Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, Februari 12, 2010

Ugutan bunuh: Saiful ke Balai Polis, Anwar lari ke Kedutaan Turki

Inilah beza diantara dakwaan yang ada asas dengan dakwaan yang langsung tidak berasas.


Pada penghujung bulan Jun 2008 negara telah digemparkan dengan dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa bahawa keselamatan beliau terancam dan dalam keadaan yang sangat berbahaya kerana "ugutan bunuh" yang diterimanya sehingga memaksa beliau lari dan bersembunyi bagi mencari perlindungan diri di Pejabat Kedutaan Turki selama 2 hari bermula petang 28hb hingga 30hb Jun 2008.


Yang pelik dan "aneh"nya ialah kenapa sehingga ke hari ini belum ada satupun laporan polis yang dibuat oleh pihak Datuk Seri Anwar untuk mengesahkan bahawa dakwaan beliau benar ataupun sebaliknya disamping untuk memudahkan pihak polis menjalankan siasatan.


Dan, beberapa hari yang lepas, Mohd Saiful Bukhari Azlan pula telah membuat laporan polis mengenai ancaman yang serupa iaitu 'ugutan bunuh' terhadap dirinya berdasarkan pada satu komen yang tersiar didalam sebuah laman facebook milik Datuk Seri Anwar yang mana komen tersebut telah dihantar oleh individu yang dikenali dengan nama Anaz Zahari namun akaun itu didapati telah dipadam kemudiannya.


Berdepan dengan ancaman seperti itu, jelas kita nampak bahawa Mohd Saiful telah menggunakan saluran yang betul untuk mencari tempat perlindungan bagi melindungi diri serta keluarganya dengan membuat aduan terus berhubung dengan ugutan tersebut kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut tanpa perlu bersusah payah mengetuk pintu pejabat kedutaan asing untuk tujuan mendapatkan perlindungan.


Tetapi setelah Mohd Saiful membuat aduan di Balai Polis mengenai ugutan yang diterimanya itu, Datuk Seri Anwar ketika diminta mengulas oleh wartawan mengenai perkembangan itu telah melahirkan rasa kehairanan beliau terhadap laporan yang dibuat oleh Mohd Saiful serta menyatakan yang dakwaan Mohd Saiful itu sebagai "aneh."


Apa yang 'aneh'nya? ...kan ke Mohd Saiful telah mengikut garis panduan yang betul dalam tindakannya dengan membuat aduan terus kepada pihak berkuasa supaya perkara itu dapat disiasat serta diambil tindakan lanjut serta beliau juga berani tampil beserta dengan fakta sebagai sokongan kepada dakwaannya itu sedangkan Datuk Seri Anwar hingga ke saat ini belum lagi berbuat demikian bagi mengesahkan samada dakwaan yang serupa terhadap beliau dulu itu benar atau sebaliknya. Lagi 'aneh dan pelik'kan...

Pakatan Pembangkang pemusnah Demokrasi dinegara ini !

Jika sebelum ini PKR, DAP dan PAS dari keluarga 69 Pakatan Pembangkang sering melaungkan bahawa merekalah pejuang demokrasi sebenar, pejuang kebebasan, pejuang keadilan, pejuang hak asasi rakyat serta mengamalkan dasar keterbukaan maka janganlah sesekali percaya. Semua itu adalah tipu dan pembohongan semata-mata.

Kita imbas kembali masa sebelum Kerajaan Barisan Nasional hilang majoriti 2/3 di Dewan Rakyat kepada Pakatan Pembangkang. Sebelum itu, dimana sistem demokrasi yang diamalkan didalam berbagai urusan baik dalam pentadbiran peringkat tertinggi hingga ke yang terbawah sekali jelas berjalan dengan subur manakala rakyat sangat selesa dengan perkembangan seumpama itu yang selari dengan tuntutan semasa.

Namun malang sekali apabila Kerajaan Barisan Nasional telah kekurangan 2/3 suara majoritinya di Dewan Rakyat selepas PRU-12 lalu ditangan Pakatan Pembangkang, demokrasi atau dalam ertikata lainnya iaitu dasar keterbukaan yang terlampau sehingga menyebabkan ruang-ruang kebebasan yang diberikan itu telah banyak disalahgunakan menyebabkan ada diantara sesuatu perkara pada asasnya tidak boleh disentuh kini sudah menjadi bahan ejekan dan gurauan.

