
Kekecewaan Baginda Tengku Anis itu berikutan dengan kegagalan kerajaan Kelantan dibawah pentadbiran parti PAS pimpinan Mursyidul Amnya untuk melawat KBDYMM Tengku Ismail Yahya Petra ketika Baginda sedang menerima rawatan di Singapura sejak awal tahun 2009 lalu walaupun telah beberapa kali dititahkan untuk berbuat demikian oleh Baginda Sultan.
Disamping itu, Tengku Anis telah menyampaikan rasa penghargaan Baginda kepada Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd Najib dan isteri YBhg Datin Seri Rosmah Mansor kerana sentiasa memberi perhatian akan kesihatan Sultan Kelantan sejak Baginda menerima rawatan di Singapura dengan beberapa kali menziarahi pasangan DiRaja itu di Hospital serta sering bertanyakan khabar Baginda melalui panggilan telefon.
Sumber berita: - http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0316&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm .
Ulasan;
Bagaimana nak jadi dengan Kerajaan Negeri yang seperti ini, sehinggakan keadaan Sultan Kelantan yang begitu lama gering pun langsung tidak diambil berat dan jarang dipedulikan ?
Kalau dah soal yang melibatkan tentang keadaan kesihatan KBDYMM Sultan sendiri pun Kerajaan PAS Kelantan tidak berdaya untuk mengurus dengan baik serta gagal untuk memberi perhatian sewajarnya, apatah lagi sekiranya perkara yang sama akan berlaku keatas rakyat biasa, rakyat bawahan yang tidak punya apa-apa kuasa kecuali kuasa undi, lagi bertambah liatlah kerajaan negeri seperti ini untuk menggerakkan tangan menghulurkan sesuatu bantuan atau simpati.