam Sulaiman Abdullah, supaya jangan terlibat dengan kes liwat Anwar Ibrahim itu ?

Arkib Blog