Pihak Pakatan Pembangkang DAP, PKR dan PAS sudah menjadi semakin angkuh dengan kejayaan mereka kerna berjaya memperlekehkan amalan demokrasi yang sedia ada sepertimana yang diterap dalam pentdabiran Kerajaan Barisan Nasional sehinggakan membuat para pengikut serta penyokong mereka menjadi besar kepala, taksub, sombong serta angkuh dan mereka ini bebas untuk berkata apa saja tanpa ada halangan seperti membuat gambar 'superimpose' yang bertujuan untuk menjatuhkan maruah pemimpin-pemimpin tertentu dalam parti Barisan Nasional.

Tetapi kini, setelah para pemimpin dari kalangan Pakatan Pembangkang sendiri mula menyedari yang mereka juga tidak terlepas dari perbuatan yang sama sebagaimana yang mula telah dilakukan oleh blogger-blogger pro-pakatan pembangkang terhadap pemimpin Barisan Nasional maka para pemimpin Pakatan Pembangkang segera bertindak untuk menghalangnya.

Jadi kita nak bertanyalah kepada Pakatan Pembangkang, setakat manakah kebebasan atau demokrasi yang diperjuangkan oleh mereka ? Adakah maksud demokrasi yang dibawa oleh Pakatan Pembangkang hanya sah kepada para penyokong serta pengikut mereka sahaja tetapi tetap tidak kepada pihak yang lain ?

Dalam hal ini saya berpandangan, sekiranya suatu hari nanti iaitu seandainyalah Pakatan Pembangkang telah ditakdirkan dan akan diberikan peluang oleh rakyat untuk mentadbir negara ini, saya pasti dan yakin sekali bahawa demokrasi akan mati dan sebarang kebebasan akan disekat dan setiap pergerakan rakyat akan dipantau setiap masa dan ini bermakna bahawa rakyat tidak lagi boleh untuk menikmati kebebasan sepertimana masa Kerajaan Barisan Nasional memerintah.

Jeffery Damien: mangsa dasar tertutup Kerajaan Pakatan Pembangkang

Sehingga kini saya selaku rakan serta penyokong kuat rakan-rakan dalam BPN, AIDC, serta yang lainnya iaitu yang sealiran matlamatnya dalam usaha untuk melihat suasana dalam negara ini yang aman, harmoni, sejahtera dan damai sentiasa masih lagi belum tahu tentang perkembangan terbaru mengenai penahanan saudara Jeffery Damien @ Dimensi sejak beliau menyerah diri di Balai Polis Permas Jaya Johor Baru beberapa hari yang lepas.

Adakah beliau sudah dibebaskan atau sebaliknya. Namun saya sangat berharap, dalam keadaan apa sekalipun sekiranya kita mengimbas kembali semua hasil karya saudara Jeffery dari mula sehingga saat beliau menyerah diri gara-gara "sikap terdesak" penyokong Nik Aziz, ianya sedikitpun tidak ada mirip kepada untuk menghasut ataupun menghina melainkan ianya bertujuan untuk mengajak para pembaca berpikir secara matang dan terbuka berkenaan dengan apa yang sedang dan telah berlaku dalam dunia politik tanah air.

Dakwaan yang sedang dihadapi oleh saudara Jeffery adalah jauh sekali bezanya dengan kes yang telah dibuat oleh blogger Khairul Nizam @ Aduka Taruna. Aduka Taruna jelas menghina serta menunjukkan yang beliau langsung tidak mempunyai perasaan simpati apabila beliau mengeluarkan artikel yang sedemikian disaat berlakunya kemangkatan Almarhum Sultan Johor serta dikala seluruh rakyat Johor tengah bersedih.

Walauapapun, sebagai rakyat yang senantiasa menghormati undang-undang negara, saya berharap agar perkara ini segera diselesaikan setelah mengambilkira hal berkenaan hal tersebut dari semua pandangan, kepentingan, dan juga yang penting ialah kami sebagai rakan siber saudara Jeffery mahu tahu dari asas apakah penahanan beliau itu dibuat ?

Arkib Blog