Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, Julai 06, 2011

BERSHIT 2.0: dari Mekah, Nik Aziz kirim surat layang kepada YDP Agong !

Dari Kota Suci Mekah, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang kini sedang berada di Tanah Suci untuk mengerjakan umrah ataupun sengaja ke sana semata-mata untuk melarikan diri dari isu panas dalam negara ketika ini mengenai BERSHIT 2.0 telah menulis surat terbuka kepada KBDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong bagi menyampaikan ucapan terima kasih beliau terhadap Tuanku Mizan yang telah berkenan menerima masuk mengadap Pengerusi BERSHIT, Ambabiga Sreenavasan ke dalam Istana Negara semalam.

Adakah betul cara yang dilakukan oleh Menteri Besar Kelantan itu ? Kenapa tidak hantar saja SMS melalui telefon bimbit kepada Baginda agar nampak lebih mudah bahawa sememangnya Datuk Nik Aziz Nik Mat walaupun usia sudah semakin lanjut namun langsung tidak mempunyai perasaan hormat terhadap Yang Di Pertuan Agong sebagai Payung kepada rakyat serta negara ini. Dengan menulis surat secara terbuka kepada Tuanku Mizan telah menyerlahkan lagi sikap sebenar pemimpin PAS ini yang memang sanggup berkomplot dengan DAP dan PKR untuk menumbangkan kerajaan yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja di negara ini.

Antara lain dalam surat terbuka itu Datuk Nik Aziz juga berkata beliau mempersembahkan pendirian bahawa sebarang pertukaran kepimpinan negara dibawah sistem pilihanraya yang adil tidak mendatangkan huru-hara sama sekali seperti yang berlaku di negara-negara lain seperti Jepun dan terkini negara jiran iaitu Thailand.

"Patik juga dimaklumkan bahawa pihak penganjur telah dinasihatkan agar tidak mengadakan perarakan di tempat terbuka dan memindahkannya di tempat yang tertutup seperti stadium bagi menjamin perjalanan yang aman dan tidak mengganggu ketenteraman awam.

"Justeru, patik ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah di atas keprihatinan Tuanku terhadap kehendak rakyat untuk merasai keadilan melalui sistem demokrasi yang telah dijamin dalam Perlembagaan Malaysia," kata Datuk Nik Aziz dalam surat layang beliau itu.

Kandungan dalam surat itu sendiri membuktikan apa yang diperkatakan oleh Datuk Nik Aziz sebenarnya telah menunjukkan bahawa Datuk Nik Aziz telah masuk ke alam nyanyuk kekal bilamana dia telah tertulis berkenaan pilihan raya yang bersih dan adil. Disitu ternyata Datuk Nik Aziz lupa dan tidak sedar bahawa kerana sistem pilihanraya negara ini yang kononnya didakwa olehPakatan Haram selama ini sebagai tidak adil dan tidak bersih itulah yang menyebabkan beliau sendiri masih kekal sehingga kini menjadi Menteri Besar di Kelantan selain Pulau Pinang jatuh ke tangan DAP, Selangor dikuasai PKR dan Kedah yang dirampas oleh puak mereka pada PRU-12 2008 dulu.

Zoo Negara, lokasi yg paling sesuai untuk BERSHIT 2.0 berdemonstrasi !

Tiada tempat lain lagi yang paling sesuai atau paling strategik digunakan bagi tujuan perhimpunan yang boleh mencetuskan kekecohan dan huru-hara melainkan tapak Zoo Negara di Kota Metropolitan Kuala Lumpur yang menempatkan berbagai-bagai jenis hidupan liar didalamnya.

Apabila pihak pengurusan Stadium Merdeka enggan menerima tempahan BERSHIT 2.0 sebagai tempat mereka berhimpun pada 9 Julai hari Sabtu ini lalu saya lihat mereka hanya ada satu tempat pilihan yang paling sesuai sekali iaitu Zoo Negara berkenaan dimana segala keperluan untuk mengganas sudah tersedia disitu seperti Singa, Harimau, Beruang, Badak, Gajah, Buaya, Serigala, Ular sawa, Ular senduk dan sebagainya lagi, jadi maknanya pihak BERSHIT 2.0 tak payahlah nak susah-susah bawa segala senjata seperti parang, bom petrol atau senjata berbahaya yang lain dari luar.

Saya harap Ambabiga Sreenavasan selaku pengerusi BERSHIT 2.0, Asamad Saidavasan sebagai penyokong kuat BERSHIT 2.0 serta Mat Syabunavasan dapat sekiranya mempertimbangkan cadangan ini demi kerakusan, kegilaan dan kebiadapan semua mereka yang terlibat didalam usaha untuk menganjurkan perhimpunan haram BERSHIT 2.0 hujung minggu ini. Ini sangat perlu untuk mereka pertimbangkan memandang Titah Yang Di Pertuan Agong masih juga mereka ingkari.

Arkib Blog