Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, September 30, 2009

Mengapa ada rakyat dari negara anggota G-20 jadi kuli di Malaysia ?

(Ini bukan gambar mangsa Tsunami Aceh 2006 dulu dan gambar ini juga bukan menunjukkan kejadian yang berlaku di Malaysia tetapi ianya menunjukkan peristiwa sedih dah memilukan yang telah berlaku di Kota Perusuan, Jawa Indonesia pada awal ramadhan 1430 yang baru lalu.

Kejadian berlaku apabila mangsa-mangsa ini telah terperangkap didalam kesesakkan orang ramai yang berjumlah ribuan orang yang berebut-rebut untuk mendapatkan wang zakat atau sedekah sempena bulan Ramadhan 1430 yang didermakan oleh seorang hartawan bernama Haji Syaichon. Jumlah zakat yang disediakan untuk setiap satu orang fakir miskin ialah Rp30,000 atau RM4.60 sen sahaja)

Gambar di atas hanyalah suatu gambar hiasan semata-mata. Memang ada kaitan dengan orang yang masih hidup ataupun orang yang dah meninggal dunia. Jika ada persamaan, diharap jangan anggap ianya secara kebetulan tetapi memangpun betul dan sama.

Mengulas tajuk artikel ;
Entahlah, saya pun tidak tahu kenapa. Jika ikut kata mereka yang megah duduk sebaris dengan negara-negara dalam G-20, tidak mungkin ada walaupun satu orang dari rakyat dari negara mereka akan datang ke Malaysia semata-mata hanya untuk mencari kerja demi untuk mendapatkan wang.

Kalau ikut kata mereka lagi, negara yang tersenarai didalam G-20 adalah kaya, maju dan setaraf dari segala segi serta mempunyai kelas atau taraf yang tersendiri. Kata mereka lagi Malaysia tiada kelas, tiada taraf, mundur, miskin, pencuri, perompak, tiada budaya sendiri, suka meniru atau menciplak budaya, adat, makanan, minuman dan sebagainya lagi dari negara orang lain.

Tetapi, apa yang sangat-sangat menghairankan saya ialah, disebalik tuduhan, fitnah, ancaman, ugutan, tohmahan, kata-kata kesat serta kata-kata keji dan hina oleh rakyat dari anggota negara G-20 itu terhadap Malaysia, dalam satu hari hampir setiap jam dan masa rakyat dari negara mereka datang ke Malaysia untuk mencari kerja.

Ada yang datang ke Malaysia dengan menggunakan khidmat agen pencari kerja dan tidak kurang juga yang datang secara persendirian hanya untuk mendapatkan kerja. Tetapi dalam pada itu juga ada yang datang dengan cara yang tidak sah seperti masuk ke Malaysia melalui jalan tikus demi semuanya iaitu hanya untuk mencari pekerjaan di Malaysia.

Apakah rahsia kejayaan Malaysia sehingga begitu ramai rakyat dari negara lain datang untuk menumpang mencari rezeki di negara ini ? Malah bukan itu saja, negara-negara lain diseluruh dunia juga semakin berminat untuk menjalinkan kerjasama dengan Malaysia. Semakin bertambah juga negara-negara lain yang datang untuk membuat pelaburan di Malaysia. Terbaru antaranya ialah Arab Saudi menerusi Syarikat miliknya iaitu Petrosaudi Industries Limited(PSI) telah melabur dengan modal pertama sebanyak USD2.5 Billion(RM8.7 billion) di Malaysia.

Semua itu akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada seluruh rakyat di Malaysia termasuk juga kepada rakyat negara jiran kita yang duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara dalam G-20. Negara kita Malaysia tidak berada didalam G-20 kerana negara kita masih lagi sebagai sebuah negara yang membangunkan negara yang belum lagi bangun-bangun.

Malaysia berada dengan 15 negara-negara lain didalam kumpulan G-15. Itupun dah memadailah bagi kita, jangan juga Malaysia ini terlalu maju. Kalau sangat maju susahlah juga, risau nanti tak pasal-pasal rakyat Malaysia akan lari cari kerja di negara lain seperti Timor Leste, Filipina, Myanmar, Thailand, Banghladesh, Nepal, Vietnam, Kemboja, Afrika dan sebagainya.

Isnin, September 28, 2009

Menilai Negara Maju dan Negara Mundur...

(Gambar di atas ini adalah gambar 21 mangsa yang maut atau meninggal dunia ketika bergelut sesama sendiri untuk mendapatkan wang zakat fitrah atau wang sedekah sempena bulan Ramadhan 1430 baru-baru ini di Kota Perusuan dalam daerah Jawa di Indonesia yang didermakan oleh seorang dermawan terkemuka di daerah itu iaitu Haji Syaichon.

Zakat fitrah yang didermakan oleh dermawan tersebut bernilai sekitar Rp30,000 atau dalam mata wang Malaysia cuma RM4.60 sen untuk setiap satu orang. Adalah difahamkan bahawa pada mulanya fakir miskin yang datang cuma sekitar puluhan orang saja dalam barisan yang teratur tetapi tidak lama selepas itu dalam masa yang agak singkat tiba-tiba ratusan fakir miskin yang datang berkerumun untuk mendapatkan derma sebanyak itu dan keadaan semakin tidak terkawal apabila jumlah fakir miskin yang datang bertambah semakin banyak sehingga mencecah ke ribuan orang)

Walau apa-apapun semua peristiwa seperti yang tertulis di atas itu haruslah menjadi renungan kepada kita semua sebagai rakyat Malaysia bahawa betapa bertuahnya kita di negara ini kerana masih terlepas dari semua dugaan seumpama itu walaupun hampir setiap saat negara kita Malaysia serta rakyat kita terus menjadi bahan ejekkan, cacian, cercaan, maki-hamun serta bahan fitnah oleh semua blogger-blogger Indonesia yang anti-Malaysia.

Bagi saya, oleh kerana kegagalan blogger-blogger Indonesia yang anti-Malaysia serta juga segelintir daripada rakyat Indonesia sendiri untuk memahami apa juga penjelasan yang telah dan yang sedang diusahakan oleh pihak di Malaysia termasuk pihak blogger-blogger Malaysia dan oleh pihak kementerian yang berkaitan dengan hubungan dua hala antara negara serta pegawai-pegawai kerajaan Malaysia membuatkan mereka iaitu rakyat Indonesia serta blogger-bloggernya semakin tertekan dan seakan-akan telah diserang histeria.

Saya ingin merujuk kepada dua blog rakyat Indonesia yang anti-Malaysia iaitu http://rasasayange-malaysia.blogspot.com/ dan satu lagi http://www.nkrijaya.co.cc/ yang bagi saya kedua-dua blog ini adalah milik orang yang sama malah ada satu lagi. Apabila kita membaca apa yang ditulis didalam kedua-dua blog itu jelas ianya lahir daripada perasaan hasad dengki yang tidak berasas serta datang dari perasaan buruk sangka yang melampau sehingga kita mendapati tulisan disitu seperti terhasil setelah penulisnya kehilangan punca.

Saya pernah beberapa kali untuk membuat komen pada artikel di kedua-dua blog itu namun ruangan untuk pembaca meninggalkan apa-apa juga komen tidak diaktifkan atas sebab apapun saya kurang jelas. Mungkin takut menerima komen-komen atau memang mereka pengecut. Apa yang sangat menghairankan saya ialah sikap penulis kedua-dua blog tersebut, jika dikira dari matlamat asal penulis untuk menulis di blog itu ternyata mereka ingin menyatakan sesuatu yang baik-baik saja tentang rakyat serta negara Indonesia seolah-olah hendak menunjukkan kepada seluruh dunia bahawa negara serta rakyatnya sempurna dalam semua perkara dan jika boleh mereka mahu menutup serapat mungkin segala kelemahan dan juga keburukkan tabiat serta perangai yang ada pada sesetengah diri rakyat Indonesia dari lihat dan diketahui oleh rakyat negara lain.

Tetapi apa yang dapat kita lihat dari gambar yang direka untuk menghiasi ruangan blog milik bloggers Indonesia yang anti-Malaysia jelas apa yang diperjuangkan oleh mereka menyimpang secara 100% dari apa yang telah diperkatakan. Cuba anda perhatikan betul-betul gambar yang digunakan sebagai penghias di laman blog NKRI, kita akan dapat lihat bagaimana bendera Indonesia yang telah dipasang pada sebatang buluh/bambu yang sudah diruncingkan pada bahagian hujungnya, jika menurut pemilik blog NKRI itu yang bermati-matian dengan bangganya mempertahankan hujah beliau bahawa negara Indonesia yang menyertai 20 negara lain didalam forum G-20 adalah sebuah negara maju sepatutnya beliau tidak akan memasang bendera Indonesia pada sebatang buluh yang sudah mati sebaliknya beliau patut mengikat bendera Indonesia pada satu tiang yang sempurna sebagaimana gambar bendera Indonesia yang saya letak disebelah bawah bendera Malaysia sebelah kanan blog saya ini.

NKRI tidak sedar akan wujudnya tanggapan daripada rakyat negara lain apabila melihat ada negara tertentu yang rakyatnya memasang bendera pada sebatang buluh atau bambu ianya jelas menunjukkan kemiskinan sesebuah negara itu kerana rakyat negara lain akan berpendat bahawa buluh adalah bahan yang senang diperolehi dan tidak berharga lantas rakyat negara lain akan berfikir mengapa rakyat Indonesia memasang bendera pada sebatang buluh tetapi kenapa tidak memasang pada tiang konkrit sebagai mana yang digunakan oleh negara lain.

Dari situlah kita dapat melihat betapa ceteknya akal dan fikiran pemilik blog NKRI ini, kata beliau negara serta rakyat Indonesia lebih maju jauh kedepan daripada Malaysia tetapi dalam masa yang sama beliau juga turut menghina negara dia sendiri dengan meletakkan bendera Indonesia pada sebatang buluh yang sudah mulai reput atau mulai buruk. Bukankah tindakan beliau itu mencerminkan kepada dunia betapa daifnya Indonesia apabila terpaksa menggunakan buluh/bambu untuk dijadikan sebagai tiang bendera... Tidakkah itu dinamakan sebagai perbuatan "cakap tak serupa bikin." ?


Satu perkara lagi, cuba anda lihat foto Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak yang diletak pada sisi sebelah kiri blog tersebut telah dilukis dan dihina sebegitu rupa oleh NKRI, tidakkah perbuatan beliau sangat bertentangan dengan apa yang telah dikatakan oleh beliau sendiri didalam blognya yang mengatakan bahawa rakyat Indonesia lebih bijak, sempurna akal fikirannya, bertamadun, mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi, mempunyai minda yang bersih dan sebagainya jika dibandingkan dengan rakyat Malaysia yang rakyat Indonesia tuduh sebagai maling/pencuri, perompak, penciplak dan bermacam-macam lagi.


