Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, Jun 18, 2014

Kerajaan harus bertindak tegas terhadap para penghasut di Sarawak!

Jika dibiarkan perbuatan oleh sesetengah pihak terutamanya NGO-NGO tertentu di negeri Sarawak yang jelas semakin berani menghasut rakyat negeri ini agar membenci Malaysia, tidak mustahil ianya akan lebih menyukarkan keadaan sekiranya tiada sebarang tindakbalas dilakukan oleh pihak yang berwajib.

Sebagai rakyat Sarawak yang sangat menghargai keputusan para pemimpin terdahulu yang memilih untuk bersama Semenanjung Malaysia dan Sabah bagi membentuk Persekutuan Malaysia, saya merayu supaya pihak kerajaan tidak memandang sepi perbuatan oleh segelintir pihak yang secara terang-terangan mahu mencabar perlembagaan Malaysia bagi memenuhi agenda tersirat mereka.

Ahad, Jun 08, 2014

SAMAN ganti Akta ISA ?

Apabila kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Mohd. Najib mengambil langkah drastik dengan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri serta Ordinand Darurat atas desakan pihak pembangkang walaupun ditentang oleh banyak pihak, maka ramailah yang beranggapan bahawa rakyat Malaysia sudahpun mendapat kebebasan mutlak untuk bersuara atau mengeluarkan apa saja pendapat serta persepsi mengenai negara ini dan juga kerajaannya.

Tetapi sebenarnya selepas Akta ISA dihapuskan, kita seolah-olah kurang menyedari betapa mahkamah selepas itu suasananya semakin meriah dengan kes saman menyaman antara pihak dengan pihak yang lain kerana kononnya nak pertahankan maruah, nama baik, reputasi dan sebagainya akibat fitnah atau kenyataan yang tidak tepat yang cuba memburuk-burukkan mereka yang terlibat akibat dari kebebasan yang semakin tidak terkawal berikutan tiada lagi undang-undang mampu untuk menyekat kebebasan yang melampau itu.

Inilah akibatnya apabila undang-undang yang berfaedah seperti Akta ISA turut dihapuskan atas alasan melanggar hak asasi manusia konon, tetapi bagaimana pula dengan mereka-mereka yang mengambil tindakan saman terhadap pihak lain yang bertujuan untuk menyekat pihak berkenaan agar berhenti mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai dirinya, tidakkah itu juga boleh dianggap sebagai menyekat kebebasan pihak lain ke atas kita dan telah melanggar prinsip demokrasi serta menafikan hak asasi manusia?

Arkib Blog