Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, Disember 26, 2011

Siswa lain timba ilmu tapi Adam Adli timba taik Anwar !

 Saya semakin naik heran, kebebasan akademik yang macam mana lagi yang hendak diperjuangkan oleh Adam Adli serta rakan-rakan mahasiswa beliau yang pro-Pakatan Haram. Tambah hairan lagi apabila perjuangan Adam Adli itu telah mendapat sokongan kuat daripada Anwar Ibrahim, A. Samad Said dan barisan pemimpin parti Pakatan Haram yang lain.
Nak dikatakan Adam Adli itu bodoh atau bangang memang susah juga sebab dia adalah seorang mahasiswa iaitu orang yang terpelajar dan boleh dikategorikan dalam golongan mereka yang cerdik pandai, berpendidikan tinggi serta berilmu.

Masalahnya di sini ialah apabila Adam Adli sanggup bertindak keterbelakang atau lebih kurang memang tidak bertamadun ekoran tindakan bodoh dan biadapnya menurun bendera gambar wajah Datuk Seri Najib yang dikibar di bangunan PWTC baru-baru ini nyata tidak mencerminkan beliau adalah seorang yang terdidik.

Zaman ini adalah zaman IT memang mudah sangat untuk kita menyuarakan atau mengenengahkan apa jua masalah kita kepada para pemimpin negara termasuk Perdana Menteri sendiri. Tidak payahlah untuk kita bersusah payah hendak turun berarak beramai-ramai, berhujan panas di atas jalanraya semata-semata untuk menyampaikan sekeping memo kepada pihak yang berkenaan.

Seperti YAB Datuk Seri Mohd Najib, beliau telah lama memiliki akaun facebook, twitter serta laman blog sendiri yang mudah untuk dilayari oleh sesiapa saja dan kita semua boleh melayari dan menjadi rakan dalam laman sosial milik beliau tanpa perlu membayar walau sesenpun. Tetapi yang peliknya, kenapa peluang sebegini tidak digunakan oleh Adam Adli selaku mahasiswa untuk meluahkan apa saja perkara yang terpendam dilubuk hati beliau terus kepada Perdana Menteri tanpa terlebih dulu perlu melalui pihak lain.

Itulah yang anehnya tentang Adam Adli ini, di saat mahasiswa yang lainnya sedang sibuk mengejar masa untuk menimba ilmu sebanyak mana yang mungkin tetapi beliau pula asyik sibuk dengan hal lain iaitu untuk menjayakan agenda yang telah diletak Anwar Ibrahim ke atas bahunya.

Dan yang menghairankan juga tentang tindakan biadap Adam Adli baru-baru ini ialah, dikala kerajaan Barisan Nasional di bawah Datuk Seri Najib sedang giat memperkenalkan dasar keterbukaannya dalam menguruskan pentadbiran negara, tetapi mengapakah Adam Adli seperti tidak mampu melihat akan hakikat itu apabila kumpulan mahasiswa yang dipimpinnya terus juga berarak di atas jalanraya sambil menjerit, memekik, melolong bagai orang gila dan terus melangkah sumbang dengan bermacam-macam sepanduk.

Fasal 153: hari pertama Krismas dirosakkan oleh pemimpin pelampau Kristian !

Kumpulan ekstrimis atau pelampau agama bukan hanya terdapat di dalam masyarakat Islam saja sepertimana yang selalu diwar-warkan oleh pihak Barat namun kumpulan mahupun pemimpin berhaluan kiri dalam agama lain juga sudah semakin banyak wujud umpamanya di dalam agama Kristian sendiri dewasa ini termasuklah di negara kita Malaysia.

Salah seorang pemimpin pelampau Kristian (mazhab entah apa?) yang baru dikesan adalah Rev. Father Dr. Eu Hong Eng, Paderi yang bertugas di Gereja National Evangelical Christian Fellowship (NECF) yang berpangkalan di Semenanjung Malaysia.

Hari pertama ataupun pada hari kedua, hari ketiga dan seterusnya pada Hari Krismas sepatutnya digunakan oleh pemimpin-pemimpin gereja untuk menyeru kepada seluruh umat Kristian ke arah perpaduan dan keharmonian dan bukannya memandu mereka ke arah perpecahan dari warganegara Malaysia yang lain sehingga memaksa masyarakat Kristian tersisih dan dibenci oleh masyarakat Islam di negara ini.

Apabila paderi ini membangkitkan Perkara 153 yang telah sekian lama termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan ketika menyampai Missa pada pagi pertama Krismas jadi apakah sebenarnya muslihat beliau? Apakah Dr Eu Hong Eng ini faham apa itu Fasal 153 Perlembagaan Malaysia? Adakah beliau tahu atau sengaja tidak tahu kenapa Perkata 153 itu diwujudkan bersama dengan perkara yang lain dalam Perlembagaan Negara?

