Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Selasa, Jun 21, 2011

Datuk Ibrahim Ali jadi saksi cinta KJ & Nurul kembali bertaut...

"Oleh itu, saya sangat kecewa dengan kata-kata bersifat menghasut dan bahasa kesat digunakan oleh Datuk Ibrahim Ali berkaitan dengan Himpunan Bersih 2.0," - YB Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Naib Presiden PKR.

"Saya mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan yang dikeluarkan oleh Ibrahim Ali yang seolah-olah mengugut masyarakat Cina.
"Ini kenyataan yang rasis, menghasut, bahaya yang perlu diambil tindakan terhadap beliau. Ini adalah satu ugutan terhadap satu-satu kaum lain di Malaysia, secara jelas dan nyata," - YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Ahli Parlimen Rembau dan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Khairy : "Hello~~~hi NI(Nurul Izzah)... !, pe khabar NI kat sana?, cmner dengan BERSIH 2.0?"

Nurul : "Hello~~~hi KJ(Khairy Jamaluddin)... !, khabar baik, I baik-baik jer kat sini. BERSIH 2.0???..haaa...tu lah, I tengah marah betullah dengan Datuk Ibarhim Ali tu sayang,,,dia pula yang lebih-lebih nak kacau daun rancangan kita..."

Khairy : "Oooo tak pe, sayang jangan risau, esok lusa atau sekarang I sanggup kutuk Ibrahim Ali tu demi sayang dan demi cinta kita berdua, I sanggup buat apa saja... sayang tau tak, baru lagi juga I dah buat Tun M tak senang hati...I mahu kerajaan hentikan L.I.D yang selalu kerajaan buat kat Langkawi tu..., I cakap semua tu tak de faedah..kali, kali Robert Mugabe...dah lama dah!!!"... hebatkan I sayang?"

Nurul : "Oooo cam tu ke???... sayang KJ !!

Anak Merdeka:
Nampaknya kedua-dua Ahli Parlimen ini selalu saja seiya sekata dalam perkara tertentu. Kenyataan kedua-duanya juga sering mengekori serta saling menyokong sesama mereka. Kalau biasa Nurul ada buat kenyataan pasal Datuk Ibrahim Ali atau yang lain-lainnya, pasti ada kenyataan daripada Khairy menyusul selepas itu mengenai perkara yang sama.

Tak ketara menyokong, tetapi ketara sangat mereka berdua punya hubungan yang misteri dan ianya semakin berbau bila isu Datuk Ibrahim Ali dituduh cuba mengugut kaum Cina di negara ini oleh kedua-duanya.

Saya ada baca kenyataan YB Datuk Ibrahim Ali berkaitan dengan perhimpunan haram yang bakal dianjurkan oleh BERSIH 2.0 pada 9 Julai depan, namun saya dapati tiadapun kenyataan itu boleh dianggap sebagai menghasut tetapi bagaimana pula Khary dan Nurul boleh punya pendapat sedemikian. Pelik juga.

YB Datuk Ibrahim Ali cuma mengingatkan agar kaum Cina kalau boleh pada 9 Julai depan tak perlulah keluar rumah dan bolehlah sediakan bekalan makanan dirumah. Itu cuma satu peringatan daripada seorang pemimpin Melayu kepada rakyat daripada kaum Cina, apa salahnya. Itu juga sebagai tanda prihatin Datuk Ibrahim Ali kepada kaum Cina.

Bagus juga kalau Datuk Ibrahim Ali memberi ingatan serupa itu dan sepatutnya Datuk Ibrahim Ali memberi ingatan kepada seluruh penduduk sekitar Kuala Lumpur tak kira bangsa dan agama mereka supaya jangan keluar pada hari tersebut demi untuk mengelak daripada berlakunya sebarang keadaan yang tidak diingini.

Kalau Nurul Izzah dan KJ mahu tahu siapa sebenarnya yang menghasut lihatlah muka Mat Syabu dan S. Ambiga dan bukannya Datuk Ibrahim Ali. Kedua-dua mamalia itulah yang menghasut orang ramai supaya keluar beramai-ramai pada tarikh berkenaan untuk menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai tanpa memikirkan akan keselamatan rakyat yang telah diperdayakan oleh mereka sekiranya berlaku rusuhan pada saat itu.

Nurul Izzah: "Ya, papa saya lebih pengecut daripada Ibrahim Ali"!!!

"Memanglah papa I pengecut orangnya, dulu dia lari ke pejabat kedutaan Turki, ingat orang nak kenakan dia..tapi tak de juga..lepas tu, orang suh bersumpah mubahalah takut, orang minta serahkan DNA tak nak, orang minta tunjukkan mana jam Omega tak mau, hari-hari papa I minta tangguh prosiding kat mahkamah, letihlah I...!! ya...papa I memang lebih takut daripada Datuk Ibrahim Ali " - YB Nurul Izzah.

Arkib Blog