Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Selasa, Februari 08, 2011

"ADUN BN Sarawak berbohong kpd PM" tuduhan Daud Rahman tidak wajar !

Tuduhan yang telah dilemparkan oleh ADUN Barisan Nasional kawasan Tupong yang juga Menteri Di Pejabat Ketua Menteri bahagian Hal Ehwal Islam iaitu YB Datuk Daud Abdul Rahman terhadap beberapa rakan ADUN BN lain sebagai telah berbohong kepada YAB Datuk Seri Mohd Najib adalah sangat tidak wajar sama sekali.

Sebagai seorang ADUN yang mempunyai kedudukan didalam kabinet kerajaan negeri sepatutnya Datuk Daud Rahman lebih berhati-hati mengeluarkan sebarang kenyataan apatah lagi yang membabitkan rakan-rakan seperjuangan dalam Barisan Nasional.

Saya tidak nampak apa faedahnya dari tuduhan yang telah dibuat oleh Datuk Daud itu akan dapat membantu meningkatkan keyakinan rakyat terhadap BN malah besar kemungkinan ianya pasti akan menambah lagi ketidakpercayaan rakyat Sarawak khususnya di kawasan separa bandar dan juga di bandar-bandar besar terutamanya apabila isu ini nanti akan dijadikan sebagai modal kempen politik oleh pihak pembangkang.

Kedudukan Datuk Daud sebagai seorang menteri dalam kabinet Sarawak memberi kelebihan kepada beliau untuk memperbetulkan sesuatu kesilapan atau kekurangan di pihak BN sekiranya ada dan bukannya menyebarkan sebarang maklumat yang sepatutnya dikongsi bersama dengan rakan-rakan lain dalam BN sehingga boleh merugikan pihak Barisan Nasional itu sendiri apabila perkara sedemikian sudah didedahkan kepada umum.

Yang lebih menyakitkan hati ialah apabila Datuk Daud tidak menyebut siapa yang beliau maksudkan, mana satu ADUN BN Sarawak yang telah berbohong kepada Perdana Menteri? Sebagai rakyat Sarawak saya sangat malu bila ada dikalangan wakil rakyat Sarawak dikatakan sebagai pembohong lebih-lebih lagi apabila tuduhan bukannya datang dari pihak pembangkang tetapi dibuat oleh rakan sekelambu dari dalam parti BN sendiri.

Apakah motif sebenar Datuk Daud sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan yang keterlaluan seperti itu? Bagi saya apa gunanya Perdana Menteri yang telah menemui mereka pada Ahad lalu secara berkumpulan dan tidak serentak dengan mereka yang seramai 62 orang jika apa yang dibincangkan oleh rakan-rakan yang lain dengan Perdana Menteri pada hari berkenaan dengan sesuka hati saja dihebahkan kepada pihak luar.

Kalau iyapun sekinya Datuk Daud masih mahu dicalonkan semula sebagai Wakil Rakyat pada pilihnraya negeri akan datang maka janganlah rakan yang lain dalam BN pula hendak dijadikan sebagai mangsa alas untuk berpijak tetapi alangkah baiknya sekiralah kalau ada yang tak kena berlaku dalam lingkungan sesama rakan dalam BN, bawa berbincang secara keluarga besar atau biarkan saja Ketua Menteri dan Perdana Menteri yang buat penilaian dan tak perlu untuk Datuk Daud menyerang rakan lain dalam BN secara terbuka begitu.

Kini, tanpa Datuk Daud sendiri sedari ekoran kenyataan beliau itu, maruah Barisan Nasional Sarawak sudah tercalar dengan teruk sekali. Mana tidaknya, belum pernah berlaku dalam sejarah politik Barisan Nasional Sarawak ada wakil rakyatnya sanggup berbohong kepada seseorang Perdana Menteri sebagaimana yang telah didakwa oleh Datuk Daud. Inilah kali pertama. Bagi pihak lain, mereka pasti berpendapat kalau dah sanggup berbohong kepada Perdana Menteri apatah lagi kepada rakyat bawahan yang diwakili. Seluruh rakyat Sarawak telah mendapat malu !

Arkib Blog