Kepada Father Dr. Eu Hong Eng, tolonglah,,,...tolong jangan lagi cuba hendak menimbulkan sebarang suasana genting antara masyarakat Kristian dengan orang Islam di negara ini. Kalau anda ada matlamat lain, maka eloklah berhenti saja dari menjadi pemimpin gereja dan masuklah bidang politik dan disitu mungkin anda lebih layak untuk bercakap tentang banyak perkara yang bersangkut-paut dengan perlembagaan negara sebab gereja bukan tempat untuk membangkitkan apa-apa jua isu yang sering dibangkitkan oleh ahli politik.

Sebagai seorang paderi yang mempunyai pengalaman dalam bidang perubatan sepatutnya Father Dr. Eu Hong Eng lebih peka dengan banyak perkara atau amalan yang perlu dijauhi untuk mengelak sebarang penyakit dari menjangkiti kesihatan diri dan ianya juga boleh diterjemahkan melalui tindakan lain seperti beliau sekarang adalah salah seorang pemimpin kepada umat Kristian di kawasannya, jadi sebagai seorang paderi, beliau tentu sedar tugas beliau adalah untuk memimpin umat Kristian ke arah kebaikan dan bukannya ke arah keburukan.

Oleh itu apabila beliau menuduh Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan itu sebagai satu bentuk "buli" terhadap orang Kristian di negara ini, maka beliau amat salah dan silap mengenainya. Father Dr Eu Hong Eng harus tahu dan faham bahawa tanpa artikel 153 yang terkandung serta yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan itu, mana mungkin agama lain selain Islam boleh diamalkan dengan bebas sebebasnya di negara ini walaupun agama Islam telah diisytiharkan sebagai agama rasmi Persekutuan.

Orang Kristian, orang Buddha, orang Hindu, orang Sikh dan lain-lain kepercayaan...mereka sentiasa boleh bebas meraikan perayaan agama masing-masing di Malaysia tanpa sebarang sekatan daripada kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi oleh kepimpinan Islam. Selama ini orang Kristian di negara ini juga tidak perlu rasa risau atau takut jika hendak menjalankan sebarang aktiviti agama asalkan ianya tidak mengganggu penganut agama lain, jadi apa perlunya untuk mempertikaikan Perkara 153 itu?

Apa yang Father Dr Eu Hong Eng sangat perlu sedar tentang Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan itu ialah ianya berupa suatu jaminan kepada setiap agama untuk bebas diamalkan oleh semua penganutnya di negara ini dan bukan bererti bebas untuk menyebarkan fahaman agama masing-masing kepada penganut agama yang lain dan sekiranya beliau boleh mengerti tentang perkara berkenaan bermakna beliau juga boleh belajar bagaimana cara untuk menghormati hak-hak penganut agama lain dengan tidak menyokong sebarang usaha menarik penganut agama lain ke dalam agama yang tertentu.

Krisis Karpal & Ramasamy ke Jabatan Tenaga Rakyat P. Pinang

Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Professor P. Ramasamy yang sedang berdepan dengan desakan daripada Pegerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh agar meletakkan semua jawatan yang dipegangnya dalam pentadbiran kerajaan negeri secara serta-merta menyebabkan beliau telah membawa isu itu ke pengetahuan Jabatan Tenaga Rakyat negeri Pulau Pinang untuk tindakan lanjut.

P. Ramasamy yang nyata marah dan kecewa dengan sikap Karpal Singh yang sanggup membuli kaum sendiri gara-gara sering diperkudakan oleh keluarga Lim Kit Siang tidak mempunyai pilihan lain kecuali membawa perkara berbangkit antara beliau dengan Karpal Singh kepada pihak ketiga untuk diselesaikan maka jalan terbaik ialah memaklumkan kepada pihak yang lebih berwaijb Jabatan Tenaga Rakyat.

Eh??? kenapa pulak ke Jatabatn Tenaga Rakyat??? Ye lah, kan ke Karpal Singh sebagai Pengerusi DAP maknanya dia adalah majikan macam Tauke maka jika dia menghendaki pekerja bawahannya dipecat mahupun meletakkan jawatan maka harus dibayar 3 bulan gaji penuh termasuk elaun dan sebagainya kepada mereka yang terlibat supaya tindakan nampak betul-betul adil serta saksama dan begitu jugalah keadaannya dengan isu yang dihadapi oleh P. Ramasamy.

Karpal Singh perlu membayar segala kos yang dituntut oleh Ramasamy dalam jumlah sebagaimana yang akan ditentukan oleh pihak Jabatan Tenaga Rakyat. Berikutan tuntutan oleh P. Ramasamy itu sudah pasti Karpal Singh tidak boleh lagi untuk mengelak kerana sabagai pengamal undang-undang beliau sendiri semestinya memang arif tentang perkara yang berkaitan termasuklah undang-undang buruh dan sebagainya.

Andaikata gaji sebulan P. Ramasamy sebagai Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang sebanyak RM30,000.00 termasuk dengan elaun bulanan dan tidak termasuk kemudahan lainnya, maka untuk membayar gaji Ramasamy bagi tempoh tiga bulan, Karpal Singh kenalah bayar lebih RM90,000,00 kepada Timbalan Ketua Menteri II Pualau Pinang untuk sebelum boleh suruh dia angkat kaki ;-))

Arkib Blog