Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, April 02, 2011

N.50 Dalat, BN berisiko tinggi untuk kalah kepada Pembangkang !

Untuk meningkatkan keupayaan gerak kerja jentera pilihanraya Barisan Nasional bagi menghadapi Pilhanraya Negeri akan datang, BN Sarawak saya rasa tidak perlulah terlalu bergantung sangat kepada senarai kawasan DUN sebagaimana yang telah diisytiharkan sebagai kawasan panas oleh Suruhanjaya Pilihan Raya kerana pemerhatian yang dilakukan oleh pihak SPR dalam analisa yang mereka buat berkenaan sesuatu kawasan DUN itu memang berbeza dari yang dirasai oleh pihak BN Sarawak itu sendiri dan pemimpin dalam parti komponen BN Negerilah yang sepatutnya lebih merasa denyutan nadi rakyat dan tahu samada kawasan yang disandang mereka itu ketika ini masih selamat ataupun sebaliknya.

Saya ingin mengambil satu contoh iaitu di DUN N.50 Dalat iaitu kawasan dimana saya mengundi. SPR tidak ada menyenaraikan DUN Dalat ini sebagai salah satu kawasan yang dianggap sebagai panas tetapi tumpuan mereka lebih kepada DUN N.51 di Balingian kerana disitu Ketua Menteri Pehin Sri Taib akan bertanding dan jangkaan mereka sudah tentulah kawasan itu akan menyaksikan BN akan mendapat tentangan sengit darpada pihak Pembangkang namun saya tidak berpandangan sedemikian kerana pengaruh yang sangat kuat Pehin Sri Taib yang mana keluarga beliau memang berasal dari Mukah selain pembangunan yang dibawa beliau begitu cepat dan pantas berlaku dikawasan Balingian/Mukah/Dalat sejak beliau berpindah kerusi dari DUN N.14 Asajaya ke N.51 Balingian pada pilihanraya negeri tahun 2001.

Saya juga rasa lebih daripada 95% pengundi DUN Balingian masih menaruh keyakinan yang amat tinggi terhadap kemampuan YAB Pehin Sri Taib untuk terus menjadi wakil mereka pada penggal yang ke-10 ini nanti dan adalah sangat janggal bagi penduduk atau para pengundi di N.51 Balingian sendiri untuk menolak kepimpinan Pehin Sri Taib setelah terbukti beliau dalam masa yang tidak lama berjaya membawa berbagai projek untuk rakyat dikawasan DUN Balingian khususnya dan didalam Bahagian Mukah amnya. Oleh itu mana mungkin rakyat di Mukah sanggup untuk melupakan segala jasa bakti Pehin Sri dikawasan mereka dengan berpaling tadah memilih calon daripada Pembangkang semata-mata untuk menyelesai isu yang remeh temeh.
Berbalik kepada risiko berat yang mungkin terpaksa akan ditempuhi oleh seluruh jentera BN Sarawak terutamanya di DUN Dalat nanti ialah mengenai ura-ura akan pembabitan seorang bekas Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak yang juga bekas Timbalan Pengurus Besar Pembangunan Bandar Bintulu(BDA) iaitu saudara Sylvester Ajah bin Subah dalam pilihanraya negeri kali ini.

Sylvester Ajah, berketurunan Melanau beragama Katholik yang dijangka akan mencabar penyandang kerusi DUN Dalat sedia ada iaitu YB Datin Hajjah Fatimah Abdullah kemungkinan besar akan bertanding atas tiket Bebas dan sudah memberi petunjuk jelas kepada saya betapa seluruh jentera BN dikawasan DUN Dalat mulai sekarang perlu segera bertindak untuk mempersiapkan segala bentuk kempen untuk menerangkan tentang berbagai isu berbangkit kepada rakyat serta segera mempertingkatkan keupayaan jentera kempen bagi menangkis segala isu rakyat yang akan ditimbulkan oleh pihak Pembangkang kelak.

