Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, Ogos 28, 2010

Jalur Gemilang: Malaysia berhak menyaman kerajaan Indonesia !


Malaysia pada dasarnya mungkin boleh menyaman kerajaan Indonesia untuk menuntut ganti rugi diatas pelakuan biadap dan kurang ajar segelintir rakyatnya yang sudah beberapa kali terbiar memusnah dan membakar bendera kebangsaan Malaysia iaitu Jalur Gemilang.

Malaysia juga dirasa wajar menuntut ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, saman malu dan apa-apa ganti rugilah asalkan ianya dapat menekan pihak berkuasa Indonesia supaya bertindak lebih tegas terhadap sesetengah rakyatnya yang semakin kehilangan akal yang waras.

Malaysia juga mungkin boleh mengemukakan saman terhadap kerajaan Indonesia di Mahkamah Antarabangsa tempat dimana hakim telah memutuskan Pulau Batu Putih di selatan Semenanjung Malaysia telah berpindah milik kepada kerajaan Singapura.

Dengan mengemukakan saman terhadap kerajaan Indoesia, Malaysia akan mampu memberi tekanan secara perlahan melalui undang-undang antarabangsa kepada Indonesia agar mereka berusaha keras supaya setiap rakyatnya faham dan mengerti dimana setiap negara yang berdaulat dan merdeka harus dihormati negaranya, rakyatnya serta para pemimpinnya.

Tanpa pemimpin negara kita tidak mencari penyelesaian berkenaan isu-isu yang timbul dengan cara lain selain hanya perbincangan yang tidak tahu lagi titik tamatnya dengan Indonesia maka selagi itulah rakyat Malaysia akan terus berdepan dengan penghinaan demi penghinaan daripada rakyat Indonesia apabila mereka sengaja memperbesar-besarkan perkara yang remeh-temeh.

Rakyat Malaysia tanpa mengira usia, bangsa, agama dan jantina sentiasa prihatin dengan nasib yang sering menimpa rakyat Indonesia tatkala negara mereka dilanda gempa bumi, banjir, kebakaran hutan, gunung berapi meletus dan bermacam-macam lagi malapetaka alam yang terjadi ditempat mereka.

Itu semua dulu tetapi kini hati dan perasaan rakyat Malaysia sudah diubah oleh sesetengah rakyat Indonesia agar turut sama membenci rakyat Indonesia dengan walaupun sekiranya selepas ini mereka iaitu rakyat Indonesia akan ditimpa dengan bencana alam maka rakyat Malaysia harus menutup mata dan telinga, kedua tangan letak dibelakang badan dan tidak payah bantu satu senpun mereka yang memerlukan sebarang bantuan.

Apakah kita rakyat Malaysia mampu berbuat demikian???

Mungkin tidak, sebab rakyat Malaysia kebanyakkan punya budi pekerti yang tinggi serta punya sifat penyayang yang semulajadi kecuali mereka-mereka yang suka buat bayi, suka buang bayi, suka tanam bayi, suka hanyutkan bayi dan suka campak bayi dari kondo, rumah pangsa tingkat 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9 dan bla,bla,bla...

Arkib Blog