
Maka jelas sangatlah sekarang ini bahawa kerajaan Pakatan Pembangkang memang langsung tidak selesa berada didalam sebuah negara yang aman seperti Malaysia dan jelas juga bahawa DAP dan PKR mahu keadaan yang tenteram di negara ini harus segera dihuru-harakan dengan berbagai-bagai pergolakan.
Bagi saya tak payahlah Tan Sri Khalid Gagap serta barisan kerajaan pimpinan beliau membazir sebegitu banyak jumlah wang jika semata-mata untuk membeli sebuah kemusnahan. Akta ISA yang wujud hari ini tidak pernah memulangkan walau sesen pun hasil daripada keamanan dan keharmonian yang dikecapi rakyat Malaysia hingga kini kepada mereka-mereka yang dahulunya telah bertungkus-lumus dalam mencipta undang-undang tertentu bagi menjaminkan keselamatan jangka panjang negara yang berkekalan.
Apa yang sangat diharapkan oleh pemimpin negara yang terdahulu seperti Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Petra Alhaj, Allahyarham Tun Abdul Razak, Allahyarham Tun Hussein Onn, Allahyarham Tun Ghaffar Baba dan ramai lagi dari apa yang mereka dulu sudah buat adalah suasana yang membolehkan setiap generasi selepas mereka di negara ini dapat melaksanakan sesuatu tugas atau tanggungjawab mereka selaku rakyat Malaysia dalam keadaan yang selamat dan aman tanpa sebarang rasa bimbang terhadap rusuhan dan pemberontakkan.
Oleh itu saya rasa tidak mungkin Tan Sri Khalid Ibrahim, Lim Guan Eng dan Datuk Seri Azizan Abdul Razak boleh duduk sebagai Menteri Besar di Selangor, Kedah dan Ketua Menteri di Pulau Pinang dengan keadaan yang aman dan selamat jika suasana menjadi amat tidak tenteram apabila negara kita tiada lagi mempunyai sebarang undang-undang yang memperuntukkan kuasa mencegah pihak-pihak yang sengaja mahu menimbulkan keadaan huru-hara sepanjang masa didalam negara ini.
Saya tidak melihat yang Tan Sri Khalid Gagap akan dapat tidur lena di malam hari, Lim Guan Eng boleh sesuka hati mengeluarkan kenyataan yang sungguh berbaur perkauman melainkan mereka berdua ini hanya akan hidup sebagai pemimpin yang berasa cemas, resah dan takut sepanjang masa berhubung dengan keselamatan diri masing-masing kerana sentiasa berdepan dengan kebangkitan rakyat yang sudah tidak dapat lagi untuk dikawal.