Adakah NKRI pernah terfikir atau sedar bahawa semua yang ada pada blog beliau itu menggambarkan tahap pemikiran sebenar sesetengah rakyat Indonesia yang anti-Malaysia adalah paling rendah dari tahap pemikiran seorang pengemis dijalanan serta langsung tiada "class". Pengemis dijalanan pun lagi tahu memberi ucapan terima kasih jika kita menghulurkan sebarang derma kepada mereka walaupun mereka tidak mengenali siapa kita.

Sementara itu ada lagi gambar yang NKRI pamerkan pada blog beliau yang disertakan dengan judul "Malaysia akan dikuasai oleh Indonesia pada 2011". Cuba kita lihat, katanya mereka iaitu rakyat Indonesia anti-pengganas/terorris tetapi pada masa yang sama juga dia telah menggambarkan kepada rakyat bahawa pada tahun itu nanti Malaysia akan diserang oleh Indonesia dari segenap penjuru. Bukankah perbuatan NKRI itu jelas menunjuk yang beliau sedang memulakan kempen untuk memusnahkan Malaysia sama juga dengan apa yang telah dilakukan oleh pengganas seperti Osama ben Laden, Abu Bakar Bashir, Abu Sayyaf dan negara haram Yahudi.

Saya juga pernah menulis berkenaan dengan berbagai isu berkaitan hubungan antara kerajaan Indonesia dengan kerajaan Malaysia serta juga antara hubungan antara sesama rakyat Malaysia dengan rakyat Indonesia iaitu semenjak isu bendera Malaysia dibakar oleh rakyat Indonesia sehingga ke tragedi buluh runcing atau "sweeping orang Malaysia" gara-gara tuduhan pihak di Indonesia kononnya Malaysia telah mencuri tarian "pendet" sebagai iklan untuk menarik pelancong luar datang ke Malaysia sempena promosi tahun Melawat Malaysia.

Walaupun semua isu yang berbangkit itu telah diperjelaskan oleh pihak Malaysia dan diterima baik oleh sesetengah pemimpin di Indonesia termasuk permohonan maaf secara terbuka daripada Discovery Channel yang berpangkalan di Singapura iaitu sebuah syarikat penyiaran yang bertanggungjawab penuh terhadap timbulnya isu "tarian pendet", namun semua itu tidak memberi kesedaran kepada semua blogger-blogger Indonesia dan juga sesetengah rakyat Indonesia yang anti-Malaysia, bukan untuk reda dengan semua penjelasan itu malah mereka semakin giat lagi untuk menyuburkan perasaan benci dikalangan rakyat Indonesia yang lainnya terhadap negara serta rakyat Malaysia.

Apabila saya menulis tentang "PITTSBURGH SUMMIT2009/G-20" iaitu mengenai persidangan kumpulan 20 negara yang telah maju dan yang masih membangun atau mundur baru-baru ini maka timbul pula salah anggapan yang berkemungkinan beliau telah menganggap apa yang saya tulis adalah ditujukan kepada negara Indonesia sebagai salah satu negara yang mundur berada bersama dengan negara yang maju. Reaksi yang meleset saya dapati dari apa yang ditulis oleh penulis blog NKRI apabila beliau menjawab apa yang telah saya tulis diblog saya. Saya tahu NKRI tidak faham dengan apa yang sebenarnya yang saya cuba untuk katakan.

Walaupun saya memang benar ada menulis bahawa perhimpunan 20 negara itu bukannya mercerminkan bahawa semua negara yang menjadi anggotanya adalah terdiri daripada negara maju kerana kumpulan khas untuk negara-negara yang betul-betul telah maju terdapat didalam G-7 tetapi disebalik tulisan saya itu terselit beberapa maksud yang agak sukar untuk orang lain faham apatah lagi oleh rakyat Indonesia yang kurang memahami Bahasa Malaysia yang saya gunakan.

Maksud saya tentang negara maju adalah bukan sekadar disebabkan oleh kerana sesebuah negara itu punya wang yang banyak dengan ekonomi yang besar lengkap dengan segala-galanya tetapi maju bermakna ianya merangkumi semua aspek atau semua perkara dan begitu juga dengan negara yang mundur, maksud saya begitu juga iaitu sesebuah negara yang dikatakan mundur tidak semestinya boleh dikatakan sebagai miskin segalanya hanya disebabkan oleh negara-negara tersebut tidak memiliki wang yang banyak atau ekonominya lemah dan perlahan.

Contoh yang terbaik adalah Malaysia, iaitu negara saya sendiri. Malaysia tidak tersenarai didalam negara yang kononnya maju seperti G-7, G-8 atau juga G-20 lebih kurang. Malaysia dulu tidak banyak wang tetapi sekarang Malaysia mampu mewujudkan beratus-ratus ribu peluang kerja kepada rakyatnya termasuk juga rakyat asing. Malaysia tergolong didalam barisan negara-negara yang masih dianggapkan sebagai negara membangun iaitu didalam G-15. Namun didalam G-15, Malaysia lebih mara kedepan atau agak laju kedepan berbanding dengan rakan-rakan yang ada didalam G-15 lainnya. Mengapa??? Dan apa yang majunya Malaysia??? ...persoalan seperti itu pasti berlegar-legar didalam pikiran sesetengah orang terutamanya bagi pihak-pihak yang anti-Malaysia.

Cuba tumpukan atau fokuskan kepada Malaysia;

(Pertama) : ISA [Akta Keselamatan Negeri]
saya ingin mengajak rakyat negara lain untuk melihat keberkesanan Akta Keselamatan Dalam atau nama singkatnya ISA. Akta ISA pada mulanya diwujudkan bertujuan untuk mengekang kemaraan pengganas komunis di negara ini. Cara pelaksanaan undang-undang akta ISA ini agak berlainan daripada undang-undang yang lain dimana jika didapati sesiapa saja yang berjaya dikesan akan mendatangkan huru-hara, kemudaratan, mengancam keselamatan negara maka mereka boleh ditahan tanpa bicara selama dua tahun dibawah akta ISA.

Ternyata akta ISA ini amat berkesan sekali digunakan untuk menangani sebarang ancaman yang mampu menggugat kestabilan negara serta rakyatnya. Walaupun kini akta ISA ini sering dipersoalkan oleh banyak pihak yang berkepentingan namun hakikatnya jika tanpa adanya akta ISA ini belum tentu negara Malaysia dapat terus aman, makmur dan sejahtera sehingga ke hari ini.

Ternyata didalam soal menjaga serta menjamin keselamatan negara, terbukti Malaysia lebih dulu maju dari antara mana-mana negara lain diseluruh dunia ini sebabnya belum ada lagi negara lain yang memiliki undang-undang ketat seperti ISA yang dimiliki dan dicipta oleh Malaysia. Walaupun selepas tragedi 11 September negara Amerika Syarikat dilihat telah merujuk kepada Malaysia berhubung kaedah pencegahan awal bagi menghadapi anasir-anasir pengganas dengan mewujudkan undang-undang yang menyerupai ISA tetapi cara Amerika Syarikat melaksanakan perjalanan undang-undang itu adalah keterlaluan dan sangat kejam kerana walaupun Malaysia pelopor kepada akta serupa ISA atau mencipta serta menggunapakai undang-undang itu tetapi Malaysia tidak berlaku kejam terhadap mana-mana tahanan ISA malah mereka yang ditahan terus diberi layanan yang sama dengan yang diberi kepada pesalah biasa cuma bezanya tahanan ISA ditahan tanpa bicara.

(Kedua) : LTH [Lembaga Tabung Haji].
berkenaan dengan Lembaga Tabung Haji. Saya rasa bahawa belum ada lagi negara Islam lain diseluruh dunia selain Malaysia yang telah mewujudkan suatu lembaga berupa dana khas bagi memudahkan bakal-bakal haji yang berhasrat untuk menunaikan ibadat fardu haji ke Mekkah. Bermakna setiap umat Islam iaitu bakal-bakal haji di Malaysia ini yang berhajat untuk mengerjakan haji iaitu bagi golongan yang kurang berkemampuan maka mereka diwajibkan untuk membuka akaun masing-masing serta menyimpan wang ataupun menabung didalam tabung haji sehingga mencukupi untuk membolehkan mereka menunaikan rukun haji.

Lembaga Tabung Haji yang satu-satunya ada didunia telah beberapa kali mendapat pujian daripada kerajaan Arab Saudi. Mereka sangat menghargai segala usaha kerajaan Malaysia yang mempunyai inisiatif luarbiasa dan pengurusan oleh Lembaga Tabung Haji telah dianggap oleh Kerajaan Arab Saudi sebagai yang terbaik didunia. Semua ini adalah hakikat sebenar yang harus diakui oleh semua pihak termasuk pihak Indonesia.

(ketiga) : KWSP/EPF [Kumpulan Wang Simpanan Pekerja]
Tentang KWSP ini pula, saya juga rasa mungkin belum ada lagi negara lain menggunakan kaedah ini bagi menjamin masa depan para pekerja yang apabila telah bersara atau pencen dari mana-mana sektor didalam negara ini. Cuma yang saya tahu ialah hanya Singapura saja negara yang turut menggunapakai sistem ini yang dikenali sebagai CPF.

Fungsi KWSP/EPF kepada para pekerja dan majikkan adalah ianya akan memotong 11% dari gaji pekerja sebagai caruman dan 12% pula adalah caruman akan disumbangkan oleh para majikkan untuk dimasukkan kedalam akaun para pekerja pada setiap hujung bulan.

(keempat) : PERKESO [Pertubuhan Keselamatan Sosial]
Perkeso diwujudkan bertujuan untuk memberi perlindungan hak kepada mana-mana pekerja yang terlibat didalam kemalangan ketika melakukan tugasan ditempat kerja. Para pekerja dikehendaki mencarum wang dan peratusannya adalah bergantung kepada tangga gaji seseorang pekerja itu.

Keempat-empat perkara diatas yang saya huraikan secara ringkas tentang peranan dan faedahnya kepada masyarakat Malaysia adalah sebahagian daripada ribuan lagi organisasi yang diwujud khas oleh Kerajaan Malaysia untuk rakyatnya yang saya tidak dapat huraikan kesemuanya disini namun hanya rakyat Malaysia sendiri saja yang tahu tentang apa yang saya tulis berkenaan dengan ISA, LTH, KWSP & PERKESO itu manakala bagi rakyat Indonesia saya yakin mereka tidak faham tentang itu semua sebab mungkin di Indonesia belum ada lagi perkara seperti itu diwujud.

