Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, September 15, 2010

16 September: Ulang Tahun ke-2 PKR tipu DAP dan PAS...

Tarikh 16hb September setiap tahun bagi saya iaitu sejak saya dari bangku sekolah lagi tidak bermakna sangat dan tiada keistimewaannya jika dibandingkan dengan tarikh keramat iaitu 31hb Ogos setiap tahun.

Tarikh kemedekaan negara memang sentiasa di ingat hanya pada tarikh tersebut iaitu 31 Ogos setiap tahun dan bagi saya secara peribadi adapun tarikh yang baru sekarang iaitu 16hb September cuma sekadar usaha oleh pihak kerajaan untuk mengambil hati rakyat Sarawak dan Sabah bagi mengimbangi tekanan daripada pihak Pakatan Pembangkang yang mana merekalah sebenarnya mula-mula sekali mencetuskan tentang perlunya diadakan sambutan Hari Malaysia pada setiap 16 September bagi mengingati pembentukan negara Malaysia.

Dan Hari Malaysia mula diiktiraf sebagai hari cuti umum juga sebagai hari yang bersejarah sebaik saja keputusan Piliharan Umum tahun 2008 dilihat tidak lagi menyebelahi kerajaan Barisan Nasional kerana rakyat ketika itu sudah mulai bertukar selera dengan memberi sokongan kepada pihak Pakatan Pembangkang setelah terpukau dan terliur dengan segala jenis menu yang dihidangkan.

Bagi saya jika Hari Malaysia diraikan bagus juga dan jika tidak diadakan tidak mengapa juga kerana kita semua tidak tahu apakah dengan adanya dua perayaan yang punyai kaitan sejarah serupa yang diraikan pula dalam jangka waktu dengan jarak yang tidak sampai sebulan adakah ianya mampu mempertingkatkan semangat cintakan negara, sayangkan negara dikalangan rakyat Malaysia yang hampir separuh daripada mereka ketara semakin buta tentang sejarah negara sendiri.

Tetapi tarikh 16 September lebih senang dingati oleh rakyat Malaysia sebagai satu tarikh yang penuh dengan kisah atau siri pembohongan yang dibuat oleh Penasihat PKR yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh YB Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga adalah Ketua Pembangkang di Parlimen.

Kita semua rakyat Malaysia boleh lihat bagaimana bijak sekalipun kesemua pemimpin-pemimpin dalam DAP terutamanya YB Karpal Singh akhir dengan mudah ditipu dan diperdayakan oleh DSAI tentang rancangannya untuk merampas kuasa menuju ke Putra Jaya bagi membentuk sebuah kerajaan baru di negara ini.

Tepat pada tarikh 16hb September juga kesemua pemimpin didalam parti PAS telah ditipu hidup-hidup oleh DSAI dengan janji-janji beliau yang bersimpang-siur mengenai matlamat untuk membentuk kerajaan baru bersama DAP dan PAS.

Kes Sosilawati & 3 mangsa: Mengapa DAP,PKR,PAS,Gerakan,MCA,MIC,Hindraf dan Majlis Peguam berpeluk tubuh???

Mungkin ramai daripada rakyat Malaysia yang masih mengingati kes kemalangan jalanraya yang berlaku pada 8hb February 2010 jam lebih kurang pukul 12:30 pagi dan kejadian bertempat di lampu isyarat Unisel Sekyen 7 Shah Alam, Selangor.

Kejadian tersebut telah menyebabkan mangsa iaitu seorang penuntut di UiTM berketurunan Melayu, Mohd Bakri Mohd Bazli koma untuk beberapa minggu didalam wad kecemasan Hospital Tengku Ampuan Rahimah(HTAR) setelah dilanggar kereta yang dipandu oleh ADUN Sekinchan daripada DAP iaitu YB Ng Suee Lim yang juga didapati memandu dibawah pengaruh alkohol.

Kejadian tersebut langsung tidak mendapat sebarang perhatian daripada para pemimpin Pakatan Pembangkang baik DAP,PKR,PAS,Gerakan,MCA,MIC,Hindraf dan Majlis Peguam dan tiada sebarang cadangan diusul bagi menyiasat kes kemalangan itu kerana yang melanggar adalah pemimpin DAP dan yang dilanggar pula adalah remaja Melayu bukan Teoh Beng Hock juga bukan Kugan.

Selang sebulan selepas itu berlaku satu lagi kemalangan dimana kereta mewah Mercedes Benz milik Ahli Parlimen Batu YB Tian Chua (PKR) yang dipandu oleh pemandu peribadi beliau telah melanggar yang mengakibatkan kematian seorang Askar Melayu DiRaja Malaysia iaitu Mohd Salleh bin Hamdan di KM 49 Jalan Johor Bahru-Mersing berdekatan Hutan Lipur Panti di Kota Tinggi.

Kemalangan yang berlaku pada 13hb Mac 2010 jam 9:30 malam dilaporkan terjadi setelah kenderaan yang dinaiki oleh YB Tian telah memasuki lorong kanan untuk memotong kenderaan yang lain didepan sebelum bertembung dengan motosikal yang ditunggang oleh mangsa dari arah hadapan.

Kes kemalangan ini juga sebagaimana kejadian yang terdahulu menimpa adik Mohd Bakri langsung tidak mendapat tempat didalam perjuangan 'telus, adil, saksama, sama rata, berintergriti' Pakatan Pembangkang kerana yang melanggar adalah Ahli Parlimen PKR dan yang meninggal dilanggar adalah seorang Askar berbangsa Melayu bukannya Teoh Beng Hock dan tentu bukan juga Kugan.

Dan kini setelah 6 bulan berlalu, satu lagi kes berlaku dan kejadian ini adalah yang paling luarbiasa sekali dan apa-apapun kejadian ini memerlukan semua pihak untuk bersabar, bertenang dan menyerahkan tugas kepada pihak polis untuk menyelesaikan siasatan kes ini secara terpeinci dan telus.

Dan apa jua yang telah, sedang dan akan berlaku selepas ini kita semua sudah sedia maklum kini bahawa mereka yang telah terlibat didalam kejadian pembunuhan paling kejam ini mempunyai hubungan dengan kumpulan etnik yang diharamkan iaitu Hindraf serta sebuah parti yang kononnya demokratik DAP dan secara amnya suspek utama kes ini adalah penyokong kepada Pakatan Pembangkang.

Setakat ini, untuk kes yang paling tragis ini belum ada lagi sebarang suara daripada para pemimpin didalam Pakatan Pembangkang, Hindraf serta Majlis Peguam untuk mendesak atau menggesa kerajaan yang dipimpin oleh Barisan Nasional agar menubuh satu inkues awam atau Tribunal awam bagi menyiasat kes ini sehingga ke akar umbinya.

Jangkaan saya mengenai sikap kesemua para pemimpin dalam Pakatan Pembangkang kelak adalah tetap sama seperti yang diperlihat kepada dua kes kejadian yang terdahulu. Mereka hanya mengambil sikap berdiam diri kerana keempat-empat mangsa yang ditahan, dipukul, dibunuh, dibakar dan abu mayat dibuang kedalam sungai waktu kejadian tersebut bukannya Teoh Beng Hock dan bukannya Kugan.
Posted by Picasa

Arkib Blog