Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, Mac 30, 2011

Video Porno: kalaulah 'sotong kurita' pandai mengemaskini facebook dan twitter...

Bayangkanlah kalau sekiranya 'sotong kurita' ditakdirkan untuk bijak serta mahir bermain dengan alat-alat komputer seperti manusia lalu seterusnya tahu pula bagaimana cara untuk membuat akses ke internet dan lagi selepas itu faham cara macam mana untuk melayari mana-mana laman web yang disukai seperti blog, facebook, twitter dan sebagainya.

Bertambah menarik lagi jika ditakdirkan 'sotong kurita' yang memiliki lapan tangan bijak untuk mencipta akaunnya sendiri dalam laman sosial seperti facebook dan juga twitter. Bayangkan kalau "sotong kurita" itu ketika bermain atau tengah mengemaskini akaun di facebook atau twitternya tetapi dalam waktu yang sama juga dia tengah membuat ramalan sambil memeluk salah satu daripada dua peti yang diramalkan untuk menang.

Lagilah bertambah menarik jika ramalan 'sotong kurita' itu tidak tepat iaitu apabila pasukan yang sebelumnya telah diramal sebagai akan menang namun akhirnya kalah kepada pasukan bukan pilihan, jadi apakah 'sotong kurita' yang punya banyak tangan itu akan berkata, "oh! ..saya ada dirumah ketika itu bersama keluarga serta cucu sambil mengemaskini akaun di facebook dan twitter, yang anda semua lihat dalam akuarium tu bukan saya tapi sotong lain sebab perut saya kempis sedangkan perut sotong dalam akuarium tu buncit."

Bolehkah rasanya bagi kita untuk menerima secara bulat-bulat penafian 'sotong kurita' yang bertangan lapan itu sebagai bukti yang dia tidak pernah memeluk salah satu peti yang terdapat didalam akuarium piala dunia itu dan apakah 'sotong kurita' itu jujur atau sebaliknya ketika membuat semua penafian itu ?

2 ulasan:

Melanau berkata...

macam ney ngn PRN sarawak?ktk akan bergerak di sini?

hilbert berkata...

awal penamaan calon saya akan bergerak secara solo di bahagian utara Sarawak dan mungkin 3 hari sebelum mengundi saya akan balik ke Mukah jika ada pertandingan di N.50 Dalat dan N.51 Balingian sebab saya adalah pengundi disana..

Arkib Blog