Walaupun saya belum lagi menulis tentang ASN, ASB, ASSAR, Amanah Saham Wawasan, Amanah Saham 1Malaysia, TEKUN, MARA, DEB, FELDA, FELCRA, WAWASAN 2020, KEMAS, TADIKA, BERNAS, PETRONAS, Litar F1 di Sepang dan bermacam-macam lagi, tetapi keempat-empat perkara yang telah tonjolkan diatas sudah memadai bagi kita untuk menunjukkan kepada rakyat negara lain bahawa Malaysia telah dulu maju dalam berbagai perkara. Namun kesemuanya juga adalah menunjukkan betapa usaha kerajaan Kerajaan Malaysia untuk mewujudkan berbagai-bagai sesuatu yang belum pun pernah negara lain buat semata-mata sebagai salah satu usaha untuk membawa rakyat serta negara Malaysia keluar dari kepompong kemiskinan dan bergerak sama pantas dengan negara membangun yang lainnya. Tanpa adanya usaha yang berlipat kali ganda oleh kerajaan Malaysia, adalah sangat mustahil bagi Malaysia mampu untuk mewujudkan peluang pekerjaan yang melebihi jumlah rakyatnya sendiri sehingga banyak lagi peluang kerja dalam berbagai sektor telah diberi kepada rakyat asing seperti pekerja dari Indonesia, Banghladesh, Vietnam, Thailand, Myanmar, Pakistan, Nepal, India, China dan lain-lain lagi.

Inilah bukti bahawa walaupun Malaysia bukanlah semua negara yang belum dianggap sebagai sebuah negara yang maju didalam serba-serbinya namun Malaysia sudah terbukti berupaya untuk muncul sebagai negara yang berdaya saing dan akan mampu untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara membangun yang lainnya. Malaysia mampu menarik masuk para pelabur dari seluruh dunia untuk melabur didalam berbagai-bagai bidang yang telah disediakan oleh kerajaan Malaysia seperti perladangan kelapa sawit, hub halal, koridor pembangunan wilayah dan sebagainya lagi. Semua itu telah dan akan memberi peluang kerja yang bukan sedikit malah melebihi jumlah pekerja di Malaysia ini sendiri dan yang pasti ia akan menarik rakyat asing dari negara luar untuk bekerja di Malaysia termasuklah juga rakyat dari negara-negara yang ada didalam G-20.

Itulah serba sedikit tentang apa yang saya maksudkan sebagai maju dan mundurnya sesebuah negara itu. Ada negara yang dibanggakan oleh rakyatnya sendiri bahawa negara mereka maju, kaya, mewah, canggih serta punya rakyatnya yang pintar, bijak, berbudi pekerti, beriman, bermaruah dan sebagainya tetapi pada waktu yang sama juga ada dikalangan rakan-rakan mereka sendiri yang menumpahkan keringat didalam negara yang mereka kutuk, hina, caci, dimaki hamun, diminta putuskan hubungan diploamtik dan sebagainya lagi.

Oleh itu kita rakyat di Malaysia ini sangat berharap kepada terutamanya rakyat Indonesia serta bloggers mereka yang anti-Malaysia, agar mereka tahu menilai apa yang disebut orang lain sebagai maju dan apa makna disebalik perkataan mundur yang digunakan terhadap sesetengah negara itu. Dan berharap mereka akan dapat membersihkan seluruh jiwa raga mereka dari sifat dengki-khianat, berprasangka buruk terhadap Malaysia dan mereka juga harus belajar untuk bersedia menerima apa juga hakikat walaupun pahit untuk ditelan.

Harap Isa Samad tidak jadi seperti tong Gas Petronas.

Bila kita lihat iklan oleh sebuah Syarikat Petrolium Nasional iaitu Petronas setiap malam dan setiap hari dikaca tv baik di TV1, TV 2, TV3 ataupun dilain-lain saluran media elektronik, kita sudah hafal sangat dah dengan aksi lakonan singkat serta dialog yang meyakinkan tetapi mengelirukan.

Babak dalam iklan itu menggambarkan seorang wanita iaitu tuan rumah sedang menggoreng sayap ayam, tiba-tiba sewaktu sedang mengalih-alih ayam yang sedang digoreng dalam kuali dengan senduk besar maka gas untuk memasak pun habis.

Keadaan terus menjadi cemas tetapi nasib baik anak lelaki wanita tersebut masih ada dirumah ketika itu dan sedang bermain dengan telephon bimbit miliknya namun setelah anak wanita itu sedar apa yang sedang berlaku dia dengan segera membuat panggilan ke syarikat pembekal tong gas petronas berdekatan yang ada menyediakan perkhidmatan penghantaran segera ke rumah lalu menyuruh ibunya sendiri bercakap dengan pegawai atau pekerja yang bertugas di syarikat petronas itu dengan berkata "Adam...boleh tolong hantar tong gas segera ke rumah"?.

Tidak lama selepas itu muncul watak yang bernama Adam tadi yang datang dengan membawa satu tong gas petronas warna hijau(biasalah, petronas memang hijau) yang ditarik dengan sebuah troli khas. Suasana cemas tadi bertukar menjadi ceria kembali dan semua tetamu yang ada didalam rumah wanita itu termasuk wanita itu sendiri tadi mampu untuk ketawa sebagai tanda lega.

[sedikit persoalan tentang iklan petronas ini, kenapa juga sebelum wanita ini mengundang para tetamu untuk datang makan dirumah, beliau tidak membuat persediaan lebih awal ? Tidak masuk akal juga apabila tunggu tetamu sudah sampai di rumah baru nak masak itu ini... lebih parah lagi ketika tengah masak tetiba saja kehabisan gas...naya, naya, naya...

...lagi satu, wanita ini buat panggilan terus saja suruh pekerja petronas itu datang hantar tong gas ke rumah, tetapi sebelum itu tiada juga dia memperkenalkan diri, tiada juga bagi tau mana tempat rumah dia... tiba-tiba saja pekerja petronas itu muncul di belakang dapur]

Tetapi saya bukanlah nak cerita sangat pasal iklan Petronas ni, apa yang ingin dikatakan sedikit disini ialah tentang penamaan calon bagi DUN Bagan Pinang di Teluk Kemang Negeri Sembilan esok. Sebelum inipun berbagai-bagai suara yang kita dengar berkenaan dengan bakal calon yang akan diletak untuk bertanding disitu nanti termasuk dari rakyat hingga kepemimpin UMNO serta BN sendiri.

Ada suara yang membantah jika Tan Sri Isa Samad dicalonkan dan tentu juga ada pihak yang menyokong dengan penuh yakin agar Tan Sri Isa dicalon untuk DUN Bagan Pinang sebagai bakal wakil mereka dalam DUN Negeri Sembilan.

Apa yang sangat diharapkan esok ialah, supaya BN terutamanya UMNO jika betul-betul mahu "berubah agar tidak rebah" maka pilihlah calon lain yang lebih muda dan bertenaga dan jika benar-benar UMNO sudah tiada lagi calon yang paling sesuai ataupun nanti pembangkang akan berkata UMNO/BN ketandusan pemimpin bolehlah calonkan Isa Samad...apa boleh buat.

Jasa dan pengorbanan Isa Samad ketika menerajui Negeri Sembilan sebagai Menteri Besar dulu memang tidak dapat dinafikan malah Negeri Sembilan selama beliau sebagai berkhidmat sebagai Menteri Besar banyak sekali mengalami perubahan serta kemajuan. Itu semua cerita dulu.

Tetapi sekarang semuanya sudah berubah, jika dulu sebelum Tan Sri Isa disabitkan dengan kes rasuah orang ramai atau rakyat masih lagi boleh mempercayainya sebagai seorang pemimpin bersih, cekap dan amanah...namun setelah beliau terlibat dalam kes seumpama itu walaupun sudah dilepaskan dari hukuman digantung keahlian dalam UMNO selama 3 tahun tidak mungkin dalam jiwa rakyat itu sendiri mereka mampu untuk membersihkan perasaan berprangsangka buruk mereka terhadap Tan Sri Isa.

Mungkin sesetengah daripada rakyat terutamanya penyokong UMNO boleh menerima Tan Sri Isa serta mahu melupakan beliau sabagai seorang pemimpin yang pernah disabitkan dengan politik wang tetapi bagaimana pula dengan sesetengah yang lainnya ? ...tentu golongan itu agak liat untuk menerima kembali Tan Sri Isa seadanya seperti sebelum beliau menerima hukuman digantung daripada menjadi ahli UMNO.

Apa yang hendak kita lihat ialah UMNO terutamanya BN itu sendiri harus serius dalam usahanya untuk membenteras gejala rasuah dan politik wang ini dikalangan ahli-ahlinya tidak kira mereka itu punya kedudukan serta jawatan penting didalam parti ataupun mereka itu hanyalah merupakan ahli biasa parti.

Diharap selepas ini tiada lagi kata-kata "kita akan kaji kenapa UMNO/BN kalah", kita akan tubuhkan segera jawatankuasa bertindak untuk menyiasat kenapa rakyat menolak kita" , "siasatan segera akan dilakukan untuk mencari jawapan mengapa rakyat tolak UMNO/BN" dan sebagainya lagi kata-kata apabila sesuatu perkara yang telah berlaku pada pilihanraya kecil yang terdahulu masih lagi tidak mahu diambil sebagai pengajaran atau iktibar.

Masa yang telah diberikan oleh SPR sebelum ini sangat panjang kepada parti-parti politik tertentu untuk membuat persiapan awal dan juga rapi sebelum menjelangnya hari penamaan calon esok, tidak mungkin dalam tempoh yang sebegitu panjang UMNO/BN gagal untuk menemui calon-calon yang lebih berwibawa dan lebih muda serta bertenaga selain daripada Tan Sri Isa. !!! Harap ada khabar berita gembira dari Bagan Pinang esok...

Ahad, September 27, 2009

Kisah suka duka Nizar dan Zelaya jauh berbeza.

Bekas Menteri Besar Perak Darul Ridzuan yang hilang majoriti untuk memerintah YB Datuk Seri Nizar Jamaluddin masih berkeras mengakui bahawa beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah. Apa yang sahnya ?

Yang sahnya ialah beliau sudah hilang majoriti atau sokongan didalam Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan, namun oleh kerana sifat yang tidak mahu menerima hakikat sebenar maka apa yang dulu mereka kata adalah demokrasi kini boleh diterbalik menjadi tidak demokrasi ataupun zalim.

Apa yang menariknya ialah, bekas MB Perak ini sudah hilang kelayakkannya untuk mentadbir negeri Perak dan sebagai Menteri Besar disebabkan oleh tindakan 3 ADUN yang sebelum ini berada bersama mereka telah keluar dari Pakatan Haram dan berkhidmat hanya sebagai ADUN bebas tetapi menyokong kepimpinan Barisan Nasional.

Semua itu sangat payah untuk diterima oleh YB Nizar, seboleh-bolehnya beliau masih mahu kekal dianggap sebagai Menteri Besar walaupun kenyataannya kini beliau hanya merupakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri serta Ahli Parlimen biasa saja. Betul-betul sukar kan, untuk menerima kenyataan bahawa beliau sebenarnya telah hilang kuasa untuk memimpin kerajaan negeri.

