
Jika dulu iaitu semasa pentadbiran Perdana Menteri ke-5 YABhg Tun Abdullah Ahmad Badawi, peristiwa serupa juga pernah berlaku yang menyebabkan Pak Lah sendiri yang ketika itu masih berada diruang legar Parlimen bergegas masuk semula ke dalam Dewan Persidangan dan segera diikuti oleh beberapa lagi Ahli Parlimen BN yang ketika itu masih lagi leka berada ruang-ruang tertentu luar bilik mesyuarat apabila hampir kesemua Ahli Parlimen Pembangkang sudah lama duduk didalam Dewan, yang sudah bersedia untuk NGAP!!! BN saja lagi ketika itu.
Itu dulu dan sepatutnya kejadian itu telah menjadi peringatan dan pengajaran kepada kesemua Anggota Parlimen Barisan Nasional agar sentiasa berjaga, minum kopi selalu agar tidak mengantuk, tidak lalai, tidak menguap dan yang penting tidak tertidur. Tetapi sungguh malang apabila Kerajaan Barisan Nasional sekali lagi hampir berjaya ditumbangkan oleh puak-puak Pakatan Pembangkang apabila 74 orang daripada 140 orang wakil rakyatnya tidak hadir didalam Dewan ketika itu.
Dimana Ahli-ahli Parlimen BN yang seramai 74 orang itu ? Kemana mereka semua itu pergi ? Apakah mereka tidak dimaklumkan terlebih awal mengenai perkara itu ? Sekiranya mereka sudah diberitahu awal tentang pengundian Bajet 2010 pada sebelah malamnya, namun sengaja tidak mahu hadir, maka bermakna mereka semua sudah mengabaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh rakyat kepada mereka.
Adakah YAB Datuk Seri Mohd Najib juga turut berpuashati dengan KPI Ahli-ahli Parlimen seperti itu sebagaimana beliau berpuashati dengan KPI para jemaah Menteri Kabinet sebagaimana yang telah dinilaikan oleh Menteri Di JPM YR Tan Sri Koh Tsu Koon ? Betul ke tidak Tsu Koon buat penilaian sedangkan KPI beliau sendiri sudah jelas teruk. Kalah di Pulau Pinang. Nasib baik Datuk Seri Najib segera letak Datuk Seri Idris Jala duduk sebelah Tsu Koon... kalau tak hmmmm hancur,hancur,hancurrrrrr...
Oleh itu wujudlah satu lagi jawatankuasa khas untuk menilai KPI Ahli-ahli Parlimen ini. Jangan lantik dikalangan mereka sendiri, tetapi lantik dari kalangan ADUN-ADUN BN yang berada didalam kawasan Parlimen BN masing-masing. Bagi satu buku nota kepada setiap ADUN-ADUN BN, suruh mereka catat tentang semua pergerakkan Ahli-ahli Parlimen BN, samada mereka ada melawat ke kawasan ke, pergi ke Dewan Parlimen ke atau apa-apa sajalah yang berkaitan dengan kepentingan rakyat...