Jika hasrat Syvester Ajah untuk menentang Datin Hajjah Fatimah nanti tetap diteruskan juga, ini bermakna BN sudah mempunyai lebih banyak kawasan DUN yang perlu untuk diberi perhatian lebih serta serius dan BN tidak boleh lagi leka dengan kemenangan tanpa bertanding yang telah diperolehi oleh Datin Hajjah Fatimah pada pilihanraya penggal yang ke-9 lalu kerana pencabar PBB/BN Dalat pada kali ini merupakan bekas orang kuat Pehin Sri Taib sendiri satu waktu dulu dikawasan DUN Dalat khususnya selain beliau juga pernah aktif dalam parti PBB serta masih berpengaruh disesetengah kawasan kampung dalam Daerah Oya Dalat.

Secara rigkasnya saya boleh melihat beberapa kawasan peti undi yang akan memberi sokongan kuat kepada Syvester Ajah pada hari pembuangan undi kelak ialah seperti dikampung kelahiran beliau sendiri iaitu Kampung Medong juga Kampung Klid, Kampung Kekan, Kampung Baru Melanau, Kampung Baru Cina, Kampung Tegup, Kampung Tengah Dalat, Kampung Tanam, Kampung Sungai Kut Muara, Kampung Penat Oya kerana faktor yang kuat iaitu Syvester Ajah mempunyai pertalian kekeluargaan dengan hampir penduduk-penduduk dikampung tersebut selain itu hampir kesemua kaum Melanau di setiap kampung berkenaan menganuti agama yang sama dengan Syvester Ajah iaitu Kristian.

Isu yang memungkinkan sokongan padu rakyat berpihak kepada Syvester Ajah kelak jika beliau berjaya meyakin rakyat mengenai asas perjuangannya kepada lebih separuh daripada para pengundi di DUN Dalat ialah isu yang paling dekat iaitu tanah serta isu NCR. Isu tanah ini yang telah gagal untuk diperjelaskan secara baik oleh YB Datin Hajjah Fatimah kepada komuniti dalam kawasannya ternyata akan diambil oleh pihak Pembangkang dengan memutarbelitkan semua fakta dari perkara yang sebenar.

Luka lama yang masih berbekas dalam hati rakyat di DUN Dalat mengenai isu tanah iaitu semasa Datuk Seri Mohd Effendi Norwawi menjadi wakil rakyat dikawasan tersebut juga boleh dilhat akan merumitkan keadaan dan tambahan pula apabila isu itu kini telah menjadi satu beban yang terpaksa dipikul oleh YB Datin Hajjah Fatimah untuk menerangkannya kepada penduduk yang terlibat tetapi lebih malang lagi apabila terdapat penduduk tidak memahami jauh sekali cuba untuk menerima pejelasan yang diberikan dengan pikiran yang terbuka malahan lagi ramai pulak yang mengkritik cara Datin Hajjah Fatimah dalam usahanya untuk menangani isu berkenaan.

Semasa DUN Dalat dibawah pimpinan Datuk Seri Mohd Effendi, banyak tanah yang sudah diterokai oleh penduduk-penduduk kampung yang berdekatan telah diberi hak oleh DS Effendi kepada banyak syarikat dari luar untuk mengusahakan yang membawa bersama mereka begitu ramai pekerja-pekerja asing untuk bekerja di situ dan ini telah mula menimbulkan rasa tidak senang hati dikalangan penduduk-penduduk kampung dimana banyak tanah yang sudah mereka buka dengan tanaman rumbia yang hanya menunggu surat geran daripada pihak Jabatan Tanah dan Ukur Sarawak terpaksa membiarkan ladang yang telah diusaha mereka sebelumnya dimusnahkan oleh syarikat-syarikat perladangan yang telah diberi lesen oleh DS Effendi Norwawi.

