Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, Oktober 11, 2010

MCA ke-57: Jangan anggap Lim Kit Siang sebagai DAP ! ...hehe

Semalam hari Ahad 10-10-10 banyak peristiwa yang telah berlaku didalam negara kita ada peristiwa yang suka dan tidak kurang juga ada yang duka, ada yang pahit ada yang manis dan tidak terkecuali juga berlakunya peristiwa yang telah memahat satu lagi catatan yang bersejarah dalam negara kita dengan berlangsungnya upacara gilang gemilang 'persandingan kayangan' Angkasawan Negara Datuk Dr Sheikh Muzzaphar Shukor dengan pasangan beliau.

Diantara peristiwa lain yang berlaku semalam ialah Mesyuarat Agung Tahunan Parti MCA Ke-57 yang telah dirasmikan oleh Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak atas kapasiti beliau sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN).

Semasa merasmikan mesyuarat tahunan MCA itu maka banyaklah kata nasihat dan pandangan yang telah diberi dan dilontar oleh YAB DS Najib kepada semua perwakilan MCA yang hadir dan juga peringatan didalam ucapan beliau itu bolehlah dianggap sebagai ditujukan juga kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang ideologi politik, kaum dan fahaman agama serta asal-usul mereka.

Tetapi apa yang membuat saya agak bingung ialah berkenaan dengan satu nasihat berupa permintaan khusus oleh DS Najib yang saya rasa mungkin ditujukan kepada kaum Melayu serta Bumiputera lainnya meminta agar jangan menganggap kaum Cina sebagai pendatang di negara ini maka saya rasa pula yang seolah-olah kaum Melayu dan Bumiputera seperti dipersalahkan apabila timbul sesuatu perkara yang menyentuh sensitiviti kaum di negara ini walhal kita tahu pihak mana yang memulakannya serta gemar sangat memainkan isu-isu yang berkaitan dengan kepentingan masyarakat majmuk di Malaysia.

Bagi saya, jika tiada pihak lain selain daripada kaum Melayu serta Bumiputera yang suka mempertingkai akan hak-hak sesuatu kaum yang nyata telah kemas termaktub didalam perlembagaan negara tidak mungkin pihak ini iaitu kaum yang sering dipersoalkan hak keistimewaan mereka sebagai penduduk asal di negara ini akan bangun bersuara.

Saya percaya jika bukan kerana sikap para pemimpin puak-puak imigran ini sendiri yang seringkali suka memulakan pertelagahan lalu membangkitkan bermacam-macam perkara sehingga ada yang kelihatan sangat berani membelakangkan fakta sejarah negara didalam membuat sesuatu tuntutan melampau terhadap kerajaan maka sudah tentulah kaum Melayu dan Bumiputera tidak akan bertindakbalas.

Jadi, untuk meminta rakyat terutamanya kaum Melayu dan Bumiputera supaya tidak menganggap kaum Imigran ini sebagai bukan pendatang maka samalah seperti satu seruan agar kita tidak menghargai sejarah atau melupakan asal-usul negara kita dan ianya sangat bertentangan dengan kehendak para pejuang negara yang terdahulu agar kita tanpa mengira asal usul harus sentiasa ingat akan sejarah sebenar negara walaupun dimana kita berada.

Namun semasa berucap merasmikan mesyuarat MCA itu, DS Najib juga ada mengingatkan para perwakilan MCA yang hadir dan juga sudah tentu masyarakat Cina di Malaysia secara keseluruhannya yang maksudnya lebih kurang 'jangan terlalu suka membuat berbagai-bagai tuntutan terhadap kerajaan tetapi tidak menyokong kerajaan Barisan Nasional' yang membawa pengertian lebih jauh lagi jika mereka mahu yang lebih baik daripada kerajaan maka mereka harus memberi sokongan yang jitu dan padu kepada BN dan jangan semata-mata hanya membiarkan kaum Melayu dan Bumiputera saja yang menghulurkan tongkat kepada BN supaya dapat terus berdiri sebagai sebuah kerajaan.

Arkib Blog