Sebenarnya YB Nizar tidak digulingpun ataupun disingkirkan dengan kekerasan tetapi mengikut amalan demokrasi yang sebenar-benarnya tetapi oleh kerana beliau serta konco-konconya dari DAP dan PKR gagal untuk memahami erti prinsip demokrasi seperti yang mereka sering sebutkan, maka begitulah jadinya apabila mereka hanya tahu menyebut "D.E.M.O.K.R.A.S.I" tetapi malangnya mereka tidak tahu apa itu demokrasi dan bagaimana cara untuk menggunakannya.

Demokrasi menuntut mereka untuk menyerahkan kuasa secara aman jika mereka sudah tidak lagi mendapat kepercayaan daripada lebih separuh Ahli Yang Berhormat dalam Dewan Undangan Negeri. Oleh itu mereka tidak perlu untuk berguling-guling diatas jalanraya bagi mempertahan kuasa yang sebelum ini berada ditangan mereka dan yang sebaik-baiknya mereka hendaklah belajar bagaimana cara untuk menerima apa-apa juga keputusan.

Manakala gambar yang disebelah ini adalah Presiden Honduras yang digulingkan dari tampuk pemerintahan iaitu Manuel Zelaya, banyak orang tahu dengan apa yang sedang menimpa beliau saat ini.

Beliau digulingkan menerusi rampasan kuasa paling terancang apabila telah diculik ketika sedang tidur dibilik beliau pada subuh 28 June 2009 yang lalu. Zelaya diculik ketika masih lengkap dengan pakain baju tidurnya dan dibawa lari ke Costa Rica pada pagi itu juga.

Adalah difahamkan bahawa penculikkan itu berjaya dilakukan hasil kerjasama padu diantara pihak tentera, penentang beliau dalam kerajaan serta para pengamal undang-undang atau hakim-hakim. Semua berpunca dari hasrat Zelaya yang bercadang untuk meminda perlembagaan negara Honduras. Kemungkinan ada pihak yang tidak menyenangi niat beliau itu maka berlakulah tragedi yang tidak diduga seperti itu.

Setelah hampir tiga bulan menjalani kehidupan didalam buangan, Zelaya telah mengejutkan seluruh rakyat Honduras terutamanya pemimpin-pemimpin rampasan kuasa itu. Mereka hairan bagaimana Zelaya boleh secara tiba-tiba berada di Tegucigaipa ibu negara Honduras dan terus berada didalam bangunan yang menempatkan pejabat Kedutaan Brazil iaitu tempat Zelaya berlindung.

Menurut Presiden Venezuela Hugo Chavez yang juga sekutu Zelaya, Presiden Honduras itu menaiki sebuah pesawat dari Costa Rica melewati ruang udara Nicaragua dan mendarat di sebuah landasan berhampiran sempadan Honduras dengan Nicaragua dan dari sana Zelaya terpaksa bersembunyi didalam but sebuah kereta yang dibawa dengan sebuah traktor menuju ke ibu negara Honduras.

Yang menyedihkan dalam peristiwa rampasan kuasa di Honduras ini ialah, bagaimana seorang yang masih berstatus sebagai Presiden boleh menerima akibat atau keadaan yang sedemikian rupa. Apabila sudah bersembunyi didalam but kereta untuk menuju ke destinasi yang hendak dituju maka ianya tidak ubah seperti taktik para pendatang tanpa izin untuk menyelinap masuk ke sesebuah negara tertentu. Apakah layak seseorang yang masih lagi punya kuasa yang sah untuk berkeadaan sedemikian ? ...pasti tidak kan...

Yang lebih mengharukan lagi ialah apabila kisah beliau saat ini yang masih lagi mendapat perlindungan didalam bangunan Pejabat Kedutaan Brazil, segala kemudahan asas yang disalurkan ke bangunan tersebut seperti bekalan air, eletrik, talian komunikasi dan sebagainya telahpun dipotong oleh pihak berkuasa Honduras yang ditadbir secara sementara pemimpin rampasan kuasa itu.

Zelaya serta pengikut beliau memberitahu bahawa kehidupan mereka saat ini tidak ubah seperti haiwan dan bukannya manusia lagi. Mereka juga mendakwa selama berlindung didalam bangunan itu mereka hanya makan biskut kering, nasi dan air biasa saja. Selama disitu juga mereka mendakwa tidak pernah mandi kerna bekalan air sudah tiada. Malah yang lebih teruk lagi apabila mereka mengakui terpaksa berkongsi sebatang berus gigi untuk sembilan orang.

Dari kisah kedua-dua watak ini iaitu antara Zelaya dan Nizar, saya melihat betapa jauhnya perbezaan yang telah dan yang akan mereka tempuhi. Jika Nizar, beliau tidak pernah sekalipun menghadapi masalah serupa dengan apa yang dialami oleh Zelaya. Andaikata Nizar menuduh bahawa apa yang berlaku terhadap beliau sebelum ini sebagai satu rampasan kuasa yang zalim, sudah tentu beliau silap besar. Beliau hanya diminta untuk berundur secara terhormat dari kedudukannya tanpa sebarang kekerasan.

Berbeza dengan situasi yang sedang dihadapi oleh Zelaya ketika ini yang masih bergelut untuk untuk mendapatkan semula apa yang sememangnya hak bagi beliau, namun Nizar pula dilihat hanya berjuang untuk menegakkan sesuatu yang nyata bertentangan sama sekali dengan prinsip demokrasi jika ianya diteruskan juga iaitu perkara yang sudah jelas tidak lagi memihak kepada beliau.

Sabtu, September 26, 2009

Zuraidah gagal serah MEMO kepada TKM Sarawak.

Cubaan Ketua Wanita PKR Kebangsaan YB Zuraidah Kamaruddin untuk memasuki pejabat Timbalan Ketua Menteri Sarawak YAB Tan Sri Alfred Jabu di Bangunan Wisma Bapa Malaysia Petra Jaya Kuching gagal setelah dihalang oleh pengawal keselamatan yang bertugas disitu.

MEMO itu dikatakan mengandungi laporan siasatan kes berhubung dengan dakwaan sesetengah pihak sebelum ini yang mengatakan terdapat wanita dan anak gadis Penan telah dirogol oleh pekerja-pekerja kem pembalakan di Ulu Baram.

Difahamkan bahawa Zuraidah adalah diantara mereka yang mengangotai jawatankuasa bertindak kebangsaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Seperti yang telah kita sedia maklum bahawa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menterinya adalah Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang dulunya beliau adalah Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Ini bermakna bidang kuasa untuk menentukan tindakan yang boleh dan yang tidak boleh adalah terletak ditangan Datuk Seri Shahrizat. Ertinya, jika beliau berkata okay..maka jalan tetapi jika beliau kata tidak maka tidak jalanlah.

Dalam kes Zuraidah hendak masuk ke pejabat Tan Sri Alfred Jabu, apakah peranan Datuk Seri Shahrizat disitu ? Apakah Zuraidah mengikut arahan Datuk Seri Shahrizat atau Zuraidah sendiri memandai hendak menjaga tepi kain orang lain ?

Sebagai Ahli Yang Berhormat serta Ahli Parlimen mereka adalah pembuat dasar serta mereka juga penggubal undang-undang maka sepatutnya mereka lebih arif tentang undang-undang, jangan main langgar saja.

Kes yang mengatakan terdapat wanita Penan telah menjadi mangsa rogol para pekerja kem pembalakan di Ulu Baram telah pun menjadi satu kes polis, justeru itu biarkanlah polis yang membuat siasatan tetapi mengapa harus mengganggu kerja polis.

Ahli Yang Berhormat harus ingat bahawa polis menjalankan tugas mereka adalah berlandaskan undang-undang yang sedia ada, yang telah dibahas, digubal, digaris dan yang telah diluluskan oleh para Ahli Yang Berhormat sendiri ketika sessi Dewan Parlimen diadakan.

Kepada YB Zuraidah Kamaruddin, apakah beliau benar-benar faham apakah ertinya istilah "rogol" bagi masyarakat Penan itu sendiri ? Wanita Penan akan menggunakan perkataan "rogol" bagi merujuk kepada kes mereka yang telah ditinggalkan oleh "suami sementara" mereka iaitu sesetengah daripada pekerja-pekerja kem pembalakan yang telah mengambil wanita atau gadis Penan untuk dijadikan sebagai "isteri sementara" iaitu ketika para pekerja tersebut masih lagi bertugas dengan syarikat-syarikat pembalakan tertentu.

Jadi apabila sesebuah syarikat pembalakan menghentikan operasi mereka kerana berbagai sebab seperti tarikh lesen syarikat sudah hampir tamat, kawasan coupe atau block sudah kekurangan kayu dan sebagainya maka sudah pasti para pekerja syarikat terbabit akan turut sama berpindah ke kawasan lain dan akan meninggalkan "isteri sementara" mereka didalam hutan dengan anak-anak yang masih kecil.

Kes seperti itu bukan saja melibatkan pekerja syarikat pembalakan dari kalangan warga tempatan saja, malah kebanyakan pekerja warga asing juga mempunyai keluarga atau anak-anak dengan wanita Penan ketika mereka masih lagi bekerja dengan syarikat-syarikat pembalakan yang tertentu dikawasan yang mana terdapat adanya minoriti Penan tinggal.

Seperti rakyat tempatan juga, rakyat asing yang mengahwini wanita Penan ini apabila mereka sudah berhenti kerja dengan sesuatu syarikat pembalakan itu atau mengikut syarikat pembalakan tempat mereka bekerja berpindah ke kawasan lain, maka mereka juga akan turut berpindah dan akan meninggalkan "isteri sementara" mereka bersama dengan anak-anak mereka sekali didalam hutan.

Bila disebut sebagai kes "dirogol" mungkin juga ada tetapi bilangannya adalah kecil sama juga dengan apa yang pernah berlaku ditempat-tempat lain di negara ini tak kira samada ianya berlaku di kampung-kampung, dirumah panjang, dibandar-bandar, di pekan, di ibu kota, di estet-estet ataupun diladang-ladang.

Perkara ini terjadi adalah disebabkan oleh sikap kedua-dua belah pihak itu sendiri, mula-mula kerana perasaan suka sama suka maka terjalinlah sebuah ikatan yang tidak sah dan apabila sesuatu ikatan yang telah terjalin itu menjadi pula satu hubungan seperti satu keluarga maka akan lahirlah satu generasi dari hubungan itu yang akan menjadi pengikat kepada "ikatan sementara" tersebut.

Bermula dan berakhir dengan kesemuanya itulah, maka pihak yang telah merasakan diri mereka telah diperdaya(wanita Penan) akan berusaha untuk menuntut sesuatu yang hak bagi mereka namun oleh kerana mereka(wanita Penan) tidak faham bagaimana cara untuk memperjuangkan hak itu, maka dengan mengambil jalan mudah mereka akan meminta bantuan dari mana-mana pihak yang sudi membantu mereka bagi tujuan itu.

