Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, April 29, 2012

BR1M dia tuduh rasuah, tapi beri rasuah kepada pemberontak Bershit 3.0 halal pulak!

Kalau sebelum ini Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah melarang atau menegah rakyat Kelantan termasuk seluruh ahli-ahli PAS dari menerima wang Bantuan Rakyat 1Malaysia sumbangan oleh kerajaan pusat kerana menyifatkan wang berkenaan berunsur rasuah.

Tetapi apabila giliran beliau memberi wang saku kepada mereka-mereka yang bakal menyertai Perhimpunan Haram Bershit 3.0 di Ibu Negara semalam, maka ianya diperbolehkan pula malah beliau mendakwa bukan menjadi satu kesalahan bagi yang memberi serta bagi mereka yang menerima wang pemberian beliau itu walaupun pada hakikatnya perhimpunan itu merupakan satu perhimpunan haram yang akhirnya menyaksikan kekacauan serta keganasan telah berlaku mengakibatkan banyak kerosakan kepada harta benda awam.

Cubaan rampasan kuasa kali ke-3 gagal, Ambiga diburu, Anwar bersembunyi !

Percubaan kali yang ketiga Pakatan Haram untuk merampas kuasa kerajaan daripada Barisan Nasional sekali lagi gagal.

Walaupun persiapan untuk tujuan rampasan kuasa kali yang ketiga ini telah diatur dengan rapi iaitu selepas percubaan kali kedua dulu menerusi perhimpunan haram Bersih 2.0 gagal tetapi nampaknya kali ini percubaan mereka juga ternyata gagal.

Jika dulu iaitu selepas berakhirnya Bersih 2.0, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR Sham Kemetot secara terang-terangan bahawa perjuangan mereka dalam Pakatan Haram untuk berkuasa tidak pernah padam.

Dan untuk memastikan suapay hajat mereka untuk berkuasa sebagai kerajaan di negara ini maka mereka akan sanggup berbuat apa saja. Sham Kemetot pernah menyatakan, jika tidak dapat menguasai kerajaan melalui pilihanraya maka mereka akan paksa menerusi perarakan haram atas jalanraya.

Memang benarlah semalam pihak Pakatan Haram 3 parti DAP, PKR dan PAS sengaja mempergunakan rakyat bawahan yang dipimpin oleh Ambiga untuk digunakan sebagai perisai dalam usaha merampas kuasa daripada kerajaan Barisan Nasional.

Sudah 22 tahun sebagai MB Kelantan, masih lagi tuduh SPR menipu !

Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah Menteri Besar Haram bagi negeri Kelantan Darul Naim. Kemenangan beliau serta wakil-wakil rakyat parti PAS di Kelantan sehingga membolehkan beliau terus berkuasa selama 22 tahun lamanya sehingga ke hari ini adalah atas dasar penipuan semata-mata.

Status kedudukan Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar Kelantan adalah tidak sah di sisi undang-undang Malaysia kerana undi yang beliau perolehi pada setiap kali berlangsung pilihanraya semuanya tipu belaka.

Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu kemukakan bukti di mana tempat undi yang beliau dapat daripada rakyat Kelantan adalah bersih, telus dan adil iaitu undi sah. Tunjukkan bukti kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa kemenangan beliau selama ini di kawasan DUN yang beliau wakili benar-benar berlandaskan undi yang bersih.

Arkib Blog