Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, Januari 15, 2012

Ke Mahkamah Rayuan, tersenarai tak dalam jadual harian AG minggu depan?

Kalau dikira sejak dari tarikh 9hb January 2012 hari Isnin lepas, hari ini sudah masuk 7 hari sebenarnya tempoh yang telah diberikan oleh pihak Mahkamah kepada pasukan pendakwaraya untuk mengemukakan fail rayuan di Mahkamah Rayuan atas keputusan yang dibuat oleh Hakim Datuk Zabidin Md Diah yang melepas dan membebaskan Anwar Ibrahim dari tuduhan meliwat pembantu peribadinya Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Itupun kalau dikira sekali dengan hari Ahad iaitu hari ini tetapi kalau dikira pada hari bekerja mungkin akan diambilkira sebaik saja dari hari keputusan dibuat sehingga hari Sabtu sebelah pagi dan sambung pada hari Isnin iaitu esok sampailah pada hari Khamis minggu depan. Namun yang pastinya tempoh 10 hari untuk merayu yang diberikan oleh pihak Mahkamah berkemungkinan besar akan berakhir pada hari Rabu minggu depan 18hb January.

Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang menjadi mangsa liwat Anwar Ibrahim kini seakan-akan kesuntukan masa dalam mendapatkan keadilan bagi dirinya jika pasukan Pendakwaraya serta Peguam Negara terus melewat-lewatkan langkah ke Mahkamah Rayuan berikutan gesaan yang dibuat oleh ramai pihak termasuklah oleh keluarga Mohd. Saiful sendiri yang mahu disegerakan usaha memfail rayuan terhadap keputusan yang telah diputuskan oleh pihak Mahkamah Tinggi 9 January lalu.

Cuma tinggal esok hari Isnin, selepas itu lusa hari Selasa dan hari Rabu merupakan peluang terakhir bagi pihak Peguam Negara untuk berbuat demikian dimana Mohd. Saiful bergantung harap kepada keputusan Tan Sri Abdul Ghani Patail untuk beliau mendapatkan haknya dalam mendapatkan keadilan samada Peguam Negara itu sudah ada pertimbangan untuk merayu ataupun sebaliknya.

Sebagai rakyat yang amat kurang memahami selok-belok sistem perundangan negara, saya juga ingin turut serta dengan rakyat Malaysia yang lainnya untuk merayu dan memohon jasa baik Peguam Negara YBhg Tan Sri Abdul Ghani Patail supaya dapat kiranya memberi pertimbangan yang paling wajar bagi pihak Mohd.Saiful Bukhari yang amat mengharapkan rayuannya terhadap keputusan 9 January lepas dapat dikemukakan dalam minggu hadapan dan didengar semula di Mahkamah yang lebih tinggi iaitu Mahkamah Rayuan.

Bini dan anak bertudung, tapi dia pejuang homoseks! apa dah jadi?

Dah baca Utusan Online pagi ni? Kalau belum, jom! baca kat sini dulu. Ini pasal ketua pembangkang merangkap Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim yang bini serta anak-anak perempuannya yang sering kelihatan dengan imej bertudung litup mereka sepanjang masa.

Yang menjadi persoalannya disini adalah, bagaimana seorang suami yang mana keluarganya seperti bini serta anak-anak perempuannya yang sentiasa menonjolkan kepada masyarakat Malaysia ini betapa mereka kononnya taat atau patuh kepada ajaran agama dengan berpakaian sedemikian sedangkan si suami pula giat memperjuangkan perkara yang sangat ditegah dalam ajaran Islam iaitu hubungan seks sejenis/homoseks/gay/lesbian.

Anwar Ibrahim menggesa supaya kerajaan Malaysia yang diterajui oleh Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Mohd. Najib segera meminda undang-undang yang melarang kegiatan seks songsang seperti gay, homoseks, lesbian serta yang berkaitan dengan seks bebas di negara ini bagi membolehkan pengamal kegiatan tidak bermoral itu mempunyai pilihan hidup seperti masyarakat normal yang lain di negara ini.

Yang peliknya, punca utama isteri Perdana Menteri YABhg Datin Seri Rosmah Mansor sering menjadi sasaran fitnah pihak pembangkang adalah hanya kerana beliau tidak memakai tudung seperti Wan Azizah Wan Ismail serta anaknya Nurul Izzah namun suami beliau Datuk Seri Najib adalah merupakan pemimpin yang sama sekali tidak membenarkan sebarang kegiatan yang boleh merosakan akhlak serta moral masyarakat Malaysia malahan Datuk Seri Najib sering mengingatkan rakyat Malaysia agar sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat.

Ini berbeza sama sekali dengan perjuangan serong Anwar Ibrahim yang semakin ligat memperjuangkan perkara yang bukan-bukan. Hancur negara ini kalau ditadbir oleh seorang pemimpin macam AnwarIbrahim. Patutnya jika beliau benar-benar berniat untuk jadi pemimpin beliau harus mendengar kehendak majoriti masyarakat Malaysia dan bukannya gigih memperjuangkan tuntutan yang dibuat oleh golongan minoriti seperti kumpulan gay di negara ini. Kalau bukan Anwar sendiri yang merupakan salah seorang pengamal seks sejenis, mana mungkin beliau begitu bersungguh-sungguh mempertahankan hak yang ditagih oleh golongan berkenaan.

Kepada Presiden PKR Wan Azizah seta anak mereka Nurul Izzah, inginlah kita hendak bertanya, apakah pendapat anda berdua yang berimej seorang wanita Muslim dengan pakaian menutup aurat sebegitu rupa tetapi punya ketua keluarga yang semakin tersasar jauh perjuangannya daripada matlamat asal ? Apakah hukumnya jika terdapat ahli-ahli keluarga yang enggan menasihati ketua keluarganya yang nyata telah membelakangi larangan agama supaya sedar bahawa hubungan seks bebas serta seks sesama jenis adalah haram dan ditegah dalam agama ?

Arkib Blog