Apabila wanita-wanita Penan ini yang kononnya telah dianiaya telah ada pihak yang sudi untuk menghulurkan bantuan, tanpa wanita Penan ini sedar bahawa sebenarnya mereka akan diperalatkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan dan yang suka mengambil kesempatan diatas masalah yang menimpa mereka.

Begitulah keadaannya apabila ada pihak luar yang tidak tahu menahu dengan apa yang sebenarnya berlaku dalam negeri Sarawak berkenaan dengan mana-mana kaum di negeri ini tetapi cuba untuk menjadi wira. Penglibatan pihak luar bukannya untuk menjernihkan keadaan malah akan menambahkan lagi kekusutan yang sebenarnya tidaklah seteruk seperti apa yang didakwa.

Kepada YB Zuraidah Kamaruddin, tidak payahlah anda bersusah payah pergi ke Sarawak ini semata-mata untuk menunjukan sikap prihatin terhadap wanita Penan yang dibuat-buat. Lebih baik gunakan masa dan tenaga anda untuk menjaga rakyat dikawasan yang anda sekarang menjadi wakil mereka. Di Sarawak biarkan kami sendiri yang uruskan, kami di Sarawak juga hanya akan mengalu-alukan BN dan UMNO untuk membantu kerajaan Negeri dalam apa juga masalah. Kami tidak memerlukan DAP/PKR/PAS. Harap maklum.

Jumaat, September 25, 2009

Sama tapi berbeza - Semuanya kebetulan...

Ini dia bendera Kerajaan Republik Singapura. Disebelah atas berwarna merah darah melambangkan keberanian dan kemajuan yang turut mempamerkan lambang anak bulan serta lima butir bintang(5 butir bintang tu entah apa, dulu Komunis pakai lambang itulah), manakala disebelah bawah berwarna putih bersih lambang kesucian, kemakmuran dan kesejahteraan.

Cuba kita perhatikan, jika simbol anak bulan dan lima butir bintang itu ditiadakan sudah pastinya ianya akan 100% seperti bendera Republik Indonesia. Ada tak segelintir rakyat Indonesia yang sedar tentang perkara ini ? Saya rasa kalau mereka terutamanya sesetengah rakyat Indonesia tahu akan hal ini sudah pasti Singapura pun akan berdepan dengan masalah sama seperti Malaysia sekarang ini dan mungkin juga Singapura akan kena tindakan "Sweeping Orang Singapura" pula.


Yang ini pula adalah bendera Parti UMNO atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. Warna latarnya sama dengan yang ada di bendera Singapura. Sebelah atas berwarna merah muda dan disebelah bawahnya pula berwarna putih bersih.
Di tengah yang berbentuk bulat itu serta berwarna kuning adalah lambang bulan penuh atau juga bulan mengambang penuh dan ada juga orang menyebut sebagai bulan lima belas. Dalam cahaya bulan mengambang penuh itu ternampak simbol sebilah keris iaitu lambang Kepahlawanan dan keberanian perwira-perwira Melayu dahulu-kala.
Dan sekali lagi kita buat renungan, jika simbol bulan penuh dan lambang keris itu tiada maka ianya sama juga dengan bentuk bendera Indonesia iaitu dari segi warna dan rekaannya. Tentang bendera UMNO ini sesetengah rakyat Indonesia tahu dah, terus saja dikatakan telah diciplak dari bendera Indonesia.
Perkara ini tidak menghairankan lagi, sudah menjadi kelaziman atau kebiasaan bagi mereka untuk menuduh negara lain sebagai pencuri, perompak dan penciplak atau sebagainya. Mereka seperti tidak mahu mengakui bahawa sesuatu yang kebetulan kadang-kala memang tidak dapat dielakkan.

Dan inilah rupa bentuk bendera kebanggaan rakyat Indonesia. Merah putih. Warna merah mewarnai bahagian sebelah atas dan bahagian disebelah bawahnya berwarna putih bersih. Tiada simbol lain yang diletak dibahagian mana-mana pada bendera tersebut.
Jika sebelum ini yang segelintir rakyat Indonesia sering menuduh UMNO meniru dengan membuat bendera parti itu hampir sama dengan bendera negara mereka, jadi bagaimana pula dengan bendera negara Singapura ? Tak nak bakar bendera Singapura pula ke selepas ini ?

Dua Singa Asia Barat mengganas di PBB.

Syabas ! dan Tahniah ! kepada Pemimpin Libya Muammar Gaddafi yang telah bertindak berani dengan mengejutkan badan dunia iaitu Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB) daripada terus tertidur lena.

Pada Perhimpunan Agung PBB yang ke-64, Muammar Gaddafi telah sudi untuk menghadirkan diri setelah lebih 40 tahun tidak menjejakkan kaki ke bangunan pertubuhan badan dunia itu. Kehadiran beliau pada perhimpunan agung PBB itu memang dialu-alukan pada mulanya kerana kebanyakkan delegasi yang turut serta tidak menjangkakan sesuatu akan berlaku atau akan dilakukan oleh pemimpin Libya itu.

Semasa hendak mengakhiri ucapannya, Muammar Gaddafi dilihat tiba-tiba mengoyakkan buku piagam PBB dan setelah itu tanpa diduga beliau bersahaja bertindak melemparkan buku piagam tersebut ke arah podium yang terletak di sebelah atas belakang tempat beliau memberikan ucapan(lihat gambar,..berani kan!) bagi menunjukkan rasa tidak puas hati beliau terhadap pentadbiran PBB yang dilihat semakin lemah dan tidak bermaya.

Tindakkan Muammar Gaddafi itu telah mendapat berbagai-bagai reaksi daripada para delegasi yang hadir. Tentu sekali komen daripada pihak Israel dan Amerika Syarikat yang sedang ditunggu apakah reaksi atau tindakbalas daripada kedua-dua negara penjenayah itu terhadap tindakan Gaddafi itu.

Reaksi awal daripada Israel menerusi Perdana Menterinya Benjamin Netanyahu yang segera membidas pihak pengurusan di PBB kerana telah membenarkan Muammar Gaddafi untuk memberikan ucapan. Mungkin Benjamin Netanyahu "terasa" bahawa tindakan Muammar Gaddafi itu bermaksud merujuk kepada sikap pilih kasih PBB atau lebih tepat lagi PBB telah gagal berfungsi sebagai sebuah badan dunia dalam menangani konflik berpanjangan di Asia Barat khususnya antara Israel dan Palestine.

Selang beberapa ketika selepas itu, giliran Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad mengambil tempat untuk berucap. Kegelisahan telah mulai mewarnai wajah para delegasi terutamanya mereka dari Amerika Syarikat, Israel serta sesetengah negara dalam kesatuan Eropah.

Belumpun sampai separuh ucapan Mahmoud Ahmadinejad berjaya disampaikan sudahpun kelihatan seorang demi seorang para perwakilan atau delegasi dari negara-negara seteru kepada Iran mula angkat kaki dan keluar dari dalam dewan kerana tidak tahan mendengar kebenaran yang cuba diperkatakan oleh Mahmoud Ahmadinejad itu.

Begitulah sikap pemimpin negara-negara Barat terutamanya Amerika Syarikat dan sekutunya Israel. Mereka akan berusaha sedaya upaya agar kebenaran tidak perlu ditegakkan jika ianya hanya akan merugikan pihak mereka namun dalam pada itu mereka terus berbohong kepada dunia bahawa merekalah pejuang keadilan sebenar kepada seluruh penduduk didunia ini.

Selepas itu tiba giliran Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu untuk memberi ucapannya. Dalam ucapannya itu beliau dilihat lebih kepada untuk mempertahankan tindakan kejam Israel daripada terus diperdebatkan. Ternyata Benjamin terlalu bergantung kepada teks ucapan yang telah disediakan yang mencatitkan serba sedikit fakta sejarah berkaitan dengan Israel bagi menangkis kenyataan yang terdahulu oleh Muammar Gaddafi dan Mahmoud Ahmadinejad.

Tidak kurang hebat juga ucapan yang bersalutkan penuh dengan sindiran dan gurauan daripada musuh lama Washington iaitu Presiden Venezuela Hugo Chavez yang telah menyatakan beliau sangat berharap agar tiada peluru sesat akan ditujukan kepada Presiden Barrack Obama sebagaimana yang pernah dialami oleh bekas Presiden John F. Kennedy yang telah mati ditembak.

Ketika itu juga Hugo Chavez bergurau mengatakan tiada lagi bau belerang(merujuk kepada bekas bekas presiden Amerika iaitu George W. Bush) didalam dewan PBB itu dan kelihatan beliau cuba untuk mendapatkan baunya tetapi agaknya telah hilang sambil menyatakan bahawa ada satu harapan didalam dada Barrack Obama.

Merenung kepada semua perkembangan ini maka sentiasa teringatlah, alangkah baiknya jika semua itu berlaku ketika YABhg. Tun Dr. Mahathir masih lagi sebagai Perdana Menteri. Tentu sekali Tun Dr. Mahathir banyak rakan-rakan yang berani berkata-kata ketika berhimpun didalam bangunan PBB. Tentu sekali akan riuh-rendah dalam dewan PBB dan pasti sekali akan membuat pihak Amerika Syarikat dan Israel menjadi risau, resah gelisah dan runsing.

Krisis Pakatan di Selangor : Lakonan bersama Datuk Dr. Hassan dengan DAP/PKR.


Apa yang sedang berlaku sekarang ini diantara Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga ahli exco kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan YB Datuk Dr. Haji Hassan Ali dengan rakan-rakan dalam Pakatan Pembangkang di negeri tersebut hanyalah lakonan semata-mata.
Tidak usahlah nak percaya lagi dengan trick atau helah Pakatan Pembangkang ini. Memang begitulah cara yang akan digunakan oleh mereka apabila adanya sesuatu pilihanraya kecil yang akan diadakan.
Bila ada saja pilihanraya kecil akan diadakan maka timbullah bermacam-macam sengketa yang sengaja direka-reka demi untuk mendapat "undi simpati" daripada rakyat dikawasan yang tertentu.
Pilihanraya DUN Bagan Pinang akan diadakan awal bulan Oktober depan. PAS sudah menyatakan bahawa mereka pun akan serta pada pilihanraya itu nanti dengan meletakkan calon pilihan mereka. Jadi untuk menarik perhatian rakyat dikawasan tersebut maka sesuatu perkara harus dilakukan lebih awal sebelum hari penamaan calon diadakan.
Oleh itu demi untuk kemenangan bersama parti-parti yang ada didalam Pakatan Pembangkang, mereka berpendapat adalah lebih baik melakukan sesuatu perkara iaitu seperti biasa dalam pilihanraya kecil yang terdahulu maka suatu "lakonan yang berkesan" mesti dibuat dan dihasilkan agar rakyat mudah terpedaya.
Kita lihat dulu sebelum dan semasa pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir di Pulau Pinang, siapa yang paling menonjol bakat lakonannya. Semua tahu siapa artis politik itu yang telah berjaya memukau undi rakyat dikawasan berkenaan supaya memangkah PAS. Lakonan yang paling berjaya dan harus mendapat trofi berbentuk botol "beer Heineken."
Apabila rakyat telah tertipu dengan permaianan Pakatan Pembangkang seperti ini iaitu apabila timbul rasa kasihan terhadap Datuk Dr. Hassan Ali yang terus dikecam dan diminta keluar dari Pakatan Pembangkang kononnya oleh rakan-rakan sendiri maka sudah pasti rakyat yang telah tertipu akan mula rasa kesian dengan Datuk Dr. Hassan ini dan tanpa memikirkan perkara lain selain itu rakyat akan mudah untuk "memberi undi simpati" kepada calon PAS.
Kepada semua, jangan mudah percaya dengan tipudaya bersiri oleh pihak Pakatan Pembangkang ini, mereka akan sentiasa buat apa saja dan yang pasti mereka akan sanggup lakukan apa saja perkara demi untuk mendapat undi ataupun sokongan daripada rakyat.
Lihat sajalah nanti apabila pilihanraya kecil telah selesai diadakan, tiada kita akan mendengar keluh kesah atau perselisihan faham terjadi diantara DAP/PKR/PAS. Mereka akan diam saja seperti ular sawa yang sudah kekenyangan.