Rakyat di DUN Dalat yang tidak memahami apa yang sebenar telah berlaku hanya melihat kerakusan yang dilakukan oleh syarikat-syarikat berkenaan keatas tanah yang mereka terokai sejak sekian lama sebagai satu arahan terus daripada kerajaan Barisan Nasional dan stigma ini terus melekat dalam pemikiran ramai daripada yang terlibat dengan isu tersebut dan jelas sekali sehingga kini masih ramai diantara penduduk yang terlibat sudah kecewa dan terluka akibat kerja-kerja yang dilakukan oleh syarikat-syarikat lantikan DS Mohd Effendi seperti menyimpan perasaan dendam terhadap kerajaan Barisan Nasional Sarawak pimpinan Pehin Sri Taib Mahmud.

Apabila sudah berlaku perkara yang sedemikian, barulah kita sedar dan nampak dengan nyata bahawa pemimpin atau wakil rakyat di Sarawak ini walaupun mereka memang terbukti cermerlang dengan prestasi sebagai wakil rakyat di kawasan masing-masing dalam membawa pelbagai pembangunan untuk rakyat tetapi dalam soal untuk menerangkan segala isu berbangkit mengenai tanah iaitu satu perkara yang amat penting bagi penduduk Sarawak maka terserlahlah ramai diantara wakil-wakil rakyat BN Sarawak sendiri jarang turun padang untuk menjelaskan kepada rakyat tentang bagaimana, kenapa, macam mana atau sebab apa pihak kerajaan harus mengambil tanah yang sudah diusahakan oleh rakyat dan menyerahkannya pula kepada syarikat pemaju yang dilantik.

Adalah sangat diharap agar Barisan Nasional kalau boleh jangan mengambil sikap mudah terhadap kesemua 71 kawasan DUN yang ditandingi kerana setiap daripada memang tidak terkecuali daripada isu yang membabit soal Tanah Hak Adat Bumiputera atau NCR dan janganlah hanya bertumpu dikawasan-kawasan yang telah dikatakan oleh pihak SPR sebelum ini sebagai panas kerana pada hemat saya pihak SPR bukan bermaksud yang 9 kawasan yang dianggap mereka sebagai 'panas' juga tidak selamat bagi Barisan Nasional tetapi SPR melihat daripada segi keselamatannya yang mana mungkin 9 kawasan DUN itu berpotensi untuk timbul suasana yang tidak terkawal oleh pihak keselamatan semasa hari penamaan calon 6 April ini dan juga pada hari pengundian 16 April depan.

5 ulasan:

Pemikir berkata...

Kekalahan yang sama akan berlaku di N36

hilbert berkata...

harap BN Sarawak melihat bahawa semua 71 kerusi DUN sebagai sama pentingnya dan bukan hanya fokus kepada kawasan-kawasan yang tertentu sahaja.

Wanredone berkata...

FAKTA: Sylvester Ajah Subah, BUKAN pol sec CM dan juga BUKAN Timbalan Pengurus Besar BDA, tapi Pengurus Besar BDA!

hilbert berkata...

Wanredone,

setiausaha politik km sarawak ramai, sehingga kinipun begitu juga..untuk setiap bahagian Pehin Sri tetap ada melantik seorang setiausaha politik bagi membantu beliau berhubung dengan masyarakat setempat.. Syvester Ajah menjadi s/usaha politik km semasa Wan Madzihi menjadi wakil rakyat dun dalat

Anakkampung berkata...

BN akan kalah. akan kalah, AKAN KALAH di Dalat jika isu tanah NCR dan isu tanah pertanian di Dun ini tidak diselesaikan segera. Melanau juga BUMIPUTERA yang BERHAK mendapatkan tanah. Semua diambil atau diBERI kepada PELITA. Kubur dan tanah temudak kaum melanau yang dituntut oleh penduduk di dun ini semua nak diambil oleh PELITA. Jangan cabar undi Melanau kali ini.....

Arkib Blog