Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, Oktober 06, 2011

Liwat II: perbicaraan tertutup kerana ujian hidup mati pucuk sedang dilakukan!!!

Hanya Gambar Hiasan - dari blog Dimensi/Jeffry Damien
Tak ada kaitan dengan sesiapa, baik yang hidup ataupun yang 'mati pucuk'
Baru 20 minit perbicaraan kes liwat II yang membabitkan Anwar Ibrahim berlangsung, tetiba pasukan peguambela Ketua Pembangkang itu memohon kepada mahkamah agar perbicaraan dijalankan secara tertutup.

Maknanya orang ramai tidak akan berpeluang untuk mengikuti sessi perbicaraan kes liwat II berkenaan untuk tempoh yang tertentu sehinggalah perbicaraan tertutup itu berakhir dan ini juga adalah kali ke-2 tindakan serupa dibuat oleh pasukan peguambela Anwar apabila mereka mula terasa ada sesuatu yang tak kena dengan Anwar Ibrahim.

Bukan apa, perbicaraan hari ini terpaksa dibuat dalam keadaan yang tertutup kerana pihak pembelaan tidak mahu orang ramai melihat bagaimana mereka sedang melakukan ujian bagi menentukan keupayaan "pucuk" Anwar untuk bertindak balas terhadap sebarang sentuhan baik menggunakan hujung jari, hujung pen, hujung payung atau lain-lain benda yang difikir boleh meransangkan keghairahan.

Selain itu juga pihak pembelaan tidak mahu Anwar menanggung rasa malu sekiranya perbicaraan dilakukan secara terbuka dihadapan orang ramai kerana dalam waktu perbicaraan sedang berlangsung, Dr Thomas Hoogland tentunya dikehendaki untuk membuat pemeriksaan ke atas Anwar terutama pada "pucuk" beliau bagi memastikan samada benar atau tidak yang "pucuk" beliau masih berfungsi ataupun sudah mati.

Oleh itu bagi mengelak semua pihak mendapat rasa malu maka perbicaraan hari ini juga telahpun dibuat secara tertutup...

Apakah selepas ini semua penjara di Malaysia pula akan ditutup?

Untuk mendapat semakin banyak sokongan daripada kalangan rakyat adalah bukan sesuatu yang mustahil bagi kerajaan BN untuk melakukan sesuatu perkara baru yang meresahkan kebanyakan rakyat negara ini.

Hari ini kerajaan BN telah menunaikan janji-janji dengan membebas seramai 125 tahanan dibawah Akt Kediaman Terhad disamping itu turut membatalkan lebih 200 waran tangkap yang dikeluarkan terhadap suspek-suspek atas kesalahan yang tertentu.

Selepas ini mungkin ada lagi perkara-perkara lain yang akan dituruti oleh pihak kerajaan BN agar selari dengan kehendak pihak Pakatan Haram Pembangkang. Apakah semua penjara-penjara atau apa-apa jua perkara yang berkaitan untuk mengawal keamanan, keselamatan atau keharmonian negara juga turut akan dimansuhkan?

Arkib Blog