Khamis, September 24, 2009

G-20 : Semut dan Gajah dalam satu kandang...

Di atas muka bumi ini wujud banyak negara-negara. Untuk negara tertentu juga banyak pertubuhan-pertubuhan disedia jika mahu menyertainya. Dalam negara tertentu wujud pula banyak bangsa-bangsa. Pada bangsa itu pula wujud perasaan yang berbeza-beza di antara satu dengan yang lain. Ada yang suka tunjuk perasaan dan tentu ada pula yang simpan perasaan.

Yang suka tunjuk perasaan ialah mereka yang gemar atau sering buat demonstrasi di atas sepanjang jalanraya seperti buat perarakan haram serta membakar bendera. Manakala yang hanya menyimpan perasaan adalah mereka yang mempunyai fikiran yang lebih matang dan sentiasa menggunakan akal sebelum bertindak.

Ungkapan di atas adalah hanya sebagai kata-kata pembuka bicara. !!! cewahhh...

Saya agak tertarik dengan setiap tulisan di artikel dalam satu blog di www.nkrijaya.co.cc yang mana 100% daripada tulisan beliau disana hanya mengutuk, menghina, mencaci serta menghina Malaysia serta rakyatnya. Apa yang lebih melucukan lagi ialah beliau mempunyai azam untuk meletupkan Menara Berkembar Petronas(Twin Towers) pada tahun 2011 jika mengikut dari apa yang dikhayalkan oleh beliau melalui gambar diblog tersebut.

Saudara NKRI(agaknya...Negara Kebangsaan Republik Indonesia), ...dalam G-20 bukan kesemuanya menggabungkan negara-negara yang maju. Sebenarnya G-20 menghimpunkan diantara negara yang telah lama maju serta negara yang baru maju dan negara yang belum lagi maju atau yang masih lagi mundur.

Tentu ada pertanyaan. Jika begitu, kenapa negara-negara ini boleh berada didalam satu pergerakan? Sebabnya ialah, kerana berdasarkan kepada jumlah penduduk sesebuah negara itu yang hampir sama banyaknya dan bukannya disebabkan oleh ekonomi semua negara-negara yang didalamnya adalah setaraf atau pada kedudukan yang sama. Disitulah salah faham sebenarnya.

Indonesia telah di akui sebagai sebuah negara ekonomi terbesar di Asia adalah disebabkan oleh bilangan rakyatnya yang berjumlah lebih daripada 240 juta orang mungkin setelah ditolak dari jumlah korban Tsunami Aceh dulu. Maknanya ialah apabila jumlah rakyat yang begitu ramai maka sudah pastilah sesetengah negara lain akan berpendapat kuasa membelinya juga adalah tinggi.

Tergolong didalam negara yang telah diiktirafkan sebagai sebuah negara yang berekonomi terbesar tidak bermakna negara tersebut akan dianggap sebagai kuasa ekonomi atau telah maju. G-20 adalah satu kumpulan negara-negara yang penduduknya terlalu ramai atau padat sekali tetapi bukan disebabkan oleh nilai ekonomi semua negara dalam G-20 itu mempunyai jumlah purata yang hampir sama.

Jika kekayaan sesebuah negara itu diambil kira untuk membolehkan negara tertentu itu untuk masuk didalam G-20, kenapa Singapura yang ekonominya berlipat kali ganda tinggi dari Indonesia tidak menyertai G-20 ? Begitu juga dengan lain-lain negara di Asia Barat, banyak juga negara disana yang kaya dan maju tetapi mengapa negara-negara itu tidak ikut sama dalam G-20 ? Sebabnya ialah Singapura hanya punya penduduk seramai sekitar 2 juta orang saja dan begitu juga dengan negara-negara di Asia Barat yang lainnya.

Ada banyak lagi pertubuhan-pertubuhan yang telah diwujudkan pada peringkat antarabangsa untuk kepentingan sesetengah negara dengan matlamat yang berlainan diantara satu dengan yang lain. Kita boleh lihat kumpulan G-5, G-7, G-8, G-15, G-20, G-23, APEC, PBB, NAM, OIC, OPEC, ASEAN, KOMANWEL dan lain-lain lagi yang mana setiap satu daripada pergerakan pertubuhan atau organisasi itu mempunyai visi dan peranannya masing-masing.

G-5 : Brazil, China, India, Mexico dan Afrika Selatan.(negara membangun yang telah maju)

G-7 : Amerika Syarikat, Britain, Kanada, Perancis, Jerman, Italy dan Jepun.(negara maju)

G-8 : Amerika Syarikat, Britain, Italy, Jerman, Perancis, Jepun, Kanada dan Russia.(negara maju)

G-15 : Argentina, Brazil, Chile, India, Indonesia, Iran, Jamaica, Kenya, Malaysia, Mexico, Mesir, Nigeria, Peru, Sri Lanka, Venezuela dan Zimbabwe(negara membangun)

G-20 : Argentina, Australia, Brazil, Kanada, China, Perancis, Jerman, India, Indonesia, Italy, Jepun, Mexico, Russia, Saudi Arabia, Afrika Selatan, Korea Selatan, Turki dan Amerika Syarikat.(campuran negara yang telah maju dengan negara yang masih mundur)

G-23 : Gandingan negara-negara yang berada dalam G-15 dengan G-8.

PBB/UN : 192 buah negara, APEC : 21 buah negara, NAM : 114 buah negara, OIC : 57 buah negara, OPEC : 14 buah negara, KOMANWEL : 53 buah negara dan ASEAN :10 buah negara.

MENGENAI reaksi Singapura yang membantah promosi makanan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia adalah lumrah. Tiada isu timbulkan isu baru, biasalah penyakit berjangkit agak sukar untuk dikawal sama juga seperti virus H1N1. Singapura memang sejak ditendang keluar dari Maaysia suatu ketika dulu sampai sekarang tak ada kerja lain, menyalak saja siang malam. Saya jadi hairan kenapa sebuah negara metropolitan yang kaya raya seperti Singapura boleh menangis hanya kerana masalah mee atau bubur.

Malaysia tak pernah pun bising bila Singapura mengakui bahawa rambutan yang negara itu beli daripada Perak dan Perlis di Malaysia, bila dah dibawa ke negara mereka dan diproses lalu dijadikan sebagai makanan dalam tin maka ianya telah dikenali sebagai "Singapore Longan" dan nama Malaysia lenyap. Malaysia tak pernah ambil pusingpun benda remeh-temeh seperti itu. Singapura menang ke atas Pulau Batu Putih pun Malaysia tak bising walaupun pada hakikatnya bahawa Singapura itu sendiri juga dulu adalah sebahagian wilayah dalam Malaysia yang terpaksa ditolak keluar akibat daripada sikap angkuh Lee Kuan Yew ketika itu.

MENGENAI pekerja Indonesia dari kalangan mereka yang "datang tanpa izin"(pendatang asing tanpa izin/PATI) yang didakwa sampai hampir setahun sehingga ke dua tahun bekerja di Malaysia ini tidak dibayar gaji oleh majikan masing-masing, jadi apabila perkara ini telah berlaku hendak menyalahkan siapa? Kerajaan Malaysia? Kerajaan Indonesia? Majikkan ? ...atau diri sendiri???

...perkara telah terjadi, maka salahkanlah diri sendiri, bukannya tidak tahu bahawa setiap negara ada undang-undang serta peraturannya yang tersendiri yang menuntut daripada setiap warga asing yang hendak datang bekerja ke negara ini misalnya hendaklah terlebih dahulu memahami akan perkara itu dan tahu akan risiko yang bakal dihadapi jika masih lagi mahu melanggar segala undang-undang yang sedia ada di Malaysia.

Rabu, September 23, 2009

Iklan Khas Sempena Dengan Kemerdekaan - Malaysia ke 52 dan Indonesia ke 64.

Ini adalah sejenis vitamin dalam bentuk cecair. Inya sangat baik untuk kesihatan kita jika diamalkan selalu. Produk ini dikenali sebagai "SAKATONIK LIVER" yang berfungsi sebagai suplemen makanan ataupun mungkin dalam bahasa Malaysia disebut sebagai penghadam makanan.

Vitamin ini adalah produk dari negara gagah perkasa iaitu Indonesia tetapi ada terdapat banyak dijual dibeberapa pasarayadi Malaysia, harap maklum bukan dijalanraya. Kepada segelintir rakyat Indonesia yang mungkin baru pertama kali berkunjung ke Malaysia ini, jangan pula nanti apabila terlihat saja produk ini ada dijual dimana-mana kedai atau supermarket di Malaysia terus menuduh Malaysia pencuri atau perompak barangan dari Indonesia. Harap ingat tu...

Mengapa bahan-bahan seperti itu boleh didapati dalam negara kita? Yang pastinya saya kurang jelas, tetapi berdasarkan kepada teori saya mungkin juga ianya diimport oleh peniaga tempatan yang punya hubungan dagang dengan peniaga di Indonesia ataupun mungkin juga telah dibawa dalam jumlah yang agak besar ke Malaysia oleh rakyat Indonesia yang bekerja di Malaysia iaitu ketika mereka balik bercuti ke Indonesia dan pulang semula ke Malaysia.

Di Malaysia harga bagi sebotol yang berkapasiti 330 ml dijual dengan harga yang tidak menentu iaitu bergantung kepada keadaan tempat dimana ianya dijual. Ada sesetengah tempat menjual dengan harga RM9.90 sen, ada juga yang menjual dalam harga RM8.80 sen mungkin tertakluk kepada kos pengangkutan.

Untuk kefahaman lebih lanjut lagi tentang kebaikan SAKATONIK LIVER ini, saya nak buat sedikit iklan murah mengenainya disini dalam bahasa Indonesia ;
SAKATONIK LIVER merupakan kombinasi dari MULTI VITAMIN, MINERAL DAN ZAT BESI, yang sangat baik untuk meningkatkan kualitas dan kinerja darah, baik pada anak-anak maupun orang dewasa.
Dengan minum SAKATONIK LIVER secara teratur setiap hari, tubuh akan terhindar dari rasa lemah, letih dan lesu sehingga selalu sehat, kuat dan bersemangat walaupun telah bekerja keras sehari penuh.
Komposisi :
Tiap-tiap 5 ml mengandungi :
- Vitamin B1........................................................................1,76 mg
- Vitamin B2........................................................................0,15 mg
- Vitamin B6........................................................................0,21 mg
- Vitamin B12......................................................................0,3 mg
- Vitamin C...........................................................................15 mg
- Nicotinamide......................................................................3 mg
- Ca Pantothenate................................................................0,5 mg
- Na Hypophosphite.............................................................15 mg
- Mangan Sulfat....................................................................0,12 mg
- Ferro Sulfat exc..................................................................1,18 mg
- Aethanolum.........................................................................5 % v/v
- Const & Corr. ad..................................................................5 ml
Kegunaan :
* Suplementasi vitamin dan mineral pada masa penyembuhan dan kehamilan.
* Bermanfaat untuk memelihara kesehatan.
Aturan Pakai :
Dewasa : 3 x 1 sendok makan
Anak : 3 x 1-2 sendok teh
Disertai dengan minum segelas air putih.
Cara Penyimpanan :
Dalam wadah tertutup baik, ditempat sejuk dan terlindung dari cahaya.

Pendapat saya tentang vitamin SAKATONIK LIVER ini ialah, ianya sangat sesuai juga untuk digunakan oleh mereka-mereka yang sering atau gemar mengamuk jika berdepan dengan sesuatu perkara yang belum pasti, contohnya yang suka berdemonstrasi diatas jalan-jalanraya, yang suka main api seperti membakar bendera, membakar patung-patung dan sebagainya dan juga bagi mereka-mereka yang suka memijak gambar-gambar orang yang dibenci.

Perbuatan seperti itu semuanya memerlukan tenaga yang berlebihan atau agak kuat kerana bukan saja tangan atau kaki yang bergerak pantas tetapi suara, mulut, lidah dan semua anggota tubuh badan juga akan aktif semuanya. Misalnya, jika mereka ingkar atau tidak mahu menerima arahan supaya bersurai, maka pihak berkuasa seperti polis, FRU dan sebagai sudah tentu akan menahan, menyembur mereka dengan pancutan air dan gas pemedih mata jadi untuk mengelak dari semua itu sudah tentu ada yang akan menggunakan segala kudrat yang ada untuk melarikan diri dan semua itu pasti memerlukan tenaga yang kuat.

Oleh itu, kepada semua pakar-pakar dalam hal ehwal demonstrasi dijalan-jalanraya dimana saja berada, belilah satu botol SAKATONIK LIVER buatan Indonesia sebagai simpanan. Rugi kalau tak beli. Mana tak ruginya seandainya suatu hari nanti apabila ada lagi demonstrasi jalanan diadakan, mana tahu ianya memerlukan perarakan haram sejauh 50 km atau juga sehingga 100 km, maka sudah tentu memerlukan tenaga yang lagi kuat.

Ok, sebelum minum vitamin SAKATONIK LIVER ini, elok anda lihat dulu video klip dibawah yang dibawa khas oleh pembekal SAKATONIK LIVER untuk mereka yang berhajat nak huru-harakan keamanan serta keharmonian diantara dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia.

Video klip ini baru saja saya muat turun dari YouTube. Video ini sangat bagus kerana ianya merakamkan sebahagian daripada pertemuan serta juga perbincangan dari hati ke hati diantara pihak-pihak tertentu di Indonesia yang mahu penjelasan umum tentang isu semasa yang sering timbul diantara Malaysia dan Indonesia.

Kepada pihak-pihak tertentu di Indonesia khasnya yang yang selalu menuduh Malaysia dengan berbagai-bagai fitnah, luangkanlah sedikit masa untuk menonton perbincangan mengenainya didalam video ini. Semoga selepas melihat sendiri serta mendengar tentang apa yang diperjelaskan dapat mengubah sedikit walaupun tidak kesemuanya persepsi atau tanggapan yang keterlaluan berkenaan dengan Malaysia.

Selamat menonton!!!

Isnin, September 21, 2009

Balibo Five dan Tarian Pendet : Apa pendirian sesetengah rakyat Indonesia ?

Peristiwa yang telah berlaku 34 tahun yang lalu kini menjelma semula dan yang pastinya akan menghantui hubungan dua hala antara Australia dengan Indonesia.

"Balibo Five" adalah satu istilah yang digunakan oleh pihak Australia bagi merujuk kepada kejadian pembunuhan lima orang wartawan di Balibo, Timor Timur atau sekarang telah di kenali dengan nama Timor Leste.

Kelima-lima wartawan dengan tugas masing-masing itu ialah Greg Shackleton(wartawan), Brian Raymonds Peters(juru kamera warga British), Briton Malcolm Rennie(wartawan), Gary James Cunningham(juruteknik TV Channel 9 Sydney warga New Zealand dan Anthony John Stewart(juru kamera TV Channel 7 Melbourne Australia.

Baru-baru ini kerajaan Australia telah menyuarakan hasrat mereka untuk membuka semula siasatan kes itu yang telah berlaku pada tahun 1975. Pasukan Tentera Nasional Indonesia(TNI) yang diketuai oleh Kapten Yunus Yosfiah(sekarang beliau adalah anggota Dewan Perwakilan Rakyat) pada masa kejadian itu telah didakwa oleh pihak Australia dengan sengaja mengarahkan bala tenteranya supaya menembak mati kelima-lima wartawan itu.

Namun ada juga pihak lain di Timor Leste yang mendakwa bahawa sebelum ditembak, kelima-lima wartawan tersebut sebelumnya telah berjaya ditangkap hidup-hidup dan selepas itu disiksa dengan teruk sekali sebelum mereka ditembak mati. Tetapi semua tuduhan itu disangkal atau dinafikan oleh pihak Indonesia.

Kejadian itu difahamkan berpunca dari tindakan yang telah dilakukan oleh pihak Tentera Nasional Indonesia(TNI) yang telah menceroboh masuk ke Timor Timur pada tahun 1975 bagi membolehkan Indonesia menakluki Timor Timur yang bakal dibebaskan dari kuasa penjajah Portugal supaya dapat dijadikan sebagai satu lagi wilayah yang akan dikuasai oleh Indonesia iaitu wilayah yang ke 27.

Semua tahu, walaupun Indonesia telah berjaya didalam usahanya menawan Timor Timur sepenuhnya secara sah pada 17 Julai 1976, tetapi ianya tidak bertahan lama apabila rakyat Timor Timur bangkit menuntut kemerdekaan daripada Indonesia dan mahu Timor Timur bebas sebagai sebuah negara yang berdaulat dan ditadbir oleh rakyat mereka sendiri.

Timor Timur telah berjaya keluar dari cengkaman Indonesia pada 19 Oktober 1999 iaitu setelah lebih 23 tahun menderita dibawah pemerintahan Indonesia yang sangat merugikan wilayah itu. Timor Timur mendapat kemerdekaan rasminya dengan nama baru negara itu sebagai Timor Leste pada 20 Mei 2002 iaitu setelah melalui berbagai-bagai proses rundingan dengan pihak Indonesia, PBB, Asean dan lain-lain pertubuhan sedunia.

Berbalik semula kepada tajuk artikel ini, maka kita mahu melihat sejauh mana benarnya tuduhan oleh pihak Australia terhadap Indonesia dan juga setakat mana penafian yang telah dibuat oleh pihak Indonesia itu mempunyai asas.

Maka begitulah jadinya apabila suka sangat menuding jari dan sering menyalahkan pihak lain, apabila diri sendiri telah dituduh terlibat dengan sesuatu kejadian seperti itu mengapa pula bertegas untuk menafikannya dengan berbagai-bagai alasan yang diberikan tanpa mengemukakan sebarang bukti yang kukuh terlebih dulu untuk menangkis tuduhan yang dihadapi.

Perlu juga mereka sedar, walaupun kes itu dikatakan sebagai telah ditutup tetapi jika ada pihak yang lain lagi berhajat untuk mengkaji kes itu samada ianya boleh dibicarakan semula atau tidak adalah tidak menjadi satu kesalahan kerana memang sudah menjadi tanggungjawab mereka yang pernah terlibat untuk mencari keadilan.

Lantaran itu saya berpendapat, jika dengan Malaysia ada sesetengah rakyat di Indonesia sanggup mengamalkan sikap "berpatah arang berkerat rotan"[bersikap tidak mahu memaafkan] hanya disebabkan isu yang remeh-temeh ataupun isu-isu murahan tetapi kenapa apabila ada pergeseran dengan negara-negara lain berhubung dengan sesuatu isu yang lebih besar seperti dengan isu Balibo Five itu mereka seolah-olah bersikap "ditelan mati emak, diluah mati bapa." ? [bersikap serbasalah]. ...kenapa ?

Ahad, September 20, 2009

Kenapa hanya Malaysia - kenapa tidak negara lain ?

Dalam waktu negara kita Malaysia terus menerima berbagai tuduhan, berbagai kecaman dan berbagai-bagai lagi bentuk penghinaan daripada segelintir rakyat Indonesia yang tindakan mereka saya lihat lebih terarah atau cenderung kepada tindakan pengganas, telah timbul bermacam-macam tandatanya pada diri saya tentang kewajarannya sikap rakyat Indonesia ini terhadap negara kita.

Mereka terus menuduh negara kita sebagai pencuri/maling, perompak/perampok, rasuah/korup dan sebagainya. Walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh pihak Malaysia untuk menjelaskan kepada sesetengah rakyat Indonesia berkenaan dengan kedudukan sebenar sesuatu perkara yang berbangkit tetapi malangnya mereka terus menutup hati, mata dan pikiran seolah-olah mereka ingin menggambarkan kepada dunia bahawa bangsa Indonesia adalah betul segalanya dan sentiasa benar.

Yang menjadi tandatanya kepada diri saya sekarang ini ialah, jika benar dan betul bagi segelintir rakyat Indonesia bahawa rakyat Malaysia ini memang sepertimana yang telah mereka dakwakan tetapi kenapa pula negara ini terus menjadi pilihan utama rakyat Indonesia sebagai tempat untuk mencari kerja serta mencari rezeki.

Kenapa majoriti rakyat Indonesia tidak pergi saja ke Thailand, Myanmar, Philipine/Filipina, Vietnam, Kemboja, China, India, Singapura, Brunei Darusallam, Taiwan, Pakistan, Banghladesh, Sri Lanka, Afrika dan lain-lain lagi untuk mendapatkan pekerjaan tetapi kenapa mereka terus memilih negara Malaysia ? Apa istimewanya Malaysia ?

Perlu diingatkan juga rakyat Indonesia terutamanya mereka yang telah menghina Malaysia ini, bukan saja setakat rakyat Indonesia saja yang mencari kerja di negara ini malah rakyat dari banyak negara juga seperti Nepal, Banghladesh, Myanmar, Vietnam, Kemboja, Filipina, Thailand, China, India dan lain-lain lagi. Persoalannya, kenapakah mereka ini tidak mahu pergi mencari kerja di Indonesia ? Kenapa Malaysia juga yang mereka pilih ? Apa kelebihannya Malaysia jika dibandingkan Indonesia ?

Saya juga terpikir tentang pekerja Indonesia yang masuk secara haram ke Malaysia ini untuk bekerja didalam berbagai bidang. Jumlah kumpulan ini kurang separuh daripada jumlah pekerja(TKI) Indonesia yang mempunyai segala dokumen perjalanan kerja yang sah, maknanya jika yang sah berjumlah 1 juta maka yang haram ertinya 500,000 orang. Kehadiran ramai warga Indonesia yang tanpa memiliki sebarang dokumen ke Malaysia untuk mencari rezeki sejak dari dahulu lagi sehingga sekarang adalah sesuatu perkara yang biasa.

Sekarang, perkara ini tidak boleh dianggap sebagai perkara biasa lagi tetapi adalah sesuatu perkara yang luar biasa sekali apabila Malaysia telah dicop oleh sesetengah rakyat Indonesia dengan berbagai gelaran yang mengaibkan tetapi pada masa yang sama juga beratus-ratus rakyat mereka masih lagi memerah keringat mencari rezeki di negara ini demi untuk menyambung hayat mereka sendiri serta untuk dikirimkan keluarga mereka yang ada di Indonesia.

Kita juga dapat lihat ketika operasi yang dibuat oleh pihak berkuasa Malaysia yang menghantar balik para pekerja Indonesia yang tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah, ada diantaranya bertindak berani dengan terjun dari atas kapal dan berenang balik ke daratan di Malaysia kerana tidak mahu dihantar balik ke Indonesia.

Saya selalu bertanya kepada rakan-rakan saya dari kalangan mereka pekerja-pekerja Indonesia tentang banyak perkara. Persoalan yang sering saya tanyakan kepada mereka ialah, benarkah di Indonesia sangat susah untuk mendapatkan sebarang pekerjaan. Jawapan mereka semuanya sama saja, iaitu memang benar. Tambah mereka lagi, walau setinggi manapun sekolah mereka tetapi jika tiada duit untuk me"rasuah"kan para pegawai yang menemuduga(interview) jangan haraplah mereka akan diterima bekerja.

Saya pernah kenal dengan satu orang pekerja Indonesia yang berasal dari daerah Jawa, beliau merupakan seorang lepasan universiti(Universitas) di Indonesia. Beliau di negara ini bekerja hanya sebagai buruh biasa yang makan gaji hanya sekitar RM8 sehari tidak termasuk upah kerja lebih masa yang beliau ambil. Rakyat Indonesia ini kerja agak lama juga di Malaysia iaitu lebih sepuluh tahun. Dalam jangka masa yang begitu lama, setelah beliau berjaya mengumpulkan wang yang cukup iaitu wang lebih dari yang dikirimkan kepada keluarganya dan selepas itu beliau pulang ke Indonesia dan sekarang beliau telah mendapat pekerjaan sebagai pengurus atau "manager" di sebuah syarikat besar disana.

Semasa beliau menceritakan kepada saya tentang perkara itu dan selepas beliau balik semula ke Indonesia dan telah mendapat kerja yang lebih baik sesuai dengan kelulusan yang ada pada beliau, maka saya percaya akan kata-kata beliau dulu bahawa jika rakyat Indonesia hendak memohon pekerjaan yang bagus di negara sendiri haruslah membawa atau menyediakan wang yang banyak sebagai imbuhan kepada pegawai yang menemubual ketika sessi temuduga seandainya mahu diterima.

Oleh itu beliau juga memberitahu kepada saya, adalah menjadi kemestian kepada setiap warga Indonesia yang serba kekurangan untuk datang ke Malaysia mencari kerja terlebih dahulu bagi mengumpulkan sebeberapa banyak wang sebagai persediaan untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan yang ada pada diri mereka. Diploma, Ijazah atau apapun jua tidak akan menjamin bahawa permohonan kerja yang mereka pohon akan diterima melainkan jika ada wang diselitkan bersama sebagai syarat atau dalam erti kata lainnya untuk dirasuahkan.

Begitulah secebis cerita berkenaan dengan kisah rasuah/korup yang sering dikaitkan oleh segelintir rakyat Indonesia kepada negara serta rakyat Malaysia. Rakyat Indonesia sepatutnya lebih dulu tahu bahawa gejala rasuah juga hidup bebas di negara Indonesia bukan hanya di negara lain. Mereka juga perlu ingat bahawa gejala rasuah memang berlaku dimana-mana sahaja di semua negara.

Kepada mana-mana rakyat Indonesia yang masih merasakan diri mereka tetap betul dan tuduhan mereka terhadap Malaysia semuanya adalah benar jadi saya berharap, jika benar mereka ini bertanggungjawab terhadap maju mundurnya masa hadapan rakyat Indonesia keseluruhannya maka buatlah sesuatu yang berfaedah untuk negara anda, bantu negara anda mewujudkan apa-apa juga pekerjaan disana untuk diberikan kepada rakyat Indonesia supaya mereka tidak akan datang ke Malaysia ini lagi mencari kerja.

Jangan hanya pandai buat tuduhan yang liar dan yang keterlaluan terhadap Malaysia. Sedarlah sedikit, bahawa tidak ada gunanya bertindak seperti budak-budak atau kanak-kanak yang kurang akalnya, apabila marahkan sesuatu perkara maka mulalah mengamuk, membakar, merusuh dan merajuk. Bertindaklah secara matang dan bijaksana dan bukannya bertindak ikut perasaan. Bodohlah namanya jika akal akan dikuasai oleh perasaan.

Sabtu, September 19, 2009

Gempa Bumi terus melanda wilayah Indonesia - MENGAPA ?

Dalam masa sebulan saja, Indonesia telah beberapa kali telah dilanda oleh GEMPA BUMI. Gempa Bumi pertama pada awal bulan September berlaku tidak lama selepas segelintir daripada rakyatnya yang telah membakar bendera kebangsaan Malaysia iaitu Jalur Gemilang kerana menyangka atau menuduh Malaysia sebagai "pencuri." Satu tuduhan yang sangat berat untuk diterima oleh Malaysia.

Selepas itu, wilayah Indonesia terus mengalami gegaran demi gegaran akibat daripada gempa bumi yang seperti mahu sebahagian daripada rakyat Indonesia supaya belajar untuk mengakui kesilapan mereka namun apa yang berlaku, bukannya mereka mahu berubah menjadi baik malah terus menerus mencipta berbagai tuduhan liar terhadap Malaysia.

Sepatutnya rakyat Indonesia yang telah membuat angkara sebelumnya harus belajar dari kesilapan mereka dengan melihat semula akan tindakan mereka sebelum ini adakah ianya betul atau menepati apa yang telah dituntut oleh agama. Gempa Bumi pertama itu seharusnya sudah memadai untuk diambil oleh mereka sebagai satu kesedaran bahawa cara mereka yang suka menuduh, memfitnah, menghina, membakar bendera dan sebagainya adalah satu kesilapan yang paling besar dalam hubungan antara dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia.

Gempa bumi terbaru yang berlaku dekat pulau peranginan iaitu Bali awal pagi tadi sepatutnya akan menyedarkan sebahagian rakyat Indonesia supaya tidak keterlaluan dalam bertindak sehingga kadang kala hanya merugikan pihak mereka saja.

Saya secara peribadi melihat apa yang sedang dihadapi oleh Indonesia sekarang ini iaitu gempa bumi yang berturut-turut adalah satu pentunjuk daripada Tuhan kepada sebahagian rakyat Indonesia supaya mereka perlu sedar bahawa cara mereka itu adalah salah dan sementara ruang untuk mereka berubah masih ada maka eloklah untuk menggunakan saluran yang betul.

Yang keduanya saya rasa bencana seperti gempa bumi itu sering berlaku dalam wilayah Indonesia adalah disebabkan perbuatan mereka membakar bendera Malaysia baru-baru ini. Mungkin mereka sangat berbangga apabila telah berjaya membakar bendera Malaysia namun mereka tidak sedar bahawa setiap sesuatu benda itu punya semangat tertentu.

Contohnya Jalur Gemilang, apabila bendera telah dibakar dengan rakusnya oleh sesetengah rakyat Indonesia, sudah tentulah semangat yang ada pada bendera tersebut akan terbang berkeliaran maka semangat itulah yang menjelma sebagai gempa bumi dan terus menyerang mana-mana wilayah di Indonesia.

Salam Aidilfitri daripada Anak Merdeka.

Ucapan Selamat Menyambut 1 Syawal 1430 Hijriah kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam serta Selamat Merayakan Hari Raya Aidilfitri dengan harapan semoga hari raya yang disambut pada tahun akan membawa seribu erti kepada hubungan diantara sesama kita sebagai rakyat Malaysia, rakyat yang berbilang kaum, tradisi, kepercayaan, budaya dan agama.

Juga kepada semua rakan-rakan sekerja saya yang merayakan Aidilfitri, sanak-saudara saya yang beragama Islam termasuk adik saya serta suami, sepupu, bapa saudara serta mak saudara saya yang beragama Islam serta jiran-jiran yang turut merayakan Hari Yang Mulia ini, Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin.
Hati-hati ketika memandu dijalanraya, semoga selamat sampai ke kampung halaman masing-masing dan juga semoga akan selamat kembali dari berhari raya.
Tidak dilupa juga kepada rakan-rakan maya[bloggers] yang kebanyakkannya beragama Islam seperti Kumbang, AIDC, Panglima Perang Cyber, Cucu Tok Selampit, Yang Gambi, Revolusi Pedang Srikandi, Pisau Net, Anti-PKR-Sarawak, Sayang Sarawak, Kelebar Malam, Gerakkan Anti PKR/GAP, Penghuni Gua, SuratDalamBotol, Ustaz Said, Datu Sulaiman, Afzainizam Ismail(firestartingautomobile), Rajah Mas(apai ngelai/mamak), Aditya di Mujahidin09(Indonesia), AmirHamzah64 dan lain-lain lagi..., kepada anda semua ingin saya sampaikan ucapan Salam Lebaran, Selamat Hari Raya Puasa, Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.

Arkib Blog