Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, Mac 08, 2010

Pakatan Pembangkang penyumbang besar kepada kemusnahan demokrasi di negara ini...

Ada diantara sesetengah rakyat dinegara ini sememangnya keliru dengan dakwaan yang sering didendangkan oleh para pemimpin dari Pakatan Pembangkang, kononnya perjuangan pihak mereka iaini Pakatan Pembangkang adalah untuk menegakkan demokrasi di negara ini menerusi amalan yang terbuka didalam apa jua urusan baik antara pemimpin sesama pemimpin mahupun diantara pemimpin dengan rakyat biasa.

Tetapi sekiranya semua rakyat di negara ini tanpa mengira latar belakang mereka mampu untuk berfikir dengan matang serta bijak untuk menilai samada demokrasi yang diperjuangkan oleh pihak Pakatan Pembangkang selama ini benar-benar memang tiada diamalkan dalam pentadbiran kerajaan Malaysia selama ini ataupun semua dakwaan pihak pembangkang itu hanyalah semata-mata untuk memperdayakan rakyat kurang maklumat yang sebelum ini menyokong kerajaan agar segera mengalihkan sokongan mereka kepada perjuangan Pakatan Pembangkang pula.

Pakatan Pembangkang belum lagi berjaya menubuhkan kerajaan pusat dan hanya berjaya mendirikan kerajaan di empat buah negeri, namun DAP, PAS dan PKR sebenarnya sudah punya peluang untuk membuktikan kepada rakyat akan kemampuan mereka dalam mentadbir negeri-negeri, membela nasib rakyat tanpa mengira bangsa dan kepercayaan mereka, menjaga kebajikan rakyat sebagaimana yang dijanjikan didalam manifesto mereka pada pilihan raya yang lalu dan yang pasti ialah Pakatan Pembangkang sepatutnya menggunakan peluang itu untuk membuktikan kepada seluruh rakyat Malaysia bagaimana rupa bentuk atau corak demokrasi yang selama ini cuba ditegakkan pihak mereka sebelum berangan-angan untuk mengambil-alih Kerajaan Persekutuan daripada penguasaan kerajaan Barisan Nasional.

Tapi malang sekali apabila Pakatan Pembangkang tidak mampu untuk menunaikan hampir kesemua apa yang pernah dijanjikan oleh mereka kepada rakyat semasa kempen pilihan raya umum ke-12 dulu dan jauh sekali untuk meningkatkan amalan demokrasi ke tahap yang lebih tinggi sebagaimana yang telah diamalkan oleh Barisan Nasional sejak sekian lama di empat buah negeri tersebut sebelum jatuh ke tangan pihak mereka. Kini, apa yang semakin jelas kita nampak ialah sistem demokrasi yang berjalan dengan baik sebelum ini dinegara ini cuba untuk digugat serta dilenyapkan secara halus dan perlahan-lahan oleh pihak Pakatan Pembangkang.

Contoh yang nyata iaitu di Pulau Pinang, Selangor, Kelantan dan Kedah. Diantara empat negeri ini, kerajaan Pakatan di Pulau Pinang dan Selangor merupakan dua kerajaan negeri yang lebih cenderung ke arah membunuh amalan demokrasi dalam pentadbiran dan tindakan menggerakkan usaha seperti menyekat kebebasan untuk mengkritik dan sanggup untuk berbuat apa saja demi untuk menghalang pihak-pihak yang dirasakan boleh mendatangkan ancaman kepada kerjaya politik mereka adalah merupakan satu lagi bukti yang tidak menyokong kepada dakwaan mereka sendiri sebelum ini yang menuduh kononnya Barisan Nasional tidak mengamalkan demokrasi tetapi sebaliknya pihak Pakatan Pembangkanglah sebenarnya yang kini sedang berusaha untuk menggagalkan segala amalan demokrasi disemua peringkat kepimpinan dalam negara ini.
Posted by Picasa